Hiburan

Versi AI Belum Mampu Tandingi Kejelitaan Semulajadi NEELOFA Meski Berniqab!

Share

Selebriti popular dan usahawan berjaya Neelofa memuat naik foto dirinya tanpa mengenakan purdah dalam Instagram mendapat pelbagai reaksi para peminat.

Perkongsian Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34 di laman Instagram miliknya sekeping foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah.

Meskipun gambar berkenaan  sekadar dalam versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja  dengan foto yang dikongsikan oleh  isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.

Versi AI Belum Mampu Tandingi Kejelitaan Semulajadi

“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa di Instagram miliknya.

Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya, Naelofar.

Usahawan ini turut meluahkan hasratnya untuk menjadikan projek ‘Stamping Your Mark’

itu sebagai penerus kepada impak atau legasi yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Buat perubahan,capai perkara yang tidak dapat dibayangkan, sumbang kepada komuniti anda dengan cara yang meninggalkan kesan yang kekal, tinggalkan ia lebih baik daripada sebelumnya. Sebuah warisan yang mencerminkan keunikan, bakat, dan sumbangan anda kepada dunia, sesuatu yang membezakan anda dan diingati oleh orang lain. Saya tak sabar untuk menunjukkan kepada anda koleksi penuh ini!

Kejelitaan Semulajadi NEELOFA Meski Berniqab!

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/video/pesanan-neelofa-jika-ada-yang-berhijrah-ke-arah-kebaikan-janganlah-patahkan-semangat-mereka/

https://www.mingguanwanita.my/neelofa-sentiasa-pelajari-ilmu-baru-lepas-berkahwin-rumah-tangga-mana-tak-mencabar/

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu jelas sekali mengubat kerinduan peminat untuk melihat wajah cantik bekas pengacara MeleTOP selepas dia memutuskan untuk berniqab pada Oktober 2020.

Untuk rekod, ibu kepada dua cahayamata ini mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020. Menurutnya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama. Neelofa juga dalam proses belajar dan  membentuk keperibadian menjadi wanita Islam yang lebih baik.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Rosmah Idayu