SST

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ada mengumumkan cadangan 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan pada 1 September nanti.Ia bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun 2018 lalu.

Ternyata pengumuman tersebut menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan ramai pihak.Ramai yang beranggapan cukai yang bakal ditanggung adalah 16 peratus, serta bakal berdepan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi.

Cukai Dikenakan Secara Berasingan

Namun, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, mengakui cadangan itu menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.Cadangan 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak menjadikan keseluruhan cukai yang perlu ditanggung pengguna pada kadar 16 peratus.

IKLAN

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas Kementerian Kewangan berkata, kedua-dua sistem percukaian itu dikenakan secara berasingan.

“Cukai jualan (10 peratus) akan dikenakan pada produk yang dibuat di kilang. Untuk cukai perkhidmatan (enam peratus) pula, ia dikenakan untuk perkhidmatan sahaja.

“Sebenarnya, kedua-dua percukaian ini adalah berasingan. Jadi, ia tidak boleh digabungkan sekali menjadi 16 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berkata kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST. Ia akan diperkenalkan semula pada 1 September depan.

IKLAN

Berbeza Dengan GST

Mengulas lanjut mengenai SST, Kian Ming berkata, cukai jualan yang dikenakan berbeza dengan GST. Ini kerana, beliau menjelaskan, cukai jualan dikenakan dari punca pengilangan, manakala GST dikenakan pada peringkat jualan.

IKLAN

“Apabila dikena cukai pada peringkat jualan, harga itu memang lebih tinggi berbanding dengan punca pengilangan.

“Kesan pelaksaan SST tidak akan sama dengan GST. Impak keseluruhan daripada kesan pelaksanaan SST akan merendahkan kos sara hidup,” katanya.

Semoga penjelasan ini memberi kefahaman mudah buat orang ramai yang selama ini masih keliru dengan pelaksanaan cukai SST. Apa yang penting dan perlu tahu, setiap negara memerlukan sistem pencukaian yang efisien untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.

Sumber: hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI