Akhirnya terjawab teka-teki tiga hos Mingguan Wanita Talkshow (MWTV) musim ketiga iaitu salah seorangnya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain. Kemunculan Nurul Syuhada buat pertama kalinya pada 19 Februari lalu rata-rata mendapat komen positif daripada penonton.
Nurul Syuhada akan bersiaran setiap hari rabu dan bakal bergandingan dengan Naufal Naufal Hatta bagi mengendalikan segmen kisah masyarakat, motivasi, inspirasi dan kerohanian.
Biarpun pernah mengemudikan MWTV musim pertama, menurutnya debaran dan cabarannya tetap ada. Maklumlah pertama kali bergandingan dengan hos lelaki dalam mengupas topik-topik kewanitaan.
“Saya rasa MWTV musim pertama dahulu banyak mengetengahkan isu berkaitan wanita dan hos juga semuanya wanita. Ketika itu, kita tiada input daripada seorang lelaki.
Ads
“Mungkin bagi musim ketiga, pihak produksi ingin bawa idea yang lebih segar dan cuba mengambil kira input daripada suara lelaki. Jadi rancangan ini akan nampak lebih seimbang apabila wujud pandangan daripada kedua-dua belah pihak. Jadi program ini tak nampak terlalu feminis sangat,” ujar Nurul Syuhada.
Cuba Cari Keserasian
Buat MWTV musim ketiga kali ini, Nurul Syuhada digandingkan dengan hos lelaki, Naufal Hatta. Walaupun pertama kali digandingkan bersama, apa yang dapat Nurul Syuhada katakan bahawa Naufal mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengacarakan rancangan ini.
“Naufal pun sudah berumahtangga, merupakan seorang suami dan juga ayah, orang muda yang telah melalui banyak fasa dengan latar belakang imam muda, saya rasa dia mampu balance kan program ini.
Ads
“Dia pun orangnya jenis bersahaja. Jadi saya rasa tidak ada masalah dan juga tidak kekok bila bersama. Kemudian, bila kita selalu usik-usik itu ketika on air adalah untuk cuba nampakkan keserasiannya.
“Seperti hari ini merupakan kali pertama kami bergandingan, alhamdulillah so far ok dan tiada masalah. Kira boleh masuklah, tapi kami sama-sama akan usahakan untuk nampak tak kekok dan lebih bersahaja,” ujarnya lagi.
Ads
Teruja Diberi Peluang Sekali Lagi
Tambah Nurul Syuhada, walaupun ini pengalaman kedua mengacarakan MWTV, dia tetap merasa teruja dengan peluang yang diberikan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja.
“Saya faham dan percaya bahawa setiap production memiliki misi dan visinya yang tersendiri. Sebelum ini saya bersama krew produksi yang lain dan kini yang lain, pada masa yang sama kita sama-sama kenal dan belajar balik dari step one.
“Saya cuba belajar apa yang mereka mahukan, saya juga risau takut terbawa-bawa dengan konsep MWTV musim pertama. Buat masa ini memang saya dalam proses belajar dan saya cuba menahan diri sikitlah. Jika sebelum ini saya terlalu excited dan terlalu bersemangat feminis, tapi sekarang agak berbeza.
“Harapan saya semoga program MWTV untuk musim terbaru ini lebih sampai dan lebih ramai lagi penonton akan cakna dengan apa sahaja topik yang bakala kita sampaikan dengan intipati yang kita cuba bawakan. Paling penting lebih segar dan terkini serta relavan dengan isu semasa,” jelas Nurul Syuhada sebelum mengkahiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mingguan Wanita Talkshow bersiaran lagi hari ini dengan topik Berusia, Kekal Jelita. Sebagai seorang wanita sememangnya sangat suka untuk mengekalkan kecantikan kulit. Apatah lagi apabila sudah mencecah usia 40 tahun.
Tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow membincangkan isu ini bersama Pakar Dermatologi, Dr. Azura Mohd Affandi.
“Kulit merupakan organ terbesar yang paling penting melitupi tubuh badan. Kulit wajah paling utama dan perlu dijaga dengan baik. Banyak faktor yang boleh menampakkan kulit wajah nampak lebih tua. Antaranya faktor tekanan. Tidak dinafikan seseorang yang menghadapi tekanan akan menyebabkan kulit nampak lebih tua,” ujar Dr. Azura.
Pentingnya menjaga kulit wajah.
Jaga Pemakanan
Dr. Azura juga menerangkan bagi anda yang mahu mendapatkan kulit wajah yang cantik, anda perlu menjaga pemakanan.
“Apa yang kita makan akan memberi kesan pada kulit terutamanya di wajah. Jadi jaga pemakanan, minum air putih secukupnya ini kerana jika kulit kering akan sebabkan pigmentasi berlaku di wajah.
“Bila pilih satu-satu produk kecantikan tolonglah pilih yang bersesuaian kerana jika anda pakai produk yang tidak sesuai akan tumbuh jerawat dan masalah lain pada kulit wajah,” sambung Dr. Azura.
Dr. Azura juga menasihati gunalah pelembap muka dan pelindung suria sebelum keluar rumah.
“Terimalah apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Apa yang ada pada kita adalah kurniaan dari Allah yag terbaik buat kita,” ungkapnya. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah ini bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.
Tip:
Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.
Banyakkan memakan dari sumber protien seperti ikan, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan yang berkhasiat, termasuk lemak yang menyihatkan, protein yang cukup, sayur sayuran serta buah-buahan.
Elakan daripada merokok atau terkena asap rokok. Kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mempastikan tubuh anda berfungsi dengan baik.
Kulit wajah yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya.
Jagalah kebersihan diri dan amalkan gaya hidup sihat. Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa mengharapkan dan ingin melihat anak yang dibesarkan itu sihat dan berjaya. Namun, tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada anak itu nanti. Kita sebagai ibu bapa tidak mahu sekelumit pun anak-anak rasa sakit. Kadang-kadang, sakit itu mahu dipindahkan pada kita sebagai ibu dan ayah.
Apakah daya untuk kita melawan takdir. Anak disahkan menghidap penyakit yang serius. Ada yang sakit jantung, kanser, buah pinggang dan sebagainya. Ada anak yang menghidap penyakit serius sejak dari kecil lagi. Inilah yang telah dikupaskan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi dengan topik ‘Kanser Di Kalangan Kanak-kanak’.
Menurut pakar Dr. Kogilavani, A/P Gunasagaran, Pakar Pediatrik Hemato-Onkologi Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, KKM mengulas tentang topik ini.
“Sebenarnya, kanser di kalangan kanak-kanak ini sukar untuk dikesan. Dikatakan seramai 200,000 kanak-kanak setiap tahun dikesan menghidap penyakit ini. Atau anggaran setiap tiga minit, seorang anak disahkan menghidap kanser.”
Jika dilihat, orang dewasa yang menghidap kanser adalah disebabkan gaya hidup dan faktor pemakanan. Sedangkan kanak-kanak, faktor ini bukan menjadi penyebab penyakit kanser ini.
Ibu bapa perlu sedar tentang penyakit kanser ini kerana biasanya anak-anak kecil sukar memberitahu tentang masalah yang dialami berbanding dengan orang dewasa.
• Ibu bapa perlu sedar, kanser boleh berlaku pada anak-anak.
• Kena lihat tanda-tanda dan jenis kanser. Antaranya anak kerap demam, lebam pada kulit, perut buncit, tidak aktif, pucat dan lesu.
“Perkara biasa bila anak mengalami demam kerana ini untuk membina sistem imunisasi/antibodi. Tetapi, jika demam berulang dan tidak sembuh walaupun sudah mengambil antibiotik, ibu bapa kena ambil tindakan..” Dr. Kogilavani.
Jenis penyakit kanser yang boleh menyerang kanak-kanak ialah:
a) Kanser darah – 40% boleh berlaku di kalangan kanak-kanak.
b) Diikuti kanser otak
c) Kanser Limphoma
d) Kanser Tulang, Mata, Buah Pinggang dan sebagainya.
Rawatan yang disyorkan untuk sembuhkan pesakit adalah:
a) Kemoterapi
b) Radioterapi
c) Pembedahan
Kebarangkalian untuk sembuh apabila ia dapat dikesan lebih awal dan cepat dalam melakukan rawatan.
Dalam rancangan ini juga, Jeffri Senin turut berkongsi cerita tentang anaknya, Rayyana Puteri, 9 tahun yang menghidap kanser tulang. Tiada lebih menggembirakan apabila penyanyi kesukaan Rayyana, Nabila Razali hadir memberi kejutan padanya.
Menurut Jeffri:
“Awalnya mendapat tahu tentan penyakit Rayyana, kami tidak dapat terima kenyataan. Namun, dengan kata-kata sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan, kami reda dan perlu kuat. Saya dan isteri positifkan diri dan memberi semangat untuk Rayyana dalam mendapatkan rawatan.
“Jangan ingat dengan menghidap kanser, kita perlu hanya duduk dan terlantar di rumah sahaja. Saya sendiri, layankan apa yang ingin Rayyana mahu, bawa berjalan-jalan dan kuatkan dirinya dengan memberitahu dia tidak sakit….”
Bagi mengikuti lebih lanjut tentang topik ini, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam bersama pengacara, Nurul Syuhada dan Nuafal Hatta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Diam tak diam Mingguan Wanita telah memasuki Musim Ketiga. Kekal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengahari hingga 1 petang.
Masih mengekalkan format asal iaitu mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, kisah rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan.
MW Talkshow musim baharu ini turut menambah pengisian elemen baru bagi menambah baik lagi kandungan format asal agar kekal relevan, segar dan menarik untuk ditonton masyarakat masa kini.
Tetapi ada sesuatu kejutan untuk penonton setia program ini iaitu penampilan hos baru. Oleh itu, nantikan kemunculan tiga hos baru yang bakal mewarnai Mingguan Wanita Musim Baharu bermula 17 Februari, di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...