Di saat ramai yang berlumba mengejar dunia, hadirnya seorang wanita yang diam-diam menjadi simbol tauladan iaitu Allahyarhamah Norizah Tambunan Nordin yang meninggal dunia saat dijemput Allah ke Tanah Suci sekaligus menjadikan dirinya jemaah pertama dari Malaysia yang meninggal dunia di Makkah.
Dirinya didapati rebah di perkarangan Masjidil Haram pada hari Jumaat penghulu segala hari, sedang berihram dan sesudah meminum air zam-zam.
Adik Ipar Berkongsi Kebaikan Arwah Norizah
Tidak gah di pentas populariti, cara kematian yang cukup dicemburui iaitu husnul khotimah menjadikan Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Batu Pahat ini menggetarkan hati mereka yang ingin mengetahui sisi-sisi baik semasa hayatnya. Dalam senyap, dalam istiqamah, Allahyarhamah membina satu legasi bukan pada nama tetapi pada akhlak dan amalan yang luar biasa.
Kisah kematiannya yang luar biasa iaitu meninggal dalam keadaan berihram menjadikan dirinya yang bakal dibangkitkan di Padang Masyhar dalam keadaan bertalbiah. Tidak bertelanjang seperti mana kematian biasa. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW tentang seorang sahabat yang meninggal dunia semasa berihram:-
“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara, kafankanlah dia dengan dua kain ihramnya, janganlah kamu tutup kepalanya dan janganlah kamu wangi- wangikan dia.
Lambaian terakhir Norizah kepada keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pagi Khamis.Anggiat (kanan) bergambar bersama kakaknya Norizah sebelum berlepas ke Tanah Suci pada pagi Khamis.
“Amalannya Sangat Luar Biasa, Taat Pada Mak…
Berikutan kisahnya yang tular, adik ipar kepada arwah iaitu @adniarif berkongsi di instagramnya mengenai kebaikan arwah kakak iparnya. Memaklumkan mungkin tidak sebaik adik kandung bercerita kebaikan seorang kakak, namun dirinya mengesahkan bahawa Kak Norizah adalah insan yang sangat baik.
“Solatnya tepat waktu, lengkap dengan solat sunat. Auratnya dijaga rapi, sentiasa bersarung kaki dan tangan. Konsert tak pernah, karaoke pun tidak, malah ‘jamban karaoke’ pun tak pernah dia jejaki,” tulis iparnya, Adni Ariff dalam satu coretan penuh sebak.
Dalam dunia penuh kelalaian, Allahyarhamah berdiri teguh dalam ibadah. Segala yang lagha dijauhi. Dia tidak hanya menjaga hubungan dengan Allah tetapi akhlaknya terhadap manusia juga memukau. Dikenali sebagai seorang yang sangat amanah dalam kerja, jujur, dan pemurah. Setiap kali anak buah datang dari kampung, dia sudah siap dengan jajan dan kuih raya.Bukan satu tapi 10 balang bukan satu masalah.
Ads
“Sangat amanah dan jujur dalam kerja. Tak berkira, rajin layan anak buah. Kalau balik kampung ke KL. Kuih raya standby 10 balang.
Lebih mengagumkan, dia selalu membantu orang lain diam-diam. Ada ketikanya, bersedekah tanpa sesiapa pun tahu. Dan mungkin itulah antara sebab Allah pilih dirinya untuk satu pengakhiran yang dicemburui ramai, husnul khatimah yang menjadi dambaan setiap Muslim.
Dalam pada itu, @adniariff berkata, paling luar biasa tentang arwah ialah tak pernah menyakiti hati ibunya.
“Paling luar biasa, adalah bagaimana dia menjaga emak yang menderita kanser. Mak mertua saya memang garang tapi kak Nor tak pernah kasar. Tak pernah melawan. Lepas mak pergi, hampir setiap hari dia ke pusara mak. Dia cukup menjaga mak zahir dan batin,” tulis Adni lagi.
Dalam diam, kak Nor menjadi anak solehah yang sebenar. Kepergiannya tidak hanya meninggalkan duka tetapi juga satu rasa kagum yang mendalam. Dia bukan hanya wanita biasa, dia adalah permata yang terjaga.
Ads
“Tak hairan langsung bila tahu, Allah pilih dia untuk pengakhiran yang dicemburui. Dia mungkin bukan wanita viral. Tapi akhlaknya, cukup buat ramai tersentuh.
“Al-Fatihah buat Kak Nor. Semoga Allah tempatkan dia bersama para solehah. Dia mungkin sudah tiada, Tapi cara hidupnya jadi inspirasi untuk kita semua.
Dalam pada itu, adik arwah Norizah berkata, pelukan kakaknya sangat erat pada hari keberangkatan ke Tanah Suci, seolah pelukan terakhir yang terasa sangat sayu.
Dirinya turut berkongsi tiada lagi kucing datang ke rumah mereka selepas kakaknya meninggal dunia, seolah tahu tuan yang selalu menyediakan makanan sudah tiada. Bhakan di satu sudut rumah pusakanya, walau ada TV namun arwah tidak membukanya langsung.
“Ada ruang khusus di rumah pesaka yang didiami Allahyarhamah untuk dirinya ‘bersendirian dengan Tuhan’. Tiada siaran cerita dapat ditonton dari televisyen di rumahnya.. tanda Allahyarhamah benar-benar ‘bercinta dengan rasa rindunya kepada Sang Pencipta’,”.
Ads
Norizah dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika berada di dalam Masjidil Haram.
Terdahulu, Norizah dilaporkan memulakan tawaf sekitar jam 6.20 pagi dan kelihatan keletihan dan berhenti berehat beberapa kali semasa menuju ke Masjidil Haram.
Untuk rekod, arwah merupakan jemaah dalam Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) dan baru tiba di Tanah Suci Makkah pada Jumaat.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Rangup, Masam Manis Selalu Buat Jualan! Jika selalu buah mangga yang banyak, kita makan begitu sahaja atau dibuat jeruk, rupanya boleh dibuat aiskrim juga. Memang sedap masam manis malah yang paling penting, buah mangga yang dijeruk tersebut tetap kekal rangup tak lembik.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Syidah Saiful ini, resipi Aiskrim Jeruk Mangga yang selalu dibuat jual.
AISKRIM JERUK PAUH@MANGGA
Selalu buat untuk jualan tapi lama dah tak buat sebab tak berapa rajin..ghisau.
Bahan-Bahan:
Mangga
Air
Garam
Gula
Cara Membuat:
1.Potong buah & rendam air garam semalaman (untuk buang getah & merangupkan).
2.Angkat ,bilas & toskan hingga tak ada air yang menitik.(Ni part penting tau, kalau tak lembik isinya nanti.
3. Masak air gula, kasi manis sikit ya. 1 bekas air yang saya buat tu 3kg gula @ 12 liter air. Sebab nanti bila proses menjeruk tindakbalas dari rasa masam & air dalam buah akan buat air jeruk payauuu kalau kedekut gula.Jadi tak ada rasa masam manis tu.
4. Bila air gula dah masak, biarkan BETUL-BETUL sejuk. Nak cepat, anginkan dengan kipas. Kalau masukkan masa tengah suam,jeruk akan lemau & lembik nanti. Taruk dalam bekas bertutup, peram 2 hari jadilah jeruk buah mangga.
5. Angkat mangga sahaja, letak dalam bekas@ besen dan isikan dalam plastik. Masukkan air jeruk, pintal dan bekukan.
Buat pertama kalinya, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah memperkenalkan program Pemecut Fesyen Selangor (Selangor Fashion Accelerator) sekitar bulan Jun yang lalu. Awal Oktober ini, anda akan menyaksikan enam jenama tempatan yang bakal mara ke peringkat akhir program.
Enam jenama terbaik dari industri fesyen tempatan ini dipilih daripada 16 syarikat pemula fesyen dan PKS yang menjalani sesi latihan selama dua bulan.
Peserta akhir ini kemudiannya perlu membentangkan idea kepada pelabur dan rakan kongsi industri pada Hari Demo iaitu 8 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Jenama tempatan yang bakal mara ke peringkat akhir itu juga perlu mencabar diri menghasilkan busana berkonsepkan ‘modest fashion’. Dengan mengetengahkan koleksi pakaian yang sedia dipakai (RTW) dengan sentuhan moden dan minimalis.
Konsep ‘modest fashion’ menampilkan gaya busana tertutup yang tidak mendedahkan bentuk tubuh malah tidak jarang. Seiring dengan trend dan fesyen yang semakin mendapat tempat di hati ramai wanita.
Sesuai dengan senario fesyen di negara berbilang kaum seperti Malaysia ini, ‘modest fashion’ juga berevolusi dan berkembang.
Justeru, busana rekaan finalis bakal dilengkapi dengan elemen gaya ‘chic’ dan elegan. Namun, masih mengekalkan keunikan budaya Asia Tenggara.
Kesemua hasil rekaan busana ini kemudiannya akan dinilai oleh juri berpengalaman. Antaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Leslie Variyan dan juga Wong Lee Leng.
Uniknya Program Pemecut Fesyen Selangor (Selangor Fashion Accelerator) 2022
Sepanjang sesi latihan selama dua bulan, 16 syarikat pemula ini telah menerima latihan dan bimbingan daripada mentor yang juga pemain industri profesional, bengkel latihan menyeluruh seperti modul kemahiran asas pitching, kesesuaian pasaran produk, identiti jenama, inovasi tekstil, sesi perkongsian dalam pengumpulan dana dan harta intelek (IP).
Pada awalnya, lebih 80 permohonan diterima daripada syarikat pemula industri fesyen. Selepas sesi pemilihan, hanya 16 syarikat terpilih menjalani program Pemecut Fesyen Selangor.
Antara kriteria yang dilihat sewaktu pemilihan adalah, merupakan syarikat pemula dan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), kurang daripada lima tahun diperbadankan, hasilkan rekaan ‘modest fashion’ untuk produk sedia dipakai.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping dalam majlis pelancaran pada 29 Julai 2022, Sidec berhasrat untuk memberi ganjaran kepada peniaga e-dagang tempatan yang paling berjaya dan inovatif.
Dalam masa yang sama, menyerlahkan potensi dan mendapat manfaat daripada peluang yang akan meningkatkan kesedaran jenama di kalangan rakan keusahawanan mereka dan pemain industri lain.
Senarai Juri Program Pemecut Fesyen Selangor
1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ikon Industri Muzik Malaysia dan usahawan
2. Leslie Variyan, Pengasas VARIANTE & Pengarah Urusan Dan Kreatif LVMZ DEMIURGIC SDN BHD
3. Wong Lee Leng, Pengasas Lagenda Creative Collection
4. Rasta Rashid, Pengasas Rasta Creation Sdn Bhd
5. Hoe Kian Choon, Ketua Pegawai Eksekutif, Cuckoo Malaysia
6. Aaron Sarma, Co-Creation Advisor, The Hive Southeast Asia
7. YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Pengarah Urusan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
8. Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON
16 Jenama Fesyen Tempatan Yang Tersenarai
Antara 16 syarikat jenama fesyen terpilih yang menyertai program Pemecut Fesyen Selangor ini, 6 daripadanya bakal mara ke peringkat akhir.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mengawal pengambilan makanan harian boleh amalkan minum air rendaman ‘Chia Seed’ ini selepas makan. Ini kerana antara khasiat dalam chia seed ini, ia boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan tidak selalu berasa lapar.
Baca perkongsian yang dikongsikan oleh DrRizal Abu Bakar ini sebagai rujukan.
Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap?
Nak kan?
Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seed. Mudah saja nak buat.
Ambil satu sudu chia seeds. Masukkan ke dalam satu mug berisi air. Lebih kurang 160ml gitu. Biarkan 30 min. Lagi lama lagi bagus.
Lepas makan, minum air rendaman chia seeds ni. Chia seeds ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.
Kenapa? Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit.
Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.
Gitulah. Bolehlah cuba.
#DrRizal
Banyak sebenarnya kedai dan pasaraya yang ada jual biji chia ni. Antaranya boleh cari dekat sini. Murah!
Mingguan Wanita: Nak turunkan berat badan atau asyik rasa lapar je, boleh amalkan minum rendaman chia seed ini selepas makan. Ia membantu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...