Kecantikan

Wanita Ini Kongsi 6 Langkah Mudah Turun Berat Badan, Yang Penting Tak Seksa & Tak Perlukan Banyak Masa

Share

Assalamualailum, saya terpanggil untuk berbicara mengenai pemakanan dan pengambilan diet seimbang. Tahun 2017 usia saya mencecah 39 tahun. Memandangkan rutin harian kerja yang begitu sibuk membuatkan saya tidak menjaga pemakanan dan jarang sekali bersenam.

Selepas sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu, saya akui saya makan tanpa kawalan hingga berat naik mendadak. Bila berat badan meningkat mulalah badan cepat berasa letih. Saya kagum dengan beberapa rakan pejabat yang dahulunya berbadan gempal kini berjaya turun berpuluh kilo kerana mengamalkan diet kalori yang seimbang tanpa mengambil sebarang ubat kurus.

Beberapa tips diberikan kepada saya cuma apabila mahu memulakan diet pasti akan tertangguh. Rakan sepejabat yang berjaya menurunkan berat badan sering berpesan, dia kurus bukan sebab nak cantik tapi nak hindari daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari merawat.

Saya berazam untuk mengikuti nasihat rakan dan berharap saya akan berjaya dalam misi menurunkan berat badan dengan

IKLAN