Wanita yang telah bekeluarga rata-ratanya melebihkan keperluan suami dan anak-anak berbanding diri sendiri. Tetapi perlu diingat sesekali raikan diri sendiri.
‘Wanita ibarat bunga.’ Kalau suami baja dan jaga dengan betul, mesti maintain cantik. Begitulah perumpaan yang tepat kerana rata-rata rela berkorban untuk keluarga daripada kecantikan sendiri.
Bagi wanita selepas berkahwin, biarlah anak-anak makan cukup, baju bertukar daripada memenuhi kehendak sendiri. Ikuti perkongsian Putera Nur Muhammad Raihan ini dan hadam baik-baik.
Tapi mesti buat aku geleng kepala. Dalam plastik Watson itu ada kadang gula-gula. Air botol Ribena, ubat anak, losyen anak dan minyak rambut aku…
Dia punya cuma sebatang gincu… Cukup dah, kuatnya jadi wanita ni…
Tapi bila kita masuk balik part awek yang aku minat tadi. Aku kasihan dekat dia…
Bila balik rumah aku tengok cermin dekat rumah aku… “Astaghfirullahalazim”
Terkejut ingatkan siapa dalam cermin. Aku rupanya, ingatkan mamat pakistan jual karpet… Hahahahahaha…
Biasalah faktor usia..
Tiberr..
Mingguan Wanita : Wanita yang telah bekeluarga rata-ratanya melebihkan keperluan suami dan anak-anak berbanding diri sendiri. Tetapi perlu diingat sesekali raikan diri sendiri.
“Saya membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu” itulah luahan Rita Rudaini yang sangat cemerlang dalam mendidik anak-anaknya.
Pelakon senior, Rita Rudaini menerangkan kejayaan anaknya Airit Rayyan Rizqin, 15, atau Rayyan dalam bidang sukan tidak ada kaitan dengan mewarisi genetik keluarga atau DNA seorang legenda.
“Saya Membesarkan Mereka Sendiri Sebagai Ibu Tunggal”
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online, Rita memberitahu tiada keperluan untuk orang luar mengaitkan kejayaan anaknya dalam bidang suka dengan sesiapa.
“Tidak ada kaitan DNA pun sebab saya yang membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu.
“Jadi, sebab apa nak dikaitkan DNA semua? Pernah ke nampak bapanya gendong anak atau hantar anak pergi sekolah? Tak pernah, kan? Jadi orang luar, jangan cakap mengenai saya dan anak-anak.
“Hanya saya saja yang sentiasa bersama mereka (anak). Saya juga yang duduk tengok anak tepi padang dan hantar anak ke sekolah. Tapi, orang lain sibuk nak sebut anak ikut legenda dan macam-macamlah.
“Saya pun jadi pelakon, tak warisi bakat sesiapa sebab dalam keluarga saya tak ada pun genetik pelakon dan hanya saya seorang saja yang terbabit dalam karier seni ini,” luahnya.
Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Rita juga akui kemampuan anaknya dalam bidang sukan dek kerana didikan yang diberikan.
Kemampuan anaknya di dalam bidang sukan disebabkan cara dia membesarkan serta mendidik mereka kerana anak-anak ini ibarat kain putih dan tengoklah siapa yang mencorakkannya.
Sebelum ini Rita berasa kesal dengan tindakan sebuah portal berita menggunakan tajuk Anak Legenda JDT (Johor Darul Takzim) berhubung pencapaian terbaik anaknya, Rayyan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024.
Menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukannya satu tugas yang mudah. Perlu ada kerjasama daripada suami isteri untuk memastikan perkahwinan yang dibina kekal harmoni, bahagia dan tidak rasa tertindas. Pesanan buat wanita bergelar isteri, jangan kerana ‘sayang’ dan ingin dilihat sempurna, mendidik diri kita dalam ‘merajakan’ lelaki. Baik suami mahupun anak-anak lelaki. Kesannya, emosi dan fizikal kita yang akan penat sendiri.
Sebaiknya, lenturlah suami sejak dari mula awal perkahwinan, rumahtangga bagaimana yang kita mahukan.
Assalamualaikum.. Aku ni takdelah orang yang berpengalaman 10 20 tahun dalam alam perkahwinan. Tapi, aku start cari ilmu pasal perkahwinan ni dari 4 tahun sebelum aku berkahwin. Terpulang untuk korang judge samada setuju ataupun tak dengan cara aku untuk membentuk seorang insan bergelar ‘suami’ ni.
Nanti mungkin ada yang kata, alah, baru kahwin boleh la cakap. Hahaha.. I don’t mind. And this reminder for those yang akan berkahwin dan yang baru berkahwin. Lain orang, lain cara. Im here just to share.
Merajakan Lelaki
Aku dibesarkan dalam keluarga yang merajakan lelaki. It was really suffering. I don’t know why, tapi mak aku sangat merajakan lelaki kat dalam rumah. Ayah aku kalau nak makan, dia takkan sendukkan nasi dalam periuk sendiri unless mak aku dah siap letak atas meja. He will just come to eat.
And mak aku pernah cerita, dia cakap ayah memang dari dulu lagi takkan senduk nasi sendiri kecuali mak yang sendukkan. Pahala untuk mak aku, but sometimes dia pun merungut jugak. So aku rasa annoyed sangat. Abang aku, mak aku akan kutip baju-baju kotor dia dalam bilik.
Bayang eh, mak aku masuk cari baju kotor dia dalam bilik dari kecik, sampai zaman sekolah and until now. It still happen. Lepas tu lipat, susun balik dalam bilik abang aku, then bising. Penatnya lipat baju, tapi abang aku sepahkan balik. Kain selimut lepas bangun tidur pun mak aku yang lipat kan. He is now 27 tahun dah kot.
Adik-adik aku yang lain pun sama. Even kalau duduk asrama, hujung minggu mak aku akan call untuk datang asrama ambik baju-baju kotor. Balik basuh, then hantar asrama balik.
Aku ni dah berbuih mulut nasihat kat mak aku supaya tak payah buat benda tu semua. Diorang dah besar panjang. Tapi banyak je alasan mak aku ni. Kesian lah, nanti bising lah, ape lah. Kalau bukan mak aku yang buat, dia akan suruh anak-anak perempuan dia yang buat. So aku rasa annoying lah.
Aku rasa annoying hidup jadi hamba lelaki. Aku tahu tu salah mak aku sebab dia ajar hidup macam tu. Aku pernah tengok, abang aku marah mak aku sebab seluar dia lupa letak mana. Annoying kan? Aku tahu tak semua lelaki macam tu. And aku dah bertekad, aku takkan kahwin dengan lelaki jenis macam ni lagi.
Bila aku tengok kakak aku, I think the same thing is happened. Bila dia masak, suami dia main game. Lepas hidang, panggil suami dia makan. Lepas makan, pinggan suami dia tu pun dia angkat ke sinki. Suami dia just cuci tangan je. Tapi aku tak salahkan suami dia. Sebab aku tengok, kakak aku yang offer diri. “Dah siap makan? Tinggal la pinggan. Pergi cuci tangan.”
Diorang baru setahun kahwin. Aku tahu, perempuan ni bila dah sayang, semua dia sanggup buat. Dia tends untuk merajakan suami. Dia rasa puas dapat serve everything. Tapi percayalah, rasa puas tu takkan kekal lama except kau buat tu memang Lillahitaala. Kalau kau buat just untuk tunjuk kasih sayang kau kat suami, lama-lama kau akan mula merungut, akan penat, akan mengungkit.
Usia Awal Perkahwinan Sangat Penting
Wahai bakal isteri, usia awal perkahwinan ni bagi aku sangat-sangat penting. Like kids, they have their golden ages which is from 0-6 years. Masa ni la kau nak pulun didik dia. Perkahwinan sama jugak, ada golden ages. Iaitu saat cinta korang tengah hangat lagi ni.
Masa ni la kau nak melentur betul-betul sang suami and yourself. Dalam nak melentur, mestilah kena ada kesabaran. Tapi tak seteruk sabar lepas kau da berpuluh-puluh tahun kahwin. Sebab rebung dah jadi buluh.
1. Ajak Buat Kerja Rumah Sama-Sama
– Just ajak or mintak tolong, mesti dia buat. Kau jangan arah, sebab lelaki ni ada ego. Dia tak suka di arah. Kau ajak je, harini kita masak sama-sama boleh? Kalau sayang masak, abang tolong urus kain boleh?
Bagitahu sekali reason kau. Kalau kau penat, cakap kau penat. Jangan tarik muka je, then cakap laki tak nak tolong. Girls, orang laki ni tak faham kalau kau tak cakap. Macam mak aku, dia selalu sangat merungut ayah aku tak tolong. Padahal dia tak cakap pun nak ayah aku tolong. Some man ada common sense, tapi aku rasa tu 1:100.
– Jangan rasa kau ni a loser housewives kalau suami sama-sama buat kerja. Kau loser kalau kau tak gunakan kesempatan kat awal perkahwinan ni. Ada isteri rasa hebat bila dia buat semua kerja rumah. Balik rumah, tak sempat rehat terus masuk dapur.
Buat kerja itu ini, sampai 12 malam baru boleh rehat. Kalau end up kau tak merungut takpe, syurga untuk kau sebab pahala isteri kat rumah tu besar. Tapi kalau kau merungut, penat dapat, pahala tak dapat. Dosa lagi dapat kalau kau mengumpat suami lepas tu.
2. Solat Jemaah Dengan Suami
– Aku rasa, this is the most important thing nak buat. Start dari awal kahwin, sebab semua tengah manis. Jangan tunggu sampai kau dah rasa awkward nak ajak suami buat kebaikan. Betul tak, orang yang dah berpuluh-puluh tahun kahwin rasa awkward nak ajak suami buat benda baik? Im not sure. Aku tak sampai berpuluh tahun lagi. Tak layak pun nak kongsi pengalaman, tapi I dont care.. nak share jugak
– Bila kau solat berjemaah dengan suami, lepas solat tu kau kena biasakan untuk sebut mintak maaf. Kau ego? Sekarang kau kena pecahkan. Biasakan perkataan maaf. Sebut dengan jelas. aku rasa cakap ‘sorry’ tak sama dengan cakap ‘mintak maaf’. Mintak maaf ni lagi deep.
Bagi aku la. cakap je, “abang, sayang mintak maaf semua salah sayang tadi. Tadi syg bukan nak marah, tapi ter emosi pulak. Kebetulan ada abang. so abang la jadi mangsa” percayalah, dia takkan marah kalau kita jujur. Dia akan rasa comel je. Sebab tengah manis kan…
Waktu lepas solat, antara waktu yang paling sejuk untuk kau mintak maaf, bagi teguran, cerita masalah. Aku perasan, suami aku pun dah jadi macam tu jugak. Everytime ada salah, dia tertinggi suara ke, dia akan mintak maaf masa salam. “Abang mintak maaf, abang tak patut buat macam tu tadi.”
– Suami aku pun awkward masa first time nak solat jemaah. Dia bukan geng surau. Dia tanya, nak solat dengan dia ke? Peliknya.. haha.. aku cakap, yela, awak kan imam saya.. perghh… sawitnye la. Tapi lepas tu, dia dah faham. Setiap kali nak solat, dia akan tanya, nak solat sama-sama tak? The point is, aku yang induce dulu. Lepas tu akan jadi rutin.
– Mungkin korang akan cakap, alah, awal kahwin je tu. Tengok lah nanti. Tapi aku yakin, ni adalah usaha aku untuk bentuk keluarga. Apa akan jadi in future, tu aku tak tahu. Yang penting, I tried something.
3. Jujur Jujur Jujur
– Girls please. Jangan lah tarik muka dan diamkan diri je bila jadi pape. Then kau buat assumptions. Assumptions ni tak bagus untuk relationship. Aku belajar dari mak aku, dia takde duit, tapi tak nak mintak dengan ayah aku. Dia just cakap, mak tahu ayah takde duit. Tak pun dia cakap, buat apa nak minta, buat kena marah je nanti. Im so tired of these assumptions.
– He is your husband. Dia tempat kau bercerita. Bukan anak-anak. Boleh je nak cerita dengan anak-anak, tapi kau akan hadap masalah yang sama sampai akhir hayat kau. Dan selama itu lah kau akan rasa sakit hati. Pernah dengar tak orang yang cerai sebab benda kecik je. Biasanya handphone. Hal kecik, kalau kau genggam lama-lama, akan jadi berat.
Aku just nak share, dari awal kahwin, aku cuba untuk jujur dari segala segi dengan suami. Aku rasa geram bila dia tak sangkut kunci kat tempat sepatutnya. Sehari dua boleh la pejam mata. Tapi ni suami yang akan hidup dengan kau bertahun-tahun. The problems need to be solved.
– Aku akan jujur, “abang, sayang tak suka abang letak kunci kat sini. Sakit mata tengok. Lepas ni jangan buat lagi ye. Ini tempat sangkut khas untuk abang”. Then, senyum. Suami tak sakit hati, kita pun tak sakit hati. Perempuan ni susah sikit, dia perhati every single details. Boleh pecah kepala kalau nak hadap bertahun-tahun pasal benda kecik.
Satu lagi, kalau tak cukup duit belanja dia bagi, I will be honest. “Abang, ayam tinggal 2 ketul je. Sebab abang bagi duit banyak ni je, so tak dapat restock. Duit dah habis. Malam ni kita makan maggi je.” Simple.
Memang la ada suami yang tak mampu nak tambah duit belanja, but he will think after this and try to make effort to give more. Jangan main assume je. Kau tak boleh predict apa usaha yang dia akan buat untuk jalan kan tanggungjawab dia
4. Selalu Cakap Terima Kasih
– Please please please. Jangan malu untuk cakap terima kasih. Memang la, kadang aku rasa reaksi dia biasa je kalau cakap terima kasih. Tapi aku yakin, deep inside, dia rasa terharu. Dia rasa dihargai.
Lelaki, sama je macam perempuan. Dia pun nak rasa dihargai. Ada orang kata, tak pandai lah nak main dengan perkataan ni, tunjuk dengan perbuatan je. Pergi buatkan air, urutkan badan suami. Tapi, tak sama dengan kau ucap terima kasih, Jangan lupa mention sekali terima kasih untuk apa.
Okaylah.. tu je dulu perkongsian. Aku dah takde mood nak type ni. Baru dapat berita tak gembira dekat email, haha.. Selamat mencuba ya semua.. jangan kecam ye, aku saje je nak share.. tak baik sangat pun.. ada jugak masalah rumah tangga. Biasa la tu kan.
– Aisya (Bukan nama sebenar)
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, jika mahu ‘mendidik’ suami, rumahtangga bagaimana yang diinginkan sebaiknya daripada awal perkahwinan. Biasakan lakukan kerja rumah bersama-sama, minta tolong, ucap terima kasih, solat jemaah dan sebagainya. Namun jika usia perkahwinan telah bertahun-tahun, masih tidak terlewat untuk mengubahnya, yang penting komunikasi dan luahkan apa yang diingini.
Kalau anak kena sawan, boleh berderau jantung mak ayah yang tengok keadaan anak tetiba kekejangan dan mata ke atas dengan air liur meleleh.
Biasanya sawan ini boleh dialami anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun tetapi jika mak-mak boleh tahu elakkan daripada terjadi dari awal itu lebih bagus.
Tetapi sekiranya anak kecil anda dah kena sewan, mak ayah kena berjaga-jaga dan ini sedikit perkongsian daripada Dr Ezairy M.Sallih, apa yang mak ayah boleh lakukan bila anak diserang sawan tiba-tiba di rumah…
Anak anda sering mengalami serangan sawan atau ‘tarik’ di rumah? Tiba-tiba sahaja diam, hilang kesedaran, kaki tangan kejang, keras dan tersentak-sentak?
Apa perlu ibu bapa lakukan?
Perhatikan 9 langkah ini…
Langkah 1: Bertenang dan jangan panik.
Ini paling penting. Ramai orang takut apabila mereka melihat seseorang mengalami kekejangan atau serangan sawan. Anda perlu membantu anak anda dengan tenang. Tenangkan anak anda dan pesan orang lain di sekeliling bahawa segala-galanya adalah terkawal.
Langkah 2: Mencegah kecederaan.
Jauhkan anak anda dari sumber bahaya. Jika dia berhampiran tangga, dapur panas, jalan yang sibuk, atau bahaya lain, lindungi dia seboleh yang mungkin. Jauhkan objek berdekatan yang tajam atau keras. Cuba letakkan sesuatu yang lembut seperti baju atau selimut yang dilipat di bawah kepalanya.
Semasa serangan sawan itu berlaku, apabila tubuhnya kaku, dia mungkin berhenti bernafas dan menjadi biru. Ini kerana darah lebih banyak dihantar untuk melindungi organ-organ pentingnya, seperti apa yang berlaku ketika anak melompat ke dalam air sejuk. Tempoh ini biasanya ringkas dan selalunya tidak memerlukan CPR. Dia akan mula bernafas sebaik sahaja ototnya berehat. Jangan menahannya atau cuba menghentikan gerakannya.
Langkah 3: Perhatikan tempoh masa serangan sawan atau kekejangan berlaku.
Seboleh-bolehnya, perhatikan masa mula serangan sawan itu berlaku, dan berapa lama ia berlaku. Sekiranya ia berlangsung lebih daripada lima minit, hubungi ambulans atau mana-mana bantuan kecemasan. Perhatikan sifat, kriteria dan panjang serangan sawan supaya anda dapat memberikan laporan yang tepat.
Langkah 4: Pastikan anak anda selesa.
Tanggalkan cermin mata supaya ia tidak pecah. Jika anak anda mempunyai makanan di dalam mulutnya, jangan cuba mengambil makanan itu, kerana ini sebenarnya boleh menyebabkannya tertelan lebih jauh ke dalam.
Cuba iringkan perlahan-lahan tubuhnya ke bahagian sebelahnya atau iringkan kepala ke tepi supaya mana-mana cecair boleh keluar dari mulutnya. Pastikan saluran pernafasannya stabil dan terkawal. Longgar dan tanggalkan apa-apa di sekeliling lehernya untuk memudahkan pernafasan. Buka butang atau tali pinggang yang ketat.
Langkah 5: Jangan letakkan apa-apa di mulut anak anda.
Meletakkan jari, sudu, atau apa-apa objek lain di dalam mulutnya boleh menyebabkan anak anda tercekik atau patah gigi, dan boleh juga menyebabkan jari digigit. Ramai antara kita yang salah faham bahawa seseorang itu boleh menelan lidah mereka semasa serangan sawan berlaku. Ini tidak benar kerana lidah terlekat ke pangkal mulut. Ia tak akan tertelan lidah!
Langkah 6: Jauhkan diri dari orang ramai.
Hanya satu atau dua orang diperlukan untuk pertolongan cemas. Tak perlu terlalu ramai. Ini boleh mengganggu proses rawatan kecemasan.
Langkah 7: Jangan berikan air, makanan atau pil sehingga serangan sawan selesai.
Ini akan mengelakkan daripada anak anda tercekik. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin telah menetapkan ubat-ubatan yang perlu digunakan pada masa serangan sawan itu; gunakannya seperti yang diarahkan. Periksa sama ada dia telah sedar dengan bertanya beberapa soalan mudah sehingga anak anda kembali kepada keadaan biasa.
Langkah 8: Jadilah ibu bapa yang ‘supportive’.
Kanak-kanak biasanya sembuh dari serangan sawan dengan sendirinya. Jika anak anda sudah boleh memahami dan bersekolah, terangkan kepadanya apa yang berlaku, dan berapa lama serangan itu berlaku. Anak anda mungkin mahu ditenangkan. Bantu dia tahu di mana dia berada dan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin boleh mengalami situasi seperti buang air kecil atau besar ketika serangan berlaku tanpa disedari. Bantu dia untuk membersihkan.
Langkah 9: Selepas serangan sawan.
Sekiranya anak anda mengadu sakit di bahagian kepala, sakit otot atau lidah, beberapa ubat boleh membantu. Sekiranya dia mengalami kesakitan yang teruk, atau jika dia cedera semasa serangan berlaku, bawa dia untuk berjumpa doktor. Sekiranya anak anda mempunyai demam yang berkaitan dengan serangan itu, rujuk doktor di klinik atau hospital. Dia mungkin mempunyai jangkitan yang perlu dirawat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.