Perkara yang selalu menjadi isu bila ada peninggalan harta pusaka daripada orang tua. Kiraan pembahagian faraid untuk anak lelaki dan anak perempuan pun ada bezanya.
Namun, janganlah adik beradik ‘memandai-mandai’ membuat kiraan tanpa bertanya kepada yang lebih arif. Memang kiraan pembahagian faraid berdasarkan kepada 2:1 tapi kena tahu cara kiraannya.
Inilah yang diajarkan oleh ustaz Ustaz Mohd Khusairi Saleh tentnag cara kiraan yang betul. Kena tanya dulu sebelum membuat pembahagian.
Saya diminta untuk buat pembahagian untuk adik beradik saya 11 orang, 5 lelaki 6 perempuan.
Ads
Saya nak confirmkan dulu sebelum saya buat pembahagian. Jumlah duit RM14 ribu. Akan dibahagi 2/3 untuk adik beradik lelaki dan 1/3 untuk adik beradik perempuan. Kemudian pecahan itu bahagi lagi dengan jumlah adik beradik lelaki dan perempuan.
Mohon pencerahan.
Jawapannya:
1. Memang ada kefahaman begini dalam sebahagian kita. Sebab ambil kira nisbah 2:1 untuk anak-anak tanpa melihat kepada bilangan. Penilaiannya ialah kepada kumpulan bukan individu.
2. Berapa agaknya bahagian setiap waris kalau guna kaedah di atas?
RM14,000/3 = RM4,666.66
Ads
Jadi, kumpulan perempuan dapat RM4,666.66 manakala kumpulan lelaki dapat RM9,333.33
Kemudian RM4,666.66/6, maka dapatlah setiap RM777.77.
Yang lelaki pulak RM9,333.33/5, maka dapatlah RM1,866.66.
Cara ini adalah SALAH ye..
3. Yang BETUL.
RM14,000 itu dibahagi dengan 16 bahagian. Kerana nisbah 2:1 itu dilihat kepada individu. Lelaki ada 10 bahagian, perempuan 6 bahagian.
RM14,000/16 = RM875
Jadi, setiap perempuan RM875 dan setiap lelaki RM1750.
Mingguan Wanita : Kena faham betul-betul pengiraan. Ada bezanya kalau salah kira.
Memang ada benarnya, sebagai wanita kekalkanlah diri dengan sifat malu, tolak trend yang semakin menular iaitu pakai baju tapi selak bahagian yang menutupi kemaluan semata-mata untuk nampak lebih stailo.Pesan juga pada anak-anak gadis kita, agar mengekalkan maruah daripada terikut-ikut dengan trend sebegini.
Trend jenis pakai baju yang asalnya labuh atau kemeja butang tengah – tapi bahagian baju yang menutupi kemaluan tu diselak untuk beri effect lebih stylo dan fashionable sekarang nampaknya kian rancak digayakan anak muda dan mak-mak yang tak berapa muda jugak.
Saya faham keinginan anak-anak muda nak bergaya dan melawa. Tapi harus tahu untuk pilih mana yang sesuai untuk kita gayakan, dan mana gaya yang elok kita tong sampahkan saja tak kisahlah siapa pun yang ajar dan bawa trend tu walaupun tukang ajar tu ada ratus ribu and million followers pasal fashion.
Minta tolong jugalah content creator untuk fashion anak muda ni – untuk turut sama angkat nilai maruah diri anak-anak gadis kita dalam kalian berkarya nak hasilkan trend-trend baru yang mempersona.
Dalam satu mafhum hadis Nabi, dah disebut bahawa orang yang cipta trend berdosa / berpahala dan orang follow dia, dia pun KUTIP DAN KAUT sama semua dosa / pahala pengikut-pengikut yang follow trend dia tu. Jadi jangan salah pilih cipta trend. Tak berbaloi pun cipta trend tak elok. Di akhirat nanti followers ni lah akan heret kita balik masuk neraka sebab mereka tuduh kita yang punca mereka terjebak buat / tayang / meremehkan soal dosa.
Followers kat dunia ni sifatnya puja puji kita. Ingatlah, kat akhirat, followers ni lah akan jadi liabiliti paling besar dan paling durjana buat kita bila kita jadi trend setter yang menjunjung elemen dosa dalam trend yang kita bawa.
Jadi, fikir dan set good trend elok-elok. Trend pakai baju selak pep*t ni kita tolak tepi ya? Dilepaskan dan dibiar melabuh tutup pun, dah cantik dan nampak lebih dihormati.
Malu ni dah jadi rezeki iman yang kian jarang didoakan dan didambakan wanita akhir zaman. Masa kecil kita dilahirkan, ianya datang dengan pakej fitrah kita selaku wanita. Tapi semakin kita membesar dan terhidang dengan fitnah dunia, malu itu kian hilang dari jiwa. Lantas menjadikan ia sebagai sesuatu yang WAJIB kita minta dari ALLAH. Takda guarantee dah akhir zaman ni kau lahir sebagai wanita maka kau ada pakej malu untuk jaga maruah diri kau. Takda. Memang kita kena doa dan minta ALLAH pelihara.
Minta, berdoa sebut. “Ya ALLAH, kurniakanlah aku sifat malu yang dengannya dapat menghalang dan menghentikan aku dari melakukan perkara yang mencalar maruah dan kemuliaanku sebagai wanita yang hakikatnya Engkau tinggikan darjat dan kemuliaannya…”
Anak-anak kita dari kecik lagi, umur 6, 7 tahun dah boleh ajar mereka untuk berdoa agar ALLAH bagi dan kekalkan sifat malu dalam diri mereka.
“Pah, malu-malu sangat ni nanti payah dia nak bekerja. Nak bercakap depan orang, nak terkedepan jadi leader apa semua tak boleh..”
Jap, yang anda maksudkan tu SOAL KEYAKINAN DIRI bukan SOAL MALU. Jangan campur aduk atau confuse pula ya.
Akhir kata, kita ni wanita wajib jadi perempuan berprinsip. Jangan nak tiru dan sapu semuanya sampai trend baju selak part kemaluan pun nak tiru sehingga ternampak belahan-belahan rahsia.
Sama-samalah kita tegur budaya fashion sebegini supaya ianya tak jadi trend lagi dalam kalangan anak-anak gadis Muslimah yang kita sayangi ni. Baju tu dicipta labuh sampai tutup bahagian kemaluan tu pada asalnya sebagai extra protection. Kita pulak selak betul-betul part tu semata-mata nak follow trend.
Kalau tak berani nak tegur sendiri, share saja post saya ni. Kalau tegur taknak, share taknak, maka jangan pelik lagi kenapa di usia kian senja hati kita masih jauh dari kasih sayang dan rahmat ALLAH.
Bukan ALLAH yang taknak bagi kita hidayah, tapi kita yang langsung takda effort nak pertahankan syariat ALLAH walaupun benda tu hanya seringan mengetik button share (bila tak mampu menegur sendiri).
“Berkesan ke Pah, tulis-tulis dan share ni sebagai langkah bendung benda tak baik?”
Jawapannya, jika tak berkesan untuk ubah dan pelihara satu dunia. Sekurang-kurangnya ia berkesan untuk menyelamatkan diri dan zuriat ketururunan kita dari terbiar teruji tanpa pedoman dan bimbingan.
Allahualam.
Sharifah Zahidah
#sebelumsenja
7 April 2022
Mingguan Wanita: Ada benarnya pesanan dan peringatan ini. Kekalkan sifat malu dan iman dalam diri, tolak tepi trend selak baju begini, semata-mata untuk lebih nampak stailo dan ikut fesyen. Pesan pada anak-anak gadis kita juga.
Bila saja viral, berduyun-duyun orang datang membeli. Tak kisah harga mahal atau murah, asalkan ia berbaloi dengan apa yang kita dapat.
Sebab itu jangan terkejut, harga mahal sekalipun kita sanggup melabur dan tak anggap itu satu pembaziran kerana ia sepadan dengan apa yang kita makan dan dapat. Tapi sedihnya, bila harga mahal ia tidak berbaloi dengan apa yang kita dapat. Rasa menyesal dan sedih pun ada.
Sebagai peninaga, janganlah letak harga mahal tapi langsung tidak beraloi apa yang pelanggan dapat. Semua ini kena tahu dan faham tentang konsep harga dalam islam seperti yang diterangkan oleh Ustaz Lariba ini.
Isu kerusi plastik dijual dengan harga hampir RM3,000 kerana pernah pemandu F1 duduk di atasnya…
Sebenarnya bukan isu pun.
Tiada isu harga Yahudi, harga Tel Aviv pun (entah dari mana datang perkataan ini), cuma isu jaga mulut sikit, terutama sekali di bulan Ramadan.
Itu dalam hal makanan. Dalam hal kenderaan, contohnya, ada kereta harga murah dan ada kereta harga mahal. Mercedes mahal bukan isu, ada orang yang mampu beli lebih dari satu Mercedes, tak mahal untuk dia, ada orang tak mampu walau nak beli Proton Saga sekalipun.
Allah SWT murahkan rezeki untuk seseorang, Allah SWT sempitkan rezeki untuk seseorang. Ada orang rasa sesuatu harga mahal, ada pula yang rasa ia murah untuk barang yang sama.
Mengenai harga…
Islam wajibkan pasaran yang adil di mana sesiapa saja bebas berniaga apa sahaja, bebas bersaing, semua peniaga boleh letak harga masing-masing.
Dengan syarat tiada monopoli, oligopli dan terdapat free flow maklumat pasaran.
Dengan syarat tiada penipuan, semua barang halal.
Dengan syarat suka sama suka dan persetujuan antara penjual dan pembeli.
Tiada had harga dalam Islam. Harga ditentukan oleh penawaran dan permintaan (supply and demand). Dalam pasaran bebas dan adil serta keadaan penawaran dan permintaan yang sempurna, harga diberi nama oleh sesetengah ulama sebagai harga Allah SWT dan harga adalah hak Allah SWT.
Tiada kawalan harga dalam Islam, kecuali aktiviti tas’ir (kawalan harga) oleh ulil amri (pemerintah) bila keadaan memerlukannya untuk barangan asas.
Dari Anas bin Malik berkata : Suatu ketika harga barang telah naik pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Maka manusia mula mengadu kepada Nabi seraya berkata: Ya Rasulullah, harga barang makin mahal sekarang, maka tetapkanlah harga untuk kami!
Rasulullah menjawab: Sesungguhnya Allah yang menentukan harga barang, Dialah yang menyempit dan meluaskan dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki, sesungguhnya daku berharap ketika mana daku menemui Allah, tiada seorangpun yang boleh menuntut bahawa dia dizalimi olehku baik berupa darah mahupun harta.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, orang sanggup beratur panjang dan tak kisah dengan harganya. Sebab mereka tahu ia berbaloi dengan harga. Tapi kalau tak berbaloi, sekali sajalah belinya. Serik.
Ujian hidup setiap orang tidak sama. Ada yang diuji kesenangan, dan ada pula hadapi kemelut kesempitan hidup dan kesusahan.
Biar pun berdepan ujian yang menekan itu, janganlah sesekali hanyut dalam kelalaian. Teruslah bermohon ampun dan beristighfar padaNya.
Kerana, dialah sebaik-baik pemberi ampun dan pemberi rezeki.
Wanita ini, Saira Yusuff berkongsi pesanan ketika berdepan kesempitan hidup. Apa yang perlu dilakukan, bagaimana cara untuk kekal positif dan tenang.
Nasihat ini adalah untuk ingatan diriku yang penuh dengan kelalaian dan dosa yang menggunung. Untuk diriku juga untuk diri kalian yang membaca.
Ketika kalian sedang kesempitan dan kesusahan tadahlah tangan , bersujudlah memohon ampun atas dosa-dosa kecil dan besar, dosa sengaja atau tidak sengaja.
Sesungguhnya kenapa kita rasa sempit dan susah adalah Dosa kita sendiri yang menyebabkan kesusahan berlaku.
Saira nak kongsikan tips memohon ampun kepada Allah swt atas dosa yang menggunung.
Pertama lazimilah istighfar 1000x dengan penuh penghayatan dan rasa hiba atas dosa-dosa yang dilakukan. Ikhlaskan hati menyatakan kesalahan kita kepada Allah swt dan mohon allah terima pengampunan kita.
Kedua lakukanlah solat taubat setiap hari min 2 rakaat sebelum tidur.. buat hari-hari jangan missed .
Jom Taubat Taubat Taubat. Kerana dengan taubat dan mohon ampun membuatkan hati kita tenang dan bahagia serta penuh dengan kecukupan.
Dalam surah nuh ayat 10-12 :
Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).