
Pelakon popular Uqasha Senrose tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas satu hantaran di media sosial miliknya menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak, termasuk ahli keluarganya sendiri.
Uqasha Senrose Akui Tidak Fikir Panjang
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG), Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mengakui segala kandungan yang dikongsikan sebelum ini adalah tanggungjawabnya sepenuhnya dan dilakukan tanpa pertimbangan yang wajar.
“Saya mahu minta maaf kepada semua yang sudah menonton video, gambar atau kapsyen saya sebelum ini yang mengundang kemarahan atau keaiban sesiapa pun. Saya tiada niat langsung untuk menyakiti sesiapa,” katanya.

Menurutnya, tindakan tersebut dibuat ketika dirinya dalam keadaan terlalu letih dan emosional.
“Saya tak fikir panjang masa itu. Saya terlalu marah, sedih dan penat. Apa yang saya lakukan memang silap saya sendiri,” ujar Uqasha Senrose.
Permohonan Maaf Bersama Ibu Dan Cerai Coach
Menerusi video permohonan maaf itu, Uqasha Senrose turut ditemani ibunya, Rosmizai Mohd Noor, serta seorang individu dikenali sebagai Cerai Coach. Beliau menjelaskan bahawa tindakannya memuat naik hantaran tersebut berlaku ketika dirinya tidak rasional dan dipengaruhi emosi.
View this post on Instagram
“Saya tak patut bercakap mengenai perkahwinan secara umum. Saya akui itu kesilapan saya sendiri. Ketika itu saya marah, sedih dan terlalu penat, lalu saya bertindak secara emosional. Tapi semua itu bukan alasan, saya tetap minta maaf,” katanya lagi.
Fokus Untuk Perbaiki Diri Dan Jadi Ibu Yang Kuat
Menurut pelakon drama popular Kampung People itu, beliau menyesali tindakannya dan sedar seharusnya isu rumah tangga diuruskan dengan lebih matang serta secara tertutup tanpa melibatkan khalayak umum.
“Saya patut uruskan perkara ini dengan tenang dan secara privasi. Apa yang terjadi memang kesilapan saya sendiri. Sekarang saya mahu fokus kepada diri sendiri, memperbaiki kelemahan, menjadi wanita yang kuat dan ibu yang lebih baik,” tambah Uqasha Senrose.

Kontroversi Tarikh Nikah Uqasha Senrose Dan Kamal Adli
Terdahulu, nama Uqasha Senrose menjadi bualan selepas dia memuat naik hantaran di Instagram mendakwa dirinya telah “diperbodohkan” oleh suaminya, pelakon Kamal Adli, dan keluarga aktor tersebut berkaitan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Dalam hantaran itu, Uqasha Senrose mendakwa majlis akad nikah mereka berlangsung pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun tarikh tertera pada sijil pernikahan menunjukkan 4 November 2021 jam 9.30 malam. Perkara itu sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat dan mencetuskan pelbagai spekulasi.
Walau apa pun yang berlaku, tindakan berani Uqasha Senrose tampil memohon maaf secara terbuka wajar dipuji. Ia menunjukkan keikhlasan dan kematangan pelakon ini dalam menghadapi cabaran hidup serta tekanan dunia hiburan yang sering menjadi perhatian umum.
Semoga Uqasha Senrose terus kuat dan positif dalam memperbaiki diri serta meneruskan kerjaya seni dengan lebih matang selepas insiden ini.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose
Artikel lain: Uqasha Senrose, Kamal Adli Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Rumah Tangga Bergolak Sejak April
Kamal Adli Nekad Pertahankan Rumah Tangga Dengan Uqasha Senrose, Dedah Peguam
JAIP Sahkan Perkahwinan Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah di Sisi Syarak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!







