Ads

Wanita Guna Telefon Masa Lintas Jalan, Babitkan Kemalangan Tiga Kenderaan

Guna Telefon Masa Lintas Jalan
Guna Telefon Masa Lintas Jalan

Tular video seorang wanita melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit, mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bangsar.

Dalam beberapa minit sahaja, wanita itu terus terbaring selepas dilanggar oleh sebuah motosikal yang lalu di jalan yang sama.

Wanita Guna Telefon Masa Lintas Jalan

Wanita Guna Telefon Masa Lintas Jalan, Babitkan Kemalangan Tiga Kenderaan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, mangsa berusia 20 tahun itu melintas dari bahu kiri ke bahu kanan di lokasi yang bukan lintasan pejalan kaki.

“Ketika kejadian, wanita berkenaan dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit sehingga menjejaskan kepekaan terhadap keadaan lalu lintas.

Ads

“Tindakan itu menyebabkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang lelaki tempatan berusia 31 tahun gagal mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Babitkan Kemalangan Tiga Kenderaan

Wanita Guna Telefon Masa Lintas Jalan, Babitkan Kemalangan Tiga Kenderaan

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal hilang kawalan sebelum melanggar dua lagi kenderaan iaitu sebuah Toyota Vellfire serta sebuah lori jenis Hino.

Ads

“Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan tersebut sedang berhenti di lampu isyarat merah,” jelasnya.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal dan pejalan kaki mengalami kecederaan ringan.

Ads

Wanita Guna Telefon Masa Lintas Jalan, Babitkan Kemalangan Tiga Kenderaan

“Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan sebagai pesakit luar manakala pemandu kenderaan lain tidak cedera,” ujarnya.

Untuk mengelakkan situasi ini berulang, sebelum melintas jalan, jangan sesekali leka dengan keadaan sekeliling dan masing-masing kena bertanggungjawab apabila menggunakan lalu lintas.

Gambar: Kemaman Shuttle

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Harga Minyak Dunia

Harga Minyak Dunia Naik: Punca Mengejutkan & Kesan Besar Pada Kos...

Harga minyak dunia naik turun memberi kesan besar kepada kos sara hidup. Fahami punca, kesan dan cara mengurus kewangan dengan lebih bijak.