Pernah dua tiga tahun lepas, vape cukup viral sebagai salah satu alternatif untuk perokok
tegar berhenti merokok. Sehinggakan perokok boleh berhenti dan menjurus kepada vape. Lebih-lebih lagi, vape bukan sekadar menghisap wap tetapi ia mempunyai pelbagai rasa dan harganya lebih murah daripada rokok

Ada satu tahap, timbul kes vape membahayakan seseorang sehingga ada yang mulutnya melecur akibat vape yang digunakan meletup dan terbakar. Mulalah reda seketika tentang penggunaan vape.

Walau bagaimanapun, kes-kes yang berlaku ini kurang diendahkan dan semakin berleluasa
sampaikan murid sekolah pun sudah pandai menghisap vape.

Vape Bukan Alternatif Untuk Berhenti Merokok

Selamatkah Vape?

Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran secara langsung jam 12.00 -1 petang tadi telah
membincangkan tentang Selamatkah Vape.

IKLAN

Antara perkara yang dikupas oleh Amiruddin Sahudi, Jurulatih Utama Kumpulan Penggerak
Ibubapa Komunita kebangsaan ialah:

* Dikatakan 300 ribu pelajar sekolah menengah dan rendah telah menghisap vape dan seramai 50 ribu adalah pelajar perempuan.

* Pelajar yang didapati bersalah menghisap vape di sekolah boleh dikenakan tindakan gantung sekolah selama 14 hari.

Vape Bukan Alternatif Untuk Berhenti Merokok

Manakala Zulkefli Mohamad, Timbalan Setiausaha Agung PPIM pula mengulas:

* Menghisap vape bukanlah sebagai alternatif untuk perokok berhenti merokok sebaliknya ia telah menambahkan perokok yang berpotensi.

Ikuti kupasan lanjut dalam siaran ulangan pada jam 8 malam ini bersama hos Siti Elizad dan Sherry Al-Hadad bersama tetamu jemputan lain seperti Dr Asmah Razalli, Pengarah Urusan Laura Wellness & Consultation, Aril Pilus dan persembahan istimewa, Ray Asri.

IKLAN

#mingguanWanitaTV

#mingguanWanitaTalkShow

IKLAN

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI