Wanita Bila Bercakap Dengan Suami Orang, Ada Adabnya, Jangan ‘Melebih-lebih’
Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga. Begitulah bait-bait lirik nasyid daripada kumpulan Inteam yang menyeru sekali gus ‘melontarkan’ nasihat dan dakwah mengenai sebaik-baik hiasan di dunia adalah wanita solehah.
Wanita dalam agama Islam sangat dilindungi dan sangat tinggi darjatnya. Namun hari ini apa yang dapat dilihat, wanita tidak kiralah yang masin bujang atau yang bergelar isteri orang semakin hilang adabnya.
Tidak kira dalam pergaulan seharian ataupun medium tanpa sempadan, pasti anda pernah melihat wanita bergelar isteri tanpa rasa segan silu ‘bergurau mesra’ dengan suami orang ataupun lelaki bukan mahram. Mereka seolah-olah terlupa yang mereka berstatus isteri orang.
Disebabkan oleh ‘kealpaan’ ini membuatkan wanita bernama Sue Abdul Wahab memberikan teguran khusus untuk semua wanita tentang lima adab apabila bercakap dengan suami orang. Teguran ini bukanlah bermaksud untuk menghentam sebaliknya mengharapkan agar ia dapat membuka mata wanita untuk segera menghentikan sikap sebegini.
ADAB BERKOMUNIKASI DENGAN SUAMI ORANG / LELAKI BUKAN MAHRAM…
(Medium: SMS, Telegram, perbualan telefon, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya.)
Dah lama saya nak tegur kaum saya sendiri berkenaan perkara di atas.
Kesabaran, sangka baik dan menyerahkan semuanya kepada Allah memang menjadi perkara yang biasa si isteri buat.. Tapi itu tak bermakna,dia boleh dipijak-pijak.
Teguran saya kali ini ditujukan terus buat kaum wanita yang masih belum berkahwin, tidak lagi berkahwin, apatah lagi yang sudah berkahwin…
Tak perlu guna ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami sendiri.
⛔Adab 2: Jaga penggunaan emoticon.
? ??? tak sesuai digunakan langsung. Apa perasaan anda kalau wanita lain guna emoticon ini pada suami anda? Come on, this is common sense ok?
⛔Adab 3: Usah berlebih-lebih.
Ads
Lebih-lebih ambil tahu perihal suami wanita lain.
Ada kala berlebih dari segi ‘kalau bersembang/whatsapp dengan si suami amboi panjangnya berjela, kemain berbunga macam orang bercinta… panggil SAYANG la… hubby la… jari tu nak kena ketuk dengan senduk ke?’
⛔Adab 4: Jika nak bergambar, jaga jarak.
Bab ni memang sensitif apatah lagi apabila suami seorang ‘public figure’. Tak salah bergambar. Kami si isteri faham kerjaya suami yang menjadi perhatian dan idola ramai. Hanya jaga adab ketika bergambar. Kalau bergambar berdua sahaja tetapi sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada… apa kes? Dah lama hidup ke? Saya tak salahkan si lelaki saja. Kita wanita jagalah diri. Syok sangat sampai boleh jadi fitnah, kan berdosa tu?
⛔Adab 5: BIG NO to any kind of physical contact.
Ads
Yang ni wajib ditegur, sebab sakit mata melihat kaum sendiri yang kadang-kadang dah bergelar isteri orang pun, tapi tangan tak boleh nak kawal. Bertepuk tampar dengan suami orang, atau lelaki yang bukan muhrim.
Banyak cara boleh bergurau, pilihlah yang lebih bertempat. Jangan pakai redah ja dengan alasan ‘Anggap adik/abang’ dan sebagainya.
Yang terlupa hal ini, lepas ni beringat-ingatlah ya.
Perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Bukan hanya bermaksud ‘dia tulis sebab jadi kat dia’… jangan gitu sis… saya ni suka share pengalaman saya… umpama saya mencari pahala juga dengan menyebarkan peringatan bersama.
I’ve done my part to say this out loud as a wife. It’s now up to you to choose how you respond to this posting. Open up and learn.
Untuk info, artikel ini diolah daripada artikel asal dari Pesona Pengantin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selagi boleh, kebanyakan kita sanggup bekerja siang ke malam demi mencari duit lebih tetapi rezeki makin sempit malah kadang diuji dengan masalah yang anda sendiri tak boleh jangka. Ada yang mampu telan, akan terus bangkit, tetapi kalau yang jenis cepat serik pastinya buntu dan menangis.
Untuk keluarkan anda daripada masalah kewangan dalam dunia bisnes, mari betulkan beberapa sudut yang mungkin anda terlepas pandang. Jom baca perkongsian daripada Ebit Lew ini…
Malam tadi 11.50 malam pergi Bukit Bintang jumpa ramai orang. Seorang abang tanya saya, ustaz ebit lew kan? Syukur jumpa di sini. Saya berniaga ustaz. Macam-macam saya buat. Tapi hidup saya semakin sempit. Saya rasa tuhan tak adil pada saya. Saya dah buat macam-macam. Saya berusaha siang malam. Bukan tambah rezeki tapi tambah hutang jer. Masalah makin banyak. Dekat rumah pun semuanya jadi panas jer…saya dah buntu ustaz…
Abang, Allah sayang. Allah sayang kita. Mungkin malam ini jadi permulaan semuanya. Abang betul nak kelapangan dan kekayaan kan?
Yer ustaz. Sebab tulah saya berniaga.
Kaya tu bermula di sini. Tangan saya tunjukkan hati. Cuma disini. Bila syukur Allah tambah nikmat. Pertama syukur kita kenal Allah. Syukur kita Islam. Minta pada dia yang maha kaya. Jaga solat awal waktu abang. Maaf saya sebut orang jaga solat awal waktu tidak akan merungut dengan hidupnya. Dia sedih, dia susah, dia senang, dia kaya tapi dia rasa ketenangan dan rasa diri dekat dengan Allah. Sebab dia tahu,dia tak seorang. Dia sedang diuji oleh Allah yang maha baik..
Ya Allah, ustaz…saya mengaku saya selalu tinggal solat subuh. Solat lain pun lambat-lambat, kadang-kadang sibuk kerja tinggal..
Kedua abang, abang ada ibubapa. Ada isteri. Ada anak-anak. Ada ustaz. Hargailah mereka. Nabi saw bersabda yang terbaik di kalangan kamu, yang terbaik pada isterinya. Akulah orang paling baik terhadap isteri. Yakni Rasulullah saw paling baik pada isteri..jika nak lemah lembut. Paling lembut dan romantik pada isteri. Jika berdakwah paling banyak berdakwah pada isteri. Jika memberi hadiah atau sedekah. Paling banyak beri pada isteri.
Zaman ini ramai orang dengan ibubapa kasar. Buat mak bapa macam orang suruhan. Buat isteri macam orang gaji. Bagi makan sikit. Bagi tempat tinggal. Gaji pun takde. Balik rumah marah-marah. Pegang telefon 24 jam. Takde dah nak buat taklim. Ajak solat tahajud sama-sama. Beri isteri rehat sikit. Tolong buang sampah. Tolong jaga anak sejam. Bagi isteri masa nak mandi, nak solat, nak rehat sekejap.
Ya Allah, ustaz…saya memang kasar ustaz. Begitulah saya dalam rumah dengan keluarga. Ya Allah..
Abang kita sebenarnya telah kaya. Diberi keluarga oleh Allah. Tapi kita kejar kaya lain lupa doa yang dirumah itulah asbab ketenangan dan kekayaan dalam hidup ini.
Ketiga abang bekerja niat dakwah. Niat bangunkan orag lain. Kita marketing, jumpa orang, buat apapun niat utama kita nak bawa manusia yang lain kepada Allah. Bukan kepada diri kita. Walaupun difitnah, diumpat, dibalas buruk usahlah dilayan. Kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah. Allah punya semua. Sebarkan salam, beri makan, sebarkan senyuman. Beri nasihat. Barulah Allah bantu kita. Kalau seseorang jadi orang seseorang bila dia susah dia dibantu oleh orang itu. Bila kita jadi orang Allah. Bila kita susah Allah bantu kita.
Berilah masa buat dakwah. Bawa isteri sama-sama belajar iman dan berjuang di jalan Allah. Pimpin mereka masuk syurga.
Abang tadi mengalir air mata dari mula saya cerita. Sebab begitulah hati bila kita diuji. Sakit, ujian, keperitan seruan Allah kita balik pada dia.-ebit lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat penyanyi terkenal, Nabila Razali. Bukan sahaja menyambut Hari Raya Korban, beliau dan suami, Nik Iruwan Nik Izani bakal meraikan majlis akikah dan kesyukuran anak sulung mereka, Baby M.
Majlis yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 Jun ini bertempat di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan. Lebih istimewa, Nabila menjemput seluruh rakyat Kelantan, khususnya peminat dan penduduk setempat untuk turut sama berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, Baby M adalah hadiah terindah dalam hidup saya dan suami. Jadi ibu adalah satu anugerah, penuh cabaran tapi sangat bermakna,” luah Nabila yang kini bergelar ibu pada usia 33 tahun.
Bagi Nabila, majlis ini bukan sekadar simbol kesyukuran, tetapi juga ruang untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan peminat serta masyarakat sekeliling.
“Kami amat berbesar hati jika anda semua dapat hadir. Bukan sahaja untuk meraikan Baby M, tetapi juga sebagai tanda kasih dan ukhuwah sesama kita, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya lagi.
Pasangan ini menyambut kelahiran Baby M pada 23 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang. Bayi comel seberat 3.1 kilogram itu melengkapkan kehidupan mereka selepas melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2023.
Majlis yang diadakan di kampung halaman suami ini dijangka berlangsung dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan, selaras dengan semangat Aidiladha yang membawa erti pengorbanan, kasih sayang, dan kebersamaan.
Tahniah buat Nabila sekeluarga. Semoga Baby M membesar menjadi anak soleh yang membawa bahagia dan barakah dalam kehidupan mereka berdua.
Bila bercuti atau berjalan ke mana-mana, tip jaga tuala mandi pun cukup penting. Sebab kalau tak pandai jaga, silap-silap taual naik bintik hiam dan berbau hapak!
Ok, perasan tak kalau setiap kali selepas mak-mak cuci tuala dan bila ia kering, tekstur tuala ni rasa keras kejung dan tak lembut macam kita mula-mula beli dan pakai.
Hah, sebenarnya ada cara dan penjagaan mudah agar tuala yang kita gunakan tetap lembut selepas dibasuh dan tidak mudah rosak atau reput mahupun mengeluarkan bau yang menyenangkan setiap kali selepas digunakan.
Sebaiknya ikut cara ini.
Tip Menjaga Tuala:
1.Jemurkan tuala di tempat yang ada cahaya matahari setiap kali selepas menggunakannya agar tiada bakteria yang dapat membiak pada Tuala mandi kita.
2.Bagi menjaga kebersihan tuala, cucilah tuala sekerap yang mungkin, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
3.Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan dengan pakaian lain.
4.Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala hilang sepenuhnya.
Jangan tergoda dengan warna kain tuala yang warna warni, kerana fungsi menyerap air adalah fungsi utama yang harus di beri perhatian.
Pilihlah kain tuala yang mempunyai material yang elok, dan paling penting, setiap kali menukar tuala, gunalah tuala yang berbeza-beza agar kain tuala tidak cepat rosak.
Tip Cari Tuala:
Belilah tuala yang 100% egyptian cotton, berkualiti baik dan mempunyai daya serapan yang tinggi.
Petua Elak Tuala Berbau & Kusam:
Gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan menyegarkan tuala yang kelihatan kusam dan berbau.
Selamat mengguna tuala mandi dengan bijak dan berhemah. Semoga jangka hayat tuala mandi anda akan panjang hayatnya jika anda tahu menjaganya dengan bijak.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Abang kepada mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru menyifatkan kematian adik dan anak saudaranya sebagai perbuatan sangat kejam apabila mayat mereka ditemui tersandar dekat peti ais, berlumuran darah.