Rupanya ada tip tertentu untuk membuat Popia Sira Cili agar jadi rangup dan tahan lebih lama daripada biasa. Bukan apa popia Sira cili ni, meskipun nak buatnya mudah, jika tak kena caranya, boleh jadi lemau dan cepat berkulat, tak tahan lama.
Mak-mak boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Mariam. Menurutnya, popia yang telah disira perlu dibakar dalam oven terlebih dahulu sebelum disimpan.
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Nak resepi tak untuk bagi rangup dan tahan lama popia sira..tak ada rahsia-rahsia ye..ini kita bagi ikhlas.Ok saya kongsikn resepi popia sira cili.”
Bahan-Bahan:
1 peket Kulit Popia
Minyak Untuk menggoreng
2 senduk cili kering campur bawang merah, bawang putih
Asam Jawa
garam
perasa
2 senduk gula pasir.
Cara Membuat:
1.Gulung kulit popia seperti biasa,berus pakai air tepung gandum letak garam sikit dan gunting.
Ads
2.Goreng dulu sampai garing.
3.Kemudian tumiskan cili kering, bawang merah dah bawang putih yang telah di kisar.
Ads
4.Masukan pula garam,asam jawa,perasa dan gula,tumis sampai betul-betul kering dan pekat.
5.Baru masukkan popia goreng dan kacau rata sampai sebati.
Ads
Tips Ekstra!
Kalau nak popia sira ini lebih rangup dan tahan lebih lama, masukkan dalam oven dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mak-mak yang suka buat popia sira sebagai kudapan tu, boleh lah cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Resipi Air ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’, Nikmat Terasa Bila Berbuka! Memang lain daripada yang lain, setelah seharian berpuasa nikmat berbuka cukup terasa apabila dapat minum ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’ ini. Cukup sempurna lemak, manis rasa vanila nya. Jika selalu beli air di bazar ramadan, mak-mak boleh buat sendiri air ni di rumah. Mesti laku nanti, anak-anak suka.Bahan-bahan tak banyak, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi air mudah yang dikongsikan oleh Puan Nordiana Ab Kadil ini sebagai rujukan.
Nikmatnya terasa bila berbuka puasa dengan :
VANILLA BLUE WITH ICE CREAM
Bahan-Bahan;
3 cawan Air masak 5 Esen vanila(saya guna penutup botol esen)
Setengah tin Susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji 1 Pewarna biru(guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan aiskrim vanila dan kiub ais. Kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna.
Mingguan Wanita: Menariknya air ni warna biru. Cukup menarik perhatian dan sangat sesuai dibuat ketika berbuka puasa atau hari raya nanti. Tak perlu beli di Bazar Ramadan, boleh buat sendiri je.
Pepes Ayam memang sedap dinikmati panas-panas untuk minum petang. Aroma wangi isi ayam berempah dibalut dan dibakar dalam daun pisang. Namun jika tiada daun pisang, boleh juga dimasukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru dipotong dan dibakar.
Boleh cuba resipi Pepes Ayam yang sedap perkongsian Puan Rosmirah Yussofini sebagai panduan;
Pepes Ayam sedap di makan panas-panas.Cuti-cuti ni bolehlah buat untuk makan dengan family.Mesti anak-anak suka.
Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis.
Cara Membuat:
1.Bahan yang siap diblender.
2.Tumis bahan yang diblender sampai naik bau.Masukkan santan.Gaul rata.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak sampai bahan menjadi pekat.
4.Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi.Tak perlu tambah air.
5.Ayam yang telah dikisar.
6.Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
7.Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam.
8. Gaul sebati.
9.Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 Inci.Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
10.Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.
11.Hasil yang telah dibungkus.
12.Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
13.Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat. Kalau bakar dalam oven, suhu 180 selama 20 minit tapi bergantung pada oven masing-masing.Tunggu warna dia berubah kuning keperangan.
Siap untuk dihidang.
Tip Ekstra!
Kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru dipotong dan dibakar.
MW: Menarik juga resipi Pepes Ayam ni. Makan panas-panas dan sesuai buat untuk minum petang.Balut dalam daun pisang memang wangi, tapi kalau takde kukus dalam loyang terus pun boleh.Barulah potong dan bakar.
Bagi mak-mak yang suka makan dan buat kek, resipi Kek Batik Indulgence ini antara yang wajib di cuba.Cantik berkilat, rasanya cukup sedap, lembut dan tak keras.Mempunyai 3 lapisan, gabungan rasa biskut marie, lapisan coklat dan cheese cukup sempurna!
Selain buat untuk makan sendiri untuk keluarga, boleh juga ambil tempahan untuk pendapatan sampingan.Mesti laku keras nanti kerana Kek Batik Indulgence ini ada peminatnya yang tersendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini sebagai panduan.
Haritu ada yang tanya resepi kek batik indulgence. Resepi ibu saya. Nah saya share. Semoga bermanfaat.Resepi Kek Batik Indulgence inspirasi dari ibu Mr.Ali.
Loyang 7 inci, Ada 3 lapisan
1.Kek batik
2.Cream Cheese
3.Ganache
Bahan-Bahan (Kek Batik) :
4 biji telur ( resepi legend kek batik memang pakai banyak telur, nak kurangkan pun boleh, lain orang lain resepi , so chill )
200g butter (kalau pakai marjerin / buttercup @ butterblend sedikit masin)
300 g biskut merry
3 sudu makan serbuk coklat bancuh dengan air panas.
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam ( optional) ( again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)
Cara Membuat:
1.Panaskan butter sampai cair, kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut.
2.Telur tu masukkan sambil gaul dan gaul sampai pekat.
3.Dah agak-agak pekat, tutup api, biarkan dalam 2-3 minit kemudian baru masukkan biskut.
4.Gaulkan dan isi dalam bekas.Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit.
* gelatin adalah pilihan masing-masing. Nak masuk pun boleh tak nak masuk pun takpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing.
(gelatin 10 gram + 40 ml air panas( pastikan betul-betul panas)larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair.
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan-bahan di atas kecuali whiping cream & gelatin.Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin.
2.Tuang atas kek batik tadi.
3.Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam.
Bahan-Bahan Lapisan Coklat (Ganache):
100 gram whiping cream
100 gram dark chocolate
satu sudu kecil butter
Cara Membuat:
1.Double boil kan semua bahan-bahan di atas. Dah sebati kasi suam-suam dulu, kemudian baru tuang atas cream cheese tadi.
Mingguan Wanita: Sedapnya Kek Batik Indulgence ini.Kombinasi sempurna rasa biskut, lapisan coklat dan cheese. Kena cuba sendiri, buat di rumah nanti. Ikut resipi yang dikongsikan ini.Nak buat jual pun boleh sangat.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.