UPDATE: Leher Arwah Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah Turut Digigit!

Share

Ya Allah… sampai lehernya digigit! Macam mana seorang bapa sanggup dera anak bukan hanya setakat dipukul, malah turut menggigit leher Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang mati dipercayai akibat didera, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, suspek yang juga bapa kandung mangsa membuat pengakuan itu ketika soal-siasat pihaknya.

Anda mungkin terlepas artikel ini: Dipukul Sampai Terkencing, Itu Antara Nasib Arwah Adik Nur Aina Nabihah

Dan mengikut siasatan, abang kepada arwah juga pernah didera. Allahu… macam mana orang yang sepatutnya membelai anak-anak boleh bertindak kejam?

Diarah Buat Tekan Tubi

“Selain itu, dia turut mengaku menyuruh mangsa melakukan tekan tubi sebanyak 500 kali. Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu dengan alasan kononnya mangsa seorang kanak-kanak yang degil,” 

Berita tentang arwah Nur Aina Nabihah meninggal dunia 31 Januari lalu tular dan panas di media sosial dan rata-rata netizen cukup marah dan simpati dengan nasib anak kecil itu.

Apa yang cukup menyentuh hati, arwah dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya, sebelum keputusan bedah siasat mendapati dia mengalami kecederaan pada buah pinggang, selain usus terkoyak serta patah tulang rusuk.

Berikutan itu, pasangan itu yang masing-masing berusia 35 dan 34 tahun, ditahan reman tujuh hari sehingga semalam, sebelum tempoh itu dilanjutkan tujuh hari lagi, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

IKLAN