Umie Aida minta maaf terajang muka Rosyam Nor, akui babak itu bukan mudah. Pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Rosyam Nor selepas salah satu babaknya dalam drama Keluarga Itu tular dan mencetuskan reaksi pelbagai.

Umie Aida Minta Maaf Terajang Muka Rosyam Nor, Akui Babak Itu Bukan Mudah

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, menyatakan rasa bersalahnya atas babak di mana watak Chempaka, lakonannya, menendang wajah watak Iman yang dibawa oleh Rosyam. Dia menjelaskan, walaupun babak tersebut dilakonkan atas permintaan Rosyam sendiri, ia tetap memberi kesan emosional kepadanya.

“Abang Rosyam, saya nak minta maaf sangat. Saya tahu abang yang suruh saya buat, tapi memang berat sangat untuk saya lakonkan. Terutama sekali saya minta maaf kepada ahli keluarga abang — anak-anak, cucu-cucu. Saya tak pernah buat macam tu pada sesiapa pun sebelum ni,” katanya dalam video tersebut.

Babak itu menunjukkan Chempaka bertindak agresif terhadap suaminya sendiri, Iman, selepas mengetahui lelaki itu telah merogol anak kandung mereka, Dhini, yang juga seorang kanak-kanak autisme. Ia mencetuskan perbincangan hangat di media sosial kerana kekuatan emosi dan kontroversi yang ditampilkan.

Berikut perkongsian Umie dalam satu video di laman Instagramnya.

Setiap kali sebelum shoot abg akan ingatkan saya.. peranan kita utk watak ini adalah menyedarkan masyarakat dan jadikan pengajaran. Abg rosham tahu dengan idea tendang kepala akn puaskan hati netizen yg terlalu marah dgn perbuatan terkutuk iman. Kena pulak watak chem yg terlalu pembaris. Bukan mudah saya utk melakonkan sc ini. Rasa serba salah terlalu dlm. Beberapa take juga utk hasilkan tendangan yg betul. Sebab saya tetap tendang bahu iman. Abg rosham ckp chem tendang kepala! Kepala!Faham tak.- tulisnya di ruangan kapsyen. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Ads

Namun begitu, Umie tetap menegaskan rasa hormatnya terhadap Rosyam tidak pernah luntur, malah menyifatkan beliau sebagai seorang lelaki yang penuh kasih sayang.

“Memang babak tu dibuat dalam suasana bergurau di set, tapi hormat saya pada abang Rosyam tetap tinggi. Dia seorang pelakon berkaliber dan abang yang penyayang… cuma mulut dia kadang-kadang lepas,” ujar Umie sambil ketawa.

Sebagai respon, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 58, menyatakan bahawa babak tersebut hanyalah sebahagian daripada tuntutan kerja dalam dunia lakonan.

“Tak apa Umie, itu sebahagian kerja kita. Abang pun tak pernah beri pelakon lain buat babak macam tu. Tapi sebab kita dah lama kenal, abang okey. Umie dah macam adik abang sendiri,” katanya.

Ads

Dalam satu hantaran yang lain pula, Umie menyatakan rasa hormatnya pada Rosyam sebagai pelakon ‘ota.’ yang banyak pengalaman.

Gurau-gurau juga. Rasa hormat saya pada abang rosham tetap ada. Seorg pelakon hebat dan abang yang caring dan mulut memang takde insurance. – tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Rosyam dan Umie sebelum ini pernah bergandingan dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Ads

Sejak mula ditayangkan pada Februari lalu, drama Keluarga Itu sering menjadi buah mulut netizen kerana keberaniannya mengetengahkan isu sumbang mahram dalam masyarakat. Walaupun berdepan kritikan dan kontroversi, ia berjaya menarik perhatian ramai dan mencetuskan fenomena di media sosial.

Drama ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Puteri Balqis, Izara Aishah, Amir Ahnaf, dan Muaz Zabir, dan bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di TV3.

Baca artikel lain juga: Drama Keluarga Itu Dedah Realiti, Ibu Muda Anak Satu Kongsi Trauma Jadi Mangsa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI