Gara-gara kesunyian selepas dua kali menjanda, seorang wanita berusia 65 tahun sanggup meletakkan iklan di pintu pagar dihadapan rumahnya bagi mencari seorang teman lelaki yang boleh dijadikan suami yang sesuai buat dirinya.
Dalam iklan tersebut menyatakan;
“Seorang wanita berusia 65 tahun, mencari teman lelaki berusia 60 hingga 70 tahun. Keutamaan duda berpencen. Saya seorang yang baik, jujur dan sihat. Sekiranya berminat hubungi di sini,”
Pernah Dua Kali Berkahwin
Sompong Chomphuprapet yang tinggal di Ubon Ratchathani, Thailand memberitahu, dia pernah berkahwin sebanyak dua kali tetapi kedua-dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian.
Kata Sompong, dia berkahwin dengan seorang lelaki Thailand tetapi bercerai kerana suaminya itu seorang kaki botol.
Dia kemudian bekerja di Jerman dan berkahwin dengan lelaki tempatan, namun perkahwinannya itu hanya mampu bertahan selama 13 tahun.
Ads
Diri Rasa Sunyi
Sompong berkata, selepas kembali semula ke Thailand dia mula berasa kesunyian dan kini dia mahu mencari lelaki jujur yang menyayanginya dan mampu menjaganya hingga akhir hayat.
“Saya mahu seorang lelaki yang baik kerana hidup seorang diri rasa sungguh sunyi dan menyedihkan. Saya mahu seorang pesara yang berpencen,” jelasnya.
Pernah Tolak Dua Calon
Iklan itu dipasang kira-kira seminggu yang lalu dan dua lelaki sudah menawarkan diri tetapi kedua-duanya ditolak Sompong.
Ads
Seorang calon itu ditolak Sompong kerana dia tidak mempunyai skim pencen manakala seorang lagi lelaki berusia 59 tahun bekerja sebagai guru.
“Apabila lelaki itu bersara nanti dia bakal menerima pencen 20,000 baht (RM2,549) sebulan dan selepas ditolak semua hutangnya yang tinggal hanya 8,000 baht (RM1,019).
Ads
“Saya memberitahunya wang sebanyak itu tidak mampu menampung kehidupan kami berdua,” katanya.
Apa-apapun ‘keberanian’ berterus terang dan ‘kegigihan’ wanita ini untuk mencari teman lelaki sekaligus untuk dijadikan suami wajar dipuji.
Mak-mak yang nak pilih ketam segar, manis & banyak isi ada tip tertentu.Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Harga ketam boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli.Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Ramai menyangka dirinya seorang gelandangan. Mungkin kerana dia dilihat sering tidur dalam kesejukan malam, keseorangan di luar bangunan di kawasan perumahan Gasing Indah, Petaling Jaya, Selangor.
Pernah ada yang berani mengejutkannya pada jam 1 pagi semata-mata mahu tahu siapa namanya, kenapa tidak pulang ke rumah dan kalau boleh mahu menghantarnya ke rumah jagaan orang tua-tua.
Ternyata manusia sering bersalah sangka kerana bila melihat individu tidur keseorangan disangka gelandangan atau pengemis tanpa menyelidiki siapa sebenarnya mereka! Mungkin niat ingin membantu tetapi ada kalanya cara bertanya itu salah! Inilah antara pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seorang warga emas, Pakcik Mansor Johari.
Dalam usianya mencapai 68 tahun, dengan kudrat yang masih kuat, pakcik Mansor bukan calang-calang orang.
Dia seorang pengawal keselamatan. Sudah 17 tahun bekerja dan diberikan amanah oleh bosnya menjaga harta syarikat daripada dicerobohi orang lain.
“Syarikat tempat saya bekerja ini berkaitan pembersihan. Banyak projek-projeknya sama ada di sini mahu pun negeri lain,” katanya memulakan bicara.
Memandangkan dia bekerja, sebuah bilik disediakan untuknya. Agar dia boleh merehatkan tubuh. Tapi dia mengambil inisiatif membawa sebuah katil lipat “ala tentera” kerana jiwa patriotik yang tidak pernah terpadam.
Kata bekas pesara tentera ini, dia pernah berasa marah. Dia juga agak tersinggung kerana ramai menyangka dia peminta sedekah tatkala melihat dia tidur dalam kedinginan malam sedangkan hakikatnya, wang gaji diperolehnya mencecah ribuan ringgit, cukup banyak untuk kegunaannya seorang.
Dan jangan sesekali memandang serong dengan situasinya. Kerana dia punya enam orang anak yang mana kesemuanya adalah anggota tentera seperti dirinya.
Bukan mereka tidak pernah mengajaknya tinggal bersama. Faktor usia membuatkan pakcik Mansor lebih senang berdikari dan berusaha sendiri. Lagipun dia bukan punya sebarang penyakit yang kronik.
Jangan tak menyangka, kala hari cutinya, dia akan menaiki tren menuju ke KL Sentral, makan dan minum apa dihajatinya dan bila tiba masanya, dia kembali pulang ke biliknya semula.
Sebelum mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan, dia ada rumah di Ampang.
“Saya pernah tinggal bersama isteri dahulu di situ. Bila isteri meninggal akibat sakit saya datang sini. Alhamdulillah mendapat pekerjaan di sini. Semakin lama bekerja, saya menjadi selesa untuk berbaring di waktu malam di sini.
“Selain diberi amanah menjaga bangunan syarikat. Bila pagi, saya akan balik ke rumah, mandi, makan dan kemudian kembali ke tempat kerja semula di mana ketika itu, saya boleh melihat anak-anak kucing yang saya pelihara bermain dan berlari.
“Memelihara binatang kesayangan Nabi Muhammad ini satu kepuasan bagi saya. Kalau Nabi pun sayang, kenapa kita sebagai umatnya mahu membuang sesuka hati. Ada kes di mana orang mahu membuang tujuh ekor kucingnya di sini tetapi saya suruh mereka ambil semula.
“Di sini bukan pejabat haiwan dan saya tidak menerima begitu banyak kucing.
“Tapi ada juga yang teruk, pernah kucing saya dirembat dengan kayu dan sebagainya. Macam-macam perangai orang ini. Pernah juga kucing saya mati dilanggar dan sebagainya tetapi saya paling tak suka kalau orang membuang kucing sesuka hati.
“Lima ekor kucing ini, ada antaranya kucing mendatang. Saya belanja dekat RM300 setiap bulan untuk makanan, ubatan dan sebagainya. Makanan saya beri yang berkhasiat, kalau sakit saya akan bawa ke hospital haiwan.
“Biasa bagi kucing-kucing kecil ini, bila tiba perlu dibawa mandi, saya akan bawa ke klinik haiwan. Kosnya dalam RM60 seekor iaitu kos mandi, rawatan kutu, syampu dan sebagainya.
“Kalau kucing dewasa pula harganya RM80 untuk seekor. Pernah kucing saya dipukul hingga putus kakinya, saya bawa ke klinik dan bayarannya mencecah RM1000 lebih. Bila sudah baik, kucing itu keluar rumah tetapi akhirnya mati dilanggar kereta.”
Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Pakcik Mansor bukan saja baik hati kerana memelihara binatang kesayangan Rasulullah tetapi di usia mudanya, dia ada pengalaman menarik ketika di dalam tentera.
“Kalau orang takut kepada kegelapan malam, saya sudah biasa melaluinya ketika mengikuti operasi tentera dalam Ops Gubir di sempadan Baling. Pernah melihat pelbagai kejadian dan sebab itulah saya tidak pernah takut dengan orang.
“Cuma silapnya mereka suka memandang rendah kepada orang lain tanpa menyelidiki latar belakang individu tersebut.”
Lari dari ceritanya yang pernah menjadi anggota tentera, senyuman sentiasa terukir di bibirnya setiap kali mengusap kucing-kucing yang manja berlarian di kaki tuanya itu. Seakan menjadi terapi buat dirinya kala anak-anak jauh dari mata namun dekat di hatinya.
“Kalau saya ada di sini, saya akan biarkan kucing-kucing ini bebas berlarian, bergurau dan sebagainya. Bila tiba bagi makan, saya akan bagi dua tiga kali sehari. Selepas itu saya akan kurung untuk elak terjadi apa-apa,” katanya memaklumkan dia sentiasa membersihkan laluan pejalan kaki di tempatnya bekerja demi bauan yang tidak enak dari orang ramai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selesai sudah majlis pernikahan Izara Aishah, 25 dan Muhammad Adib Khalid dalam sebuah majlis yang cukup indah. Kecantikan mempelai bernama Izara Aishah dizahirkan pereka terkenal negara, Datuk Rizalman Ibrahim bagaikan Wanita Melayu Terakhir; ayu menawan mata yang memandang.
Yang menjadi perbualan di kalangan netizen ketika ini tentang rekaan kerudung yang dikenakan Izara Aishah. Ada yang memuji, tak kurang yang mengecam ‘veil keras’ itu.
Dalam membaca bermacam-macam komen, Mingguan Wanita tertarik dengan perkongsian Wan Amirul Asraf, CEO ONEdesign tentang veil yang diperkatakan netizen.
Tak mustahil, kerudung unik yang dipakai Izara akan menjadi trend 2018. Minta anda membaca kenyataan di bawah dengan berlapang dada ya.
Kata beliau, “Jom kita tukar word veil kepada SELENDANG. Pada pendapat aku, cantik dan aku faham conceptnya yang nak disampaikan oleh seorang trend setter yang ada taste tersendiri iaitu Datuk Rizalman Ibrahim.
Kena tengok video dia, barulah faham. Mungkin ada sentuhan budaya ala-ala Moghul India + Melayu klasik pada theme keseluruhan majlis itu. Dapat difahamkan melalui music backgroud dia guna, dan pakaian yang dia guna untuk majlis berinai beberapa hari lepas.
Mula-mula duk pelik juga, kenapa masa majlis akad nikah, ada muzik macam ni? Haha..tapi bila tengok balik, barulah faham apa yang nak disampaikan.
Izara sepertikan seorang Puteri India yang dikekalkan dalam busana Melayu classic, dan ‘diselindungkan’ kecantikannya melalui selendang keras itu, semuanya diblend sangat baik bersama pelamin.
Yang mana kecantikan dapat dilihat samar-samar dari dalam litupan selendang itu (wanita Melayu dulu-dulukan malu-malu dan menitikkan kesopanan).
Di sebalik juraian kristal pelamin semasa turun dari tangga bak istana. Dalam majlis akad nikah, pengantin perempuanlah yang akan jadi “main attraction” dan seolah-olah bak puteri kayangan turun dari langit.
Semua mata akan menanti-nanti siapakah gerangan orangnya (kalau selebriti, orang akan tengok pula daripada sudut lain, especially kelainan dan kecantikan).
Segalanya telah difkirkan dengan baik mengikut concept yang dikehendaki oleh client.
Jika tengok pada pendetailan Glam Wedding ni pun, 6 buah kerusi masa nikah disusun atur dengan kedudukan yang berbeza, ada yang ke depan, ada yang belakang, ada yang tengah-tengah.
Dan masing-masing duduk tanpa terlalu mengalihkan kerusi, sebab apa? Sebab nanti mudah untuk tetamu dan photographer shoot gambar-gambar cantik, tanpa wajah-wajah utama ini terselindung di sebalik badan-badan mereka.
Banyak benda yang boleh dipelajari pada sesiapa yang meminati bidang management ni.
Dan kes kali ni, Datuk Rizalman adalah bukan sahaja seorang fashion designer, tapi dia juga, seorang event manager, yang memikirkan keseluruhan mengikut temanya.
Adalah pasti berbeza hasilnya jika seorang fashion designer yang mereka baju sahaja tapi tak terlibat dengan majlis dan fashion designer merangkap event manager yang handle dan faham tentang perjalanan majlis dan kehendak client, sebab tu lahirnya kelainan.
Cuma Izara nampak sedikit gemuruh dan kasutnya terlalu tinggi (mungkin) dan tiada pemegang untuk dia berpaut ketika turun tangga, bimbang terjatuh, sehingga terzahir sedikit riak wajah yang “pelik” tu.
Rasanya bukan kerana selendang tu yang menyebabkan lahir mimik muka seperti itu.
Cuba tengok pula bila dia berdiri dalam keadaan dia sangat yakin selepas majlis selesai, kan tetibe jadi cantik pula.
Bagi aku (untuk isu fashion ni), keseluruhan cantik, tidak menjolok mata para lelaki, tak nampak bentuk tubuh, pakaian hampir sempurna, tapi masih kekalkan exclusive, kelainan dan keayuan tu.
From me, ia berjaya… well done.
Ok dah. Itu je penjelasan yang mampu dibuat. Yang biasa-biasa mungkin dah selalu tengok. Kita tengok pula sedikit yang di luar kebiasaan tapi tengoklah, lepas ni, insyaAllah, mungkin akan jadi ikutan-ikutan untuk fesyen 2018.
Tahniah Datuk Rizalman dan Glam Wedding, tahniah Izara dan suami.
Nampak sedikit tinggi dan ada sedikit kelainan. Tengok pula pada potongan kain yang tiada jahitan sekeliling pada leher baju ni.
Untuk mendapatkan leher baju yang tinggi, tiada jahitan keliling leher, kecuali jahitan pada atas bahu je.
Selalunya, untuk dapatkan leher macam ni, orang akan jahit keliling leher. Sorilah, aku tak tau term, guna bahasa pasar je.”
Sumber/foto : Facebook Wan Amirul Asraf
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.