Kaki shopping simpan duit? Mudahkah nak buat tu. Lagi-lagi, ketagih shopping atau Shopaholic ini boleh jadi sejenis penyakit untuk sesetengah orang. Pantang nampak atau dengar jualan murah. Berdebar-debar rasa hati nak membeli.
Tak boleh ditahan-tahan keinginan tu. CDM Smart Tycoon Group, Cheri Gilong Avriettberkongsi 10 tip yang membantu shophaholic disiplinkan diri membuat simpanan.
“Tips yang saya kongsi ni saya tidak pasti samada akan berkesan untuk semua. Tapi alhamdullillah untuk diri saya sendiri saya dapat merasakan diri saya lebih “rela” buat saving sekarang.”
Disiplin Untuk Kaki Shopping Simpan Duit
PERTAMA : SET BUDGET PERBELANJAAN
Makanan harian, minyak kereta, insurans peribadi, loan, credit card dan lain-lain. Berdasarkan komitmen bulanan kamu sediakan fix figure yang TIDAK BOLEH DIGANGGU.
Dulu, mummy saya ajar, pakai sampul berlainan untuk kategori perbelanjaan berlainan. Bila jelas terbentang perbelanjaan kita depan mata, risiko menjadi “impulsive shopper” berkurangan.
Ads
KEDUA : SET SAVING BULANAN
Berapa kita mo simpan sebulan, RM50 ? RM100 ? RM200 ? RM500 Or RM1000 ? Terpulang dengan diri masing-masing. Janji saving kita buat AWAL BULAN bukan HUJUNG BULAN.
KETIGA : PADAM SEMUA SHOPPING APPLICATIONS
Apps ni memang sudah direka khas untuk compress data so membuatkan browsing experience kita lebih laju berbanding login web biasa – lebih laju shopping experience, lebih laju duit kita habis!
KEEMPAT ; JANGAN SIGN UP UNTUK PAYPAL
Paypal pun memudahkan kita bayar dengan senang, tidak perlu enter credit card. Cuma perlu enter nama & id. SIAP, hutang credit card sudah bertambah.
KELIMA : 24 HOUR RULE
Mahu shopping juga online ok fine, some habits are hard to break orang putih cakap. TAPI 24 hour rule ni memang berkesan betul untuk saya.
Apa saya buat? Add item dalam cart, sambung browse item lain. Sampai ngantuk, esok- esok saya masuk balik website or apps tu. Tengok balik barang tu, hati terus macam tidak suka sudah.
Ads
KEENAM : UNSUBSCRIBE EMAIL
Tidak perlu notification promo-promo or sales. Bahaya. Ni buat kita tidak perlu barang tu pun kita ikut juga mo beli.
KETUJUH : GUNA KAD DEBIT
Lepas delete paypal, kad kredit keluarkan dari dompet ( mau patahkan? Suka hati ) simpan kad debit sahaja. So risiko untuk berhutang melalui kad kredit pun berkurangan.
KELAPAN : KURANGKAN “MELAWAT KAWASAN” KE PUSAT BELI BELAH
Bila masuk mall, nampak item on display, untuk shopaholic ni, automatic mode “impulsive buyer” dia kena SWITCH on.
Seolah ada suara halus memanggil-manggil nama dia ..” Cheri, cantik ni.. beli lah.. ko nampak slim pakai ni baju .. lagipun ko belum ada ni warna”
Hah! Tu time la hati tu berdebar-debar mo membeli. So kalau dulu korang pegi Imago seminggu 3-4 kali, kurangkan pergi seminggu sekali jak, kalau dulu sebulan 3-4 kali.. kurang kan ke sebulan 1-2 kali jak.
Ads
KESEMBILAN : BELAJAR UNTUK TANYA DIRI, “PERLUKAH SAYA? & KENAPA SAYA PERLU”
Ni pun bad, BAD habit si sang shopaholic. Orang lain beli, orang lain cakap “cantik” , “murah” , ada “SALE” terus si sang shopaholic pun berdebar-debar macam cinta pandang pertama.
Dalam hati “MAU! MAU! MAU!” tapi bila sudah dapat, terus sakit hati. SO, belajar untuk kawal diri supaya tidak terburu-buru membuat keputusan. Sekali sekala marah diri sendiri , “NO! I CAN LIVE WITHOUT THAT”
KESEPULUH : SUSUN BAJU IKUT WARNA
Ni yang paling latest saya buat, since event yang saya attend selalu ada tema warna so saya start dengan susun tudung saya ikut warna.
Bila semua sudah tersusun ikut warna. Barulah jelas terbentang apa yang saya “terlajak beli”.
Perangai perempuan yang suka membeli belah bukan lah sesuatu kita boleh ubah sekelip mata, tapi boleh “dikurangkan” perlahan-lahan. Bila kita kurangkan, sana lah kita mulai nampak lebihan duit kita.
Himpunan solidariti buat Zara Qairina, bergema laungan tuntut keadilan. Ribuan orang membanjiri kawasan himpunan di Sandakan pada malam Jumaat bagi menunjukkan solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Himpunan Solidariti Buat Zara Qairina, Bergema Laungan Tuntut Keadilan
Acara yang dijadualkan bermula sekitar jam 7 malam dan berakhir pada 9 malam itu pada awalnya berlangsung dengan teratur. Namun, suasana menjadi semakin sesak apabila jumlah kehadiran terus meningkat apabila ramai hadir untuk menyatakan sokongan dan solidariti terhadap pelajar Tingkatan Satu berkenaan.
Sepanjang himpunan, peserta dilihat melaungkan slogan menuntut keadilan dan menggesa pihak berkuasa mengambil langkah tegas terhadap individu yang didakwa terlibat dalam insiden buli sehingga meragut nyawa Allahyarham.
Selain di Sandakan, perhimpunan serupa turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain seperti di Lahad Datu dan Tawau, dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Pihak penganjur menegaskan bahawa himpunan ini diadakan secara aman sambil menyeru masyarakat untuk terus bersatu menyuarakan keadilan buat adik Zara Qairina.
Ramai yang keliru dengan fungsi Baking Soda dan Baking Powder, serta tidak tahu cara sebenar penggunaannya. Lebih-lebih lagi, jika jarang-jarang membuat kek mahupun mengadun biskut, serta tak biasa dengan bahan ini silap pilih ia mengakibatkan kek atau biskut yang diadun tidak menjadi.
Mungkin warna serbuknya putih kelihatan sama tapi sebenarnya kedua-dua bahan ini mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Kedua-dua baking soda dan baking powder adalah agen penaik yang bermaksud apabila keduanya ditambah ke dalam bahan-bahan untuk dibakar, ia akan menghasilkan karbon dioksida dan menyebabkan doh naik.
Baking Soda
Nama kimia baking soda adalah sodium bikarbonat. Apabila bahan ini dicampur dengan kelembapan dan bahan berasid, tindak balas kimia yang berlaku akan menghasilkan buih-buih karbon dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven, menyebabkan hasil bakeri turut mengembang atau naik.
Contoh bahan berasid termasuklah yogurt, coklat, buttermilk, madu dan sebagainya. TIndak balas kimia antara baking soda dan bahan-bahan lain berlaku sebaik sahaja ianya dicampur, jadi anda perlu membakarnya serta merta, atau produk bakeri/pastri anda tidak akan naik.
Baking Powder
Baking powder mengandungi sodium bikarbonat dan juga bahan-bahan lain seperti agen pengasid (krim tartar) serta agen pengering (selalunya kanji).
Terdapat 2 jenis baking powder, iaitu single-acting dan double-acting.
Jenis single-acting diaktifkan oleh kelembapan, jadi resipi yang menggunakan bahan ini perlu dibakar sejurus ia dicampur. Baking powder jenis double-acting mempunyai tindak balas kimia dalam 2 fasa, dan boleh dibiarkan sebentar sebelum dibakar.
Penggunaan double-acting baking powder akan membebaskan gas tertentu pada suhu bilik, namun sebahagian besar gas berkenaan terbebas selepas suhu doh di dalam oven meningkat.
Menentukan Penggunaan Baking Powder Atau Baking Soda Dalam Resipi
Sesetengah resipi menggunakan baking soda, sesetengah resipi yang lain menggunakan baking powder. Bahan mana yang perlu digunakan bergantung kepada bahan-bahan lain yang digunakan di dalam resipi.
Matlamat utama adalah untuk menghasilkan produk berkualiti yang sedap dan mempunyai tekstur yang enak. Baking soda adalah sejenis alkali (basic), jadi produk hasil penggunaana bahan ini sedikit pahit kecuali terdapat bahan berasid lain yang digunakan. Baking soda selalunya digunakan dalam resipi cookies.
Baking powder pula mengandungi kedua-dua bahan berasid dan beralkali, dan atas sebab ini, rasa hasil bakar secara keseluruhan adalah lebih neutral.Resipi yang menggunakan baking powder selalunya memerlukan bahan yang neutral rasanya, seperti susu. Baking powder adalah bahan asas dalam pembuatan kek dan biskut.
Pengganti Kedua Bahan Ini Dalam Resipi
Baking soda boleh digantikan dengan baking powder, namun kuantiti yang digunakan adalah lebih banyak dan akan memberi kesan terhadap rasa. Sebaliknya, baking powder tidak boleh digantikan dengan baking soda.
Baking soda itu sendiri kurang dari segi tahap asidnya untuk membuatkan sebiji kek kembang mahupun naik. Namun, anda boleh membuat baking powder anda sendiri sekiranya anda mempunyai baking soda dan krim tartar.
Caranya, campurkan 2 bahagian krim tartar untuk setiap bahagian baking soda (Kadar 2:1 untuk krim tartar:baking soda).
Jadi tunggu apa lagi, jom ke dapur untuk membakar kek, biskut dan cookies!
Semoga bermanfaat, kongsiakan juga buat wanita lain yang gemar membuat kek & biskut!
Memang ada benarnya, mak ayah hentikanlah mengikut trend bodoh di TikTok menakut-nakutkan anak dengan bunyi ‘pontianak mengilai’ walau alasannya hanyalah bergurau. Ini kerana kesannya memberikan banyak mudarat, anak akan trauma sepanjang hidup sekaligus mampu menggangu proses tumbesaran mereka.
Hadamkan perkongsian daripada Tuan Anuar Zamilsebagai panduan;
JANGAN TAKUTKAN ANAK MACAM NI.
Viral di TikTok content menakutkan anak dengan cara bukak bunyi “Pontianak Mengilai” dan kemudiannya lari dan menahan pintu, meninggalkan anak-anak dalam bilik sendirian.
Abam bukan lah professional yang tahu handle anak. Bukan juga yang terpaling power dalam menjaga anak dan terpaling parenting, tetapi trend ni sangat BODOH bagi abam sebab sengaja menakutkan anak-anak demi sebuah content.
Banyak Kesan Mudarat Pada Anak
Pernah teringat, abam pernah terbaca keburukan menakut-nakutkan anak ni sebab banyak sangat mudarat. Trend ni pulak bukan sekadar MENAKUTKAN namun juga MEMALUKAN.
Yelah dah satu dunia lihat kan.
Kan whatever uploaded on Internet, will stay forever.
Allahuakbar.
Sebagai parents, kita adalah idola anak-anak. Bukan sekadar itu, kita juga adalah pelindung bagi anak-anak. Mereka akan mula hilang keyakinan diri bila selalu sangat menakutkan mereka dengan cara macamni.
MINDA ANAK NI IBARAT HIGHWAY
Kita yang menentukan jalan mana yang kita nak bawak. Kalau kita terapkan sangat ketakutan, itu saja lah yang dia akan nampak. Dan jangan lupa, highway tu mula akan bercabang-cabang. Walaupon kita hanya takutkan pasal hantu, tapi ketakutan dia boleh pergi ke tempat lain contoh:
– Takut Gelap
– Takut nak bergerak sorang diri
– Takut nak tinggal kat rumah sorang
– Takut perempuan rambut panjang
Macam-macam lagilah.
Anak Trauma Sepanjang Hidup
Dan kalau korang nak tau, benda macamni juga boleh membuatkan mereka trauma sepanjang hidup. Which akan menganggu proses tumbesaran diorang. Ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
KITA RASA KELAKAR, TAPI IANYA MENINGGALKAN LUKA YANG PANJANG.
Ubahlah cara bergurau. Jangan hanya demi content dan view semata-mata kita sanggup lukakan mereka dan serta merta memalukan diorang. Kita adalah contoh terbaik bagi mereka. Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga.
“AKU GURAU JE. APASAL NAK SERIUS SANGAT. AKU DENGAN CARA AKU.”
Abam mohon maaf segala kertelanjuran kata-kata. Feel free to disagree. Betul cara bergurau masing-masing berbeza. But I still stand on my view yang CONTENT NI CONTENT BODOH yang abam rasa kita perlu hentikan.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Maaf sekali lagi atas kekasaran bahasa.
#abamnuar
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya tak perlu ikut trend yang bukan-bukan dan tiada manfaatkan, bahkan mampu beri kesan psikologi dan emosi pada anak dalam tempoh jangka panjang pula.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...