Kaum wanita apatah lagi yang telah berkahwin dan melahirkan anak, jangan sesekali ambil mudah dengan cara penjagaan dan tahap kesihatan rahim anda. Ini kerana sikap tidak prihatin dan sambil lewa mungkin akan mengakibatkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
Sebaiknya jika anda mempunyai tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan rahim sekaligus mendapatkan rawatan segera.
Melalui perkongsian Puan Nurul Diyana Kamaludin yang juga merupakan perunding jamu kesihatan dan pengamal perubatan tradisional, beliau berkongsi mengenai 9 tanda-tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.
Antaranya:
1.Sakit Tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2.Sakit Telapak Kaki
Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3.Sakit Pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4.Sakit Bahagian Ari-Ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5.Kerap Kencing atau Kencing Tak Lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6.Sakit Ketika Bersama
Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7.Kentut Vagina
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8.Selalu Kembung Perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9.Miss V ‘Basah’ & Berbau
Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Cara Merawat Rahim (peranakan) Jatuh
Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Untuk merawatnya, hendaklah kecutkan rahim dengan meminum ramuan berikut:
“Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.”
Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.
Sentiasa mendisplinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan kepada anda. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kunci segala kejayaan
Sumber: Nurul Diyana Kamaludin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI