hak milik orang

Nak hidup zaman sekarang, macam-macam orang sanggup buat sampai bercinta hak milik orang pun jadi perkara biasa! Lagi parah kalau wujud orang yang jenis tak cukup satu.

Suka curi peluang mengurat awek demi puaskan hobi luar biasanya! Dah ada anak bini pun, ada yang mengaku masih bujang. Itu yang jadi sakit hati! Sudahnya si perempuan dituduh perampas.

Ok, jangan susah hati sebab kali ini Hakak nak kongsi cara nak jadi detektif untuk selamatkan diri dari bercinta dengan suami orang, jom selongkar tip ini…

1. Jenis cakap tak pandang mata

Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Mata asyik ‘merayau’

Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia takut/risau terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tengok awek lain.

3. Jenis makan tempat PRIVATE

Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dari tempat tinggalnya.

IKLAN

4. Payah nak contact

Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur atau silent.

5. Tak pernah bawa jumpa orang tua

Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Ada barang budak

Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

IKLAN

7. Pengalaman luar biasa

Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Miang sangat!

Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman.

9. Sedikit boroi

Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

IKLAN

10. Suka bawa diri kalau jawab call

Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya atau koleksi awek-awek yang lain.

11. Kereta kemas semacam

Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12. Cuba check pelekat kereta!

Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya.

13. Media sosial yang kurang kawan

Ini paling mudah, godek media sosial miliknya. Kalau jenis tak up gambar seseorang dalam media sosial pun pelik juga. Sila bertukar jadi detektif, stalk samapi dapat kesan sesuatu!

Haaa… apa susah sangat nak selesaikan masalah ini… semuanya di hujung jari. Nak kena rajin dan bijak sikit saja. Semoga kita terlepas dari status PERAMPAS hak orang! Semoga bermanfaat!