Usahawan wanita 36 tahun nekad duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Usahawan Wanita 36 Tahun Nekad Duduki SPM Demi Cita-cita Bergelar Doktor
Rusni memilih untuk mengambil tiga subjek aliran Sains Tulen iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia, sebagai langkah awal mengejar hasratnya untuk berkhidmat sebagai seorang doktor.
Menurutnya, meskipun usianya semakin menghampiri angka 40, sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan sekeliling menjadi sumber motivasi utama untuk terus mengejar cita-cita.
“Mak saya sempat tergelak kecil apabila saya maklumkan ingin menduduki semula SPM. Namun, adik saya, Dr Nur Hanisa Ruslan yang merupakan seorang pakar bedah, banyak menyuntik inspirasi dan memberikan dorongan.
“Ramai kenalan saya bekerja dalam bidang perubatan. Mendengar pengalaman mereka tentang dunia hospital menambahkan lagi minat saya untuk mendalami bidang ini,” katanya.
Ads
Rusni yang berasal dari Kluang, Johor berkata, minat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sudah tersemat dalam dirinya sejak kecil. Bagaimanapun, atas faktor kewangan dan tanggungjawab keluarga, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan.
“Tahun ini, saya nekad untuk memberi peluang kepada diri sendiri. Fokus utama saya kini adalah untuk menduduki semula subjek-subjek teras seperti Biologi, Fizik dan Kimia.
“Selepas itu, saya bercadang untuk menyambung ke peringkat asasi universiti. Saya lebih memilih program asasi kerana lebih bersifat intensif dan lebih dekat dengan suasana pembelajaran di universiti, berbanding STPM,” jelasnya.
Ads
Rusni menjangkakan, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, beliau boleh menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dalam tempoh sekitar enam tahun.
Ketika ditanya tentang bidang kepakaran yang diminatinya, Rusni berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad, namun menunjukkan kecenderungan terhadap bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) serta Pediatrik.
“Saya terbuka untuk menerokai bidang-bidang lain sepanjang proses pembelajaran nanti. Saya yakin, dengan usaha dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan, impian ini dapat direalisasikan. Insya-ALLAH,” katanya penuh semangat.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd Rashid yang juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Shukri.
Sebelum ini pelakon, Rebecca Nur Islam telah tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.
Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.
Terbaru Bonda Rozita tampil mempertahankan dan membuat luahan tentang menantunya Shahida yang dianggap sebagai seorang wanita yang hebat di hatinya. Bonda juga sangat sayangkan Shahida.
“Shahida wanita yang saya kasihi. Beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti pasti dia ialah menantu yang boleh menemani saya. Allah jagakan insan ini untuk Kri (Aliff Syukri) dan anak-anaknya.
“Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu. Saya sorokkan. Hanya dengan Ida saya ceritakan. Dia wanita hebat di hati saya.
“Saya pernah jadi menantu. Saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mentua yang terbaik pada mereka.
“Saya patut berterima kasih kepada menantu perempuan sebab dia melayani anak lelaki saya dalam susah dan senang. Saya tahu bagaimana rasanya masuk dalam keluarga orang. Kekok dan rasa terasing.
“Saya sangat membela hak menantu. Kerana saya tahu kelemahan anak-anak saya. Mereka ialah anak orang yang perlu dihargai. Menantu pilihan saya Ida dan Fiza ialah hadiah termahal saya beri pada anak lelaki kerana mereka sabar, bijak dan kuat. Itulah kecantikan mereka. Dia adalah anugerah Allah yang bernilai dalam kehidupan saya,” tulis Bonda.
Bonda juga turut memuji Shahida yang tidak pernah meminta-minta harta daripada anaknya biarpun dia sendiri pernah meminta menantunya untuk berbuat demikian.
“Menantu saya tak kaya, tapi kaya kebaikan. Teramat baik. Tak meminta-minta pada anak lelaki saya. Saya pernah suruh Ida ambil duit Kri sebab saya risau Kri ramai peminat. Ida bukan mata duitan!
“Itulah menantu saat saya jatuh dalam bisnes dan emosi tentang hal-hal keluarga, Ida dan Fiza selalu temankan saya. Mereka setia dan ada untuk saya bila-bila masa,” kongsinya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga orang anak ini bersyukur kerana dengan pengalaman tersebut membentuk dirinya sebagai seorang wanita yang tidak lupa asal usul dan sentiasa mahu berkongsi rezeki.
“Sejak kecil saya dah biasa hidup susah. Rumah keluarga kami kecil saja cuma ada dua bilik, kami pula lapan orang termasuk nenek. Saya dibesarkan oleh arwah nenek sejak umur 5 tahun,” kongsi Yana membuka bicara.
Walau dihimpit kesusahan dalam hidup di mana hanya bergantung pada pencen ayah sebanyak RM800 namun Yana tidak berasa mereka hidup serba kekurangan. Ini kerana nilai tersebut cukup untuk mereka sekeluarga.
“Sewaktu zaman kanak-kanak saya akan tolong nenek buat kuih bahulu bila nak sambut raya. Masa bulan puasa pula, mak saya akan buat kuih muih waktu petang dan saya akan tolong jual. Dari kecil saya dah jual kuih untuk bantu keluarga. Raya tak semestinya ada baju baharu, tapi kami tetap rasa gembira,” kongsi Yana yang nekad bekerja keras dan belajar hingga menara gading untuk ubah ekonomi keluarga.
Bersyukur dengan kehidupan hari ini yang diberikan oleh Allah rezeki yang murah, setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal Yana tidak lupa menyantuni mereka yang memerlukan.
Yana akui dirinya dan suami Fadzil Zahari tidak terlalu menekankan tradisi memberi duit raya, namun mereka pastikan keperluan hari raya keluarga dijaga sebaik mungkin.
“Kami tak amalkan bagi duit raya pada semua orang. Tapi kelengkapan raya kami sekeluarga, suami saya yang uruskan. Kalau giliran beraya di Johor, saya akan beri duit pada mak ayah lebih awal. Keluarga saya besar, untuk beli ayam saja lebih 15 ekor untuk satu hari,” ceritanya.
Yana juga pernah memberi RM3,000 kepada bapanya untuk menukar duit raya RM1 sebagai stok untuk duit raya.
“Dulu masa anak saudara tak ramai, mereka dapat lebih. Tapi sekarang, saya galakkan menabung. Kalau simpan RM100, saya tambah RM10,” ujarnya.
Bila tibanya hari raya Yana suka melihat ahli keluarga bergembira.
“Bukan semua mampu berbelanja lebih bila tiba raya jadi saya akan peruntukan hampir RM5,000 untuk sanak saudara saya beli baju raya.
“Saya suka sangat beli baju raya sedondon. Setiap tahun saya akan belanja adik beradik, anak buah serta abang ipar beli baju raya,” luah Yana.
Pada kebiasaanya lebih 30 pasang saya akan belanja mereka, semuanya demi memastikan mereka gembira di pagi Syawal. Baginya, itulah hadiah kecil yang memberi makna besar.
Akui Yana setiap tahun dirinya tidak akan lepaskan peluang membuat amal kebajikan, Yana akan melawat rumah anak yatim dan ibu tunggal.
Namun satu pertemuan yang sukar dilupakan apabila bertemu dengan seorang nenek tua yang tinggal di rumah persatuan ibu tunggal.
“Nenek tu jaga cucu-cucu yang yatim piatu di rumah tersebut. Katanya bila rumah itu penuh, kadang-kadang nenek itu akan menumpang rumah kawan dan tak ada tempat tinggal tetap.
“Bila tak ada makanan, dia ke rumah persatuan. Saya ingatkan ibu tunggal semua muda tapi sebenarnya yang tua pun ada,” kongsinya.
Pengalaman itu membuatkan Yana menukar cara bersedekah, kini dirinya akan memberi sumbangan raya lebih kepada ibu tunggal yang berusia.
“Bagi saya golongan tua ni mereka lebih memerlukan, walaupun mereka senyap. Mereka tanggung beban yang kita tak nampak,” sambungnya.
Yana turut memberitahu dirinya juga menanggung anak saudaranya yang yatim iaitu anak arwah adiknya.
Yana juga berkesempatan terlibat dalam program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita baru-baru ini. Yana bersama team PTPTN dan Mingguan Wanita telah ke Pulau Pinang menyantuni keluarga asnaf Puan Jaslina dan suami Encik Zulkifli Hamid yang merupakan seorang nelayan mempunyai 11 orang anak.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN serta Encik Muhammad Muhsin Abdul Rahman, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang.
PTPTN telah memberi keceriaan dengan memberi bantuan kelengkapan rumah, membeli kelengkapan baju raya serta sumbangan duit raya melalui akaun Simpan SSPN Prime sebanyak RM100 setiap seorang buat anak-anak Encik Zulkifli dan Puan Jaslina.
Yana kelihatan sayu namun berasa sangat gembira apabila program ini mampu menggembirakan keluarga yang sangat memerlukan.
Ternyata kehadiran Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita tahun ini membawa sinar baru dengan menyempurnakan Aidilfitri mereka dengan erti kasih, harapan dan kekuatan sebuah keluarga. Aidilfitri yang disambut bukan sekadar baju baharu tetapi juga dengan harapan yang menggunung tinggi untuk merubah kehidupan.
Menyentuh tentang hari raya, tahun ini Yana sekeluarga akan pulang ke Jitra, Kedah.
“Tahun ini giliran beraya di rumah mertua. Biasanya kami akan berpakaian sedondon, saya dan anak perempuan. Tahun ini saya sediakan empat set baju raya baru.
“Memandangkan mak mertua kurang sihat jadi saya akan menolong memasak di dapur. Selepas beraya di Jitra kami akan pulang ke Johor pula,” terang Yana.
Suami pun kena jaga badan bukan hanya isteri saja, masalah diranjang, bincang bukan hina. Dalam sesebuah perkahwinan, tanggungjawab untuk menjaga keharmonian rumah tangga bukan terletak pada sebelah pihak sahaja.
Ia adalah usaha dua hala. Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing, termasuk dalam aspek menjaga penampilan diri dan membina komunikasi yang sihat.
Ramai orang beranggapan bahawa selepas berkahwin, penampilan tidak lagi penting kerana pasangan sudah “jadi milik kita”. Hakikatnya, menjaga penampilan bukan hanya untuk memikat di awal perkahwinan, tetapi tanda kita masih menghargai dan menyayangi pasangan.
Buat suami, mandilah dengan kerap, pakailah baju bersih, wangi-wangian itu sunah. Isteri pula, berhiaslah di rumah untuk suami, bukan semata-mata untuk keluar rumah. Bukan soal kecantikan semata, tapi soal usaha untuk tampil kemas dan menyenangkan mata pasangan.
Perkara yang sering menjadi punca keretakan rumah tangga adalah apabila pasangan tidak berkomunikasi dengan baik bila timbul isu di bilik tidur. Kalau ada ketidakpuasan hati, jangan pendam. Tapi jangan juga lepaskan kemarahan dengan cara menghina atau memperlekeh pasangan.
Berbincanglah dengan tenang, cari masa yang sesuai. Gunakan bahasa yang lembut. Contohnya: “Abang rasa kita boleh cuba cara lain, abang nak kita sama-sama rasa bahagia.” atau “Sayang, boleh kita borak sekejap? Ada benda yang abang rasa kita boleh perbaiki sama-sama.” — ayat begini lebih mudah diterima berbanding sindiran atau herdikan.
Setiap orang ada kekurangan. Suami mungkin penat bekerja, isteri pula penat urus rumah dan anak-anak. Dalam keadaan begini, empati sangat penting. Kalau pasangan nampak letih, bantu. Kalau nampak murung, tanya. Jangan terus menuduh atau buat andaian yang bukan-bukan.
Rumah tangga bukan tentang siapa betul siapa salah. Ia tentang bagaimana kita boleh saling melengkapi. Jaga penampilan bukan sebab takut pasangan berpaling, tapi sebab kita masih mahu buat pasangan kita jatuh cinta setiap hari. Bila ada masalah, bincang baik-baik, bukan saling menjatuhkan.
Perkahwinan itu satu ibadah. Bila kita jaga dengan niat yang betul, insya-Allah rumahtangga kita jadi sakinah, mawaddah wa rahmah.