Uniknya Rumah 100 Masjid Ini, Katanya Mampu Bertahan Hingga 100 Tahun!

Share

Katanya Rumah 100 Masjid atau lebih dikenali dengan nama Darwish Salamah Museum ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan warga asing yang melawat Jeddah, Arab Saudi.

Masnira Ramli dan keluarganya menetap di Makkah kerana suaminya bekerja di sana. Suri rumah ini tidak bekerja dan aktif sebagai penulis sambilan. Peluang bercuti seketika di Jeddah telah membawa dia dan keluarga melawat kawasan menarik di sana.

Rumah 100 masjid adalah salah satu tempat yang sempat mereka lawati dalam masa singkat. Ikuti perkongsian ringkasnya ini.

Khas buat kalian belum pernah lagi melawat Jeddah boleh melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Masnira ini.

Rumah 100 masjid, Darwish Salamah Museum

Dapat notis 40 minit sahaja sebelum pergi! Kebetulan sedang perah otak memikirkan ke mana nak bawa anak-anak pada petang hari minggu yang indah ini. Kawan mesej ajak pergi melihat rumah unik dengan pelbagai miniature binaan masjid dan bangunan tradisional arab di Jeddah. Makanya kita pun terus bersiap dan bergerak!

Rumah yang indah ini kepunyaan pesara tentera udara yang bernama Darwish Al Salama. Seluruh halaman rumahnya dipenuhi dengan model bangunan dari dunia arab.

Contohnya pelbagai binaan masjid, replika stesen kereta api Madinah yang terkenal dari zaman Uthmaniyyah, replika Madain Saleh dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:
Backpacking Naik Sleeper Train Balik Kampung, Pengalaman Mahal ‘Insafkan’ Keluarga Ini
Jeju, Musim Sejuk Umpama Kat Narnia, Best Sangat Percutian Wanita Ini

Mampu Bertahan Hingga 100 Tahun Lamanya!

Atas usaha dan kerja tangan beliau sendiri, halaman rumah ini dilapisi dengan jubin seramik dan konkrit. Lihat gambar dan video terbukti ianya sangat unik,kemas dan cantik hasil tangannya! Menjadi tumpuan untuk bergambar dan mengabadikan kenangan. Khabarnya hasil rekabentuk ini mampu bertahan sehingga 100 tahun lamanya.

Oleh kerana telah menjadi tumpuan, rumah ini dibuka kepada pengunjung dengan bayaran 25sr seorang. Dibuka setiap hari dari pukul 4 hingga 6 petang sahaja.

Kemudian, kami ke Museum Al tayibat yang terlalu indah senibina nya. Hanya 15 minit perjalanan dari rumah 100 masjid ini. Malangnya ketika kami sampai museum ini tutup. Kena ulang pergi lain kali InsyaAllah.

Sumber / Foto: Masnira Ramli

IKLAN