Vicha usaha keras kukuhkan kewangan, mahu bina kehidupan lebih baik untuk anak-anak. Demi mencari rezeki yang halal bukan sekadar bergelar pelawak Vicha juga memberi fokus dalam perniagaan.
Seperti mana diketahui, Vicha yang juga pemilik nama sebenar Refika Novianti Faturohman, begitu aktif dalam mengusahakan perniagaan berasaskan makanan terkenal dari negara asalnya Indonesia.
Kini Vicha berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian untuk individu bersaiz besar.
Vicha Usaha Keras Kukuhkan Kewangan
Dalam pada itu, demi mencari rezeki halal dan memberi kehidupan yang baik buat anak-anaknya.
“Sebelum ini saya ragu-ragu untuk membawa makanan terkenal Indonesia ke Malaysia tetapi selepas mendapat sambutan yang hangat, saya rancang untuk memperkenalkan beberapa lagi makanan popular terutama daripada Tik Tok.
“Selain itu, saya juga merancang mahu cuba perniagaan fesyen untuk individu bersaiz besar dan tudung.
“Sekarang masih lagi dalam perancangan dan saya akan kongsi dalam masa terdekat. InsyaAllah,” ungkap Vicha sewaktu bertemu dengannya di sebuah majlis.
Mahu Bawa Tiga Anak Di Bandung Ke Kuala Lumpur
Ditebak soalan aktif berniaga bagi membawa tiga cahaya matanya yang kini berada di Bandung ke Kuala Lumpur, Vicha tidak menafikan.
Ads
“Perancangan untuk membawa mereka ke sini tidak pernah berubah walaupun saya sudah berkahwin.
“Cuma buat masa sekarang, saya tidak boleh bawa mereka ke Malaysia kerana terikat dengan visa pekerja seni.
“Lainlah saya ada bisnes yang kuat dan boleh mohon visa untuk perniagaan, maka saya boleh bawa mereka ke sini.
Seorang Wanita Rajin
“Apa pun, ketiga-tiga anak saya memahami mengapa saya tidak boleh bawa mereka sekarang.
“InsyaAllah, saya akan terus bekerja keras untuk kukuhkan kewangan saya bagi memberi kehidupan yang lebih baik buat anak-anak,” jelasnya yang turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Michael Trevor Ayomide, 2.
Selain Michael, Vicha juga mempunyai tiga anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, 13, Listya Arum Tresnasih, 12, dan Michelle Averina Chalista, 9.
Ads
Elak Fitnah
Menyentuh tentang suaminya, Vicha menyatakan antara faktor utama dirinya berkongsi mengenai perkahwinan keduanya itu adalah bagi mengelak fitnah.
Vicha dan suaminya yang hanya dikenali sebagai Johnson sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
“Saya sering ke negeri lain atas urusan perniagaan dan suami pun ikut.
“Bila check in, ada yang perasan saya. Tentunya akan timbul salah faham bila saya menginap bersama lelaki dan orang tidak tahu status sebenarnya saya. Atas sebab itu saya kongsikan,” sambungnya.
Susulan nahas pertembungan MPV dengan lori yang mengorbankan tujuh nyawa, seorang saksi berkongsi kisah sayu terdengar jeritan dan tangisan kanak-kanak dari dalam kenderaan MPV jenis Perodua Alza.
Saksi kejadian, Syazwan Muhd Suhaimi, 21 memaklumkan menyaksikan depan mata tubuh mangsa yang saling bertindih disebabkan kenderaan sudah terbalik.
Kejadian yang berlaku sekitar 5.30 petang itu berlaku betul-betul di hadapan gerainya. Selepas mendengar bunyi hon yang panjang, dia dengar bunyi satu dentuman yang kuat. Serentak itulah, dia denga suara jeritan dan tangisan mangsa meminta tolong.
Bila saja lihat kemalangan berlaku depan mata, para pelanggan gerainya kira-kira 10 orang segera berlari membantu mangsa.
Dalam keadaan cemas itu, mereka sedaya upaya membantu mana yang tidak memberi kecederaan lanjut kepada mangsa.
Kredit foto : Facebook
Terpaksa Pecahkan Cermin, Selamatkan Mangsa
Mereka terpaksa memecahkan cermin dan buka bahagian but untuk bantu keluarkan tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak lelaki.
Memandangkan keadaan mangsa saling bertindih, dengan kecederaan teruk dan darah yang bertaburan sana sini, membuatkan mereka tak berani ambil risiko keluarkan mangsa yang lain. Bimbang akan lebih membahayakan mangsa.
Masing-masing yang membantu berusaha menenangkan mangsa dan minta mereka beristighfar dan mengucap.
“Mujurlah waktu kejadian, tak banyak kereta lalu lalang. Kalau tak mungkin keadaan lebih teruk.” Ujarnya yang masih terkejut dengan kejadian yang pertama kali berlaku di tempatnya sejak gerainya dibuka Disember lalu.
“Kami bersyukur dapat bantu mangsa yang terselamat.”
Kenderaan MPV yang dinaiki 10 sekeluarga itu mengorbankan 7 penumpang, 3 lagi cedera, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Kredit foto : Facebook
Tragedi kemalangan menyebabkan kesesakan jalan raya. / Kredit foto : Facebook
Dalam pada itu, Komander Operasi Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab memaklumkan mangsa yang maut merupakan dua lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
“Tiga mangsa lain yang cedera pula adalah dua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa,” katanya.
Pasukan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan semua mangsa, ketujuh-tujuh mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 6.40 petang.
Ramai yang mengetahui bahawa penyanyi Elyana menghidap penyakit Kanser Limfoma tahap 4. Semangat juangnya melawan kanser dengan menjalani rawatan dan sentiasa bersikap positif serta ceria amat wajar dijadikan inspirasi buat wanita lain.
Terbaru, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya.Selain pernah menjalani rawatan kimoterapi sebelum ini, penyanyi ini memaklumkan buat pertama kalinya dia bakal menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital di ibu negara bermula kelmarin.
“Doktor sudah berjumpa saya dan sekejap lagi saya akan mulakan sesi rawatan radioterapi.
“Ini kali pertama saya menjalani rawatan ini, tak pernah lagi sebab selama ini saya hanya buat kemoterapi.
“Doktor cakap saya punya lymph nodes dah ada kat saraf tunjang, kalau saya tak buat apa-apa boleh menyebabkan lumpuh,” katanya yang bakal menjalani 10 kali sesi rawatan itu.
Kesan Radioterapi
Radioterapi atau terapi sinaran merupakan satu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah.Setelah menjalani rawatan radioterapi penyanyi lagu Kalis Rindu ini juga ada berkongsi perasaan serta kesan yang dihadapinya di Instastory laman Instagram miliknya. Antaranya kesannya rasa lesu dan penat,rasa pening nak muntah dan loya seperti jalani kimoterapi.Bibirnya juga jadi kering, pecah-pecah.
Bagi Elyana rawatan kimoterapi menyebabkan kesan lebih teruk pada dirinya iaitu muntah teruk dan tiada selera makan berbulan-bulan berbanding rawatan radioterapi ini.Namun baginya ia perkara biasa dan hanya perlu banyakkan bersabar.
Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza tahun lalu.
Elyana berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali sejak 2014.
Ramai Beri Sokongan & Mendoakan Kesejahteraan
Dalam pada itu, Elyana turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.
“Ramai yang mesej bagi doa semangat, terima kasih banyak kepada semua, walau tak dapat balas satu-satu tapi saya baca semua.
“Ada pesakit kronik yang mesej, saya selalu bagi semangat. Alhamdullilah, saya happy sangat sebab saya fikir dalam tak langsung saya bermanfaat untuk orang lain,” ujarnya.
Tidak kurang ramai rakan selebriti yang datang menziarahi Elyana di hospital serta turut memberikan kata-kata sokongan. Antaranya Betty Rahmat, Anne Ngasri, Sherry Ibrahim dan Hatta Dolmat.
Mingguan Wanita mendoakan agar Elyana terus berjuang dan tidak berputus asa untuk melawan kanser ini. Semoga cepat sembuh, diberikan kesihatan terbaik serta kekal positif iya.
Awal pagi semalam, isteri pertama baru bersembang dengan suaminya yang dia mahu pergi. Suami turut tinggalkan madu yang sedang berpantang. Sedih rasa hati bila mengenangkan pemergian yang berlaku sekelip mata.
“Luluh hati saya apabila terpandang kasut (arwah) suami ketika bomba mengeluarkan dia daripada dalam kereta,” luah Norazalinawati Yunus, 41, isteri pertama Zabidi Muhi, 40, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan, Perak.
Kemalangan itu turut mengorbankan Mohd Raimi Rustam Mohamad Rozi, 34. Menurut Norazalinawati, arwah suaminya pulang ke rumah malam tadi dan sempat membaiki lampu di bilik tidur sebelum keluar semula.
“Ketika itu kami sempat bersembang tetapi dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebaliknya berkata mahu keluar sekejap sebelum pulang semula pada 6 pagi untuk mengambil kunci kereta.
“Kami berjumpa di luar rumah sahaja dan itulah kali terakhir saya melihat dia sebelum dimaklumkan kemalangan ini oleh biras,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung.
Turut Tinggalkan Isteri Yang Masih Pantang
Arwah Zabidi turut meninggalkan seorang lagi isteri, Norjeiha Abidin, 37, yang masih dalam pantang dan lima anak berusia antara 17 hari hingga 10 tahun.
Jelas Norazalinawati, dia sempat ke lokasi kemalangan itu dan sedih apabila melihat anggota bomba mengeluarkan mayat suaminya.
“Suami bekerja di sebuah kilang di Changkat Jong, Teluk Intan dan jika diikutkan, dia masih bercuti kerana madu bersalin,” katanya.
Sementara itu, Norjeiha berkata, sebelum ini arwah Zabidi ada memberitahu dia mahu ‘pergi’ ketika mereka bersembang awal pagi semalam, yang menimbulkan kegusaran hatinya.
Bagaimanapun, wanita itu reda dengan pemergian suaminya.
“Arwah sangat teruja dengan kelahiran bayi lelaki ini dan cakap anak seperti muka dia serta beriya-iya mahu menamakan Umar Rizky,” katanya.
Arwah Zabidi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayan, Sitiawan.
MW: Semoga arwah memberi ketabahan kepada kedua-dua isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.