Tiada siapa menyangka takdir hidupnya begini. Kalau dahulu, dia dan pasangannya berkongsi suka duka dalam menguruskan anak OKU. Kini, dia perlu galas keduanya pula apabila isterinya turut mengalami masalah kesihatan juga.
Inilah yang perlu dilalui oleh seorang suami dan bapa apabila isteri terlantar sakit akibat strok dan masa yang sama turut menguruskan anak OKU di rumahnya terletak di Seremban.
Kalau sebelum ini dia dan isterinya mengalas tanggungjawab sepenuhnya uruskan anak OKU, kini dia perlu kuat semangat untuk isterinya juganya yang sekarang turut terlantar akibat strok.
Keadaan itu menyebabkan Ishak Abd Rahim, 43 tahun, terpaksa membuat keputusan berhenti kerja Mei tahun lalu bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada isteri, Norfarahida Zainal, 43 tahun, dan anak istimewanya, Balqis Najwa, 19 tahun.
Kini menjadi rutin buat bapa kepada empat cahaya mata itu menguruskan isteri yang tidak lagi mampu untuk bergerak dan hilang ingatan.
“Apa yang terjadi kepada isteri sangat mengejutkan saya kerana selama ini dia tak pernah berdepan masalah kesihatan serius tapi secara tiba-tiba rebah di rumah.
“Pemeriksaan mendapati, tekanan darahnya terlalu tinggi mengakibatkan pembuluh darahnya pecah dan sejak itu dia terus terlantar,” katanya yang menetap di Taman Jasmin Indah.
Ads
Peluang Pulih Hanya 30-40%
Menurutnya, doktor memaklumkan peluang isteri untuk pulih hanya 30 ke 40 peratus dan kini hanya bergantung kepada susu khas.
Malah katanya, disebabkan keadaan isteri yang hanya terbaring, dia mengalami luka ‘bedsore’ di belakang badan yang agak besar.
“Saya perlu peruntukan kira-kira RM2,000 sebulan untuk penjagaan dan perubatan isteri sahaja. Susu khas itu paling mahal iaitu RM75 satu tin.
“Itu pun saya terpaksa hadkan beri susu kepada isteri kerana nak kurangkan kos,” katanya.
Apabila mengenang ujian dilalui, Ishak mengakui ada ketikanya dia menangis dalam hati ditambah pula buntu memikirkan duit simpanan yang hampir susut.
Ujarnya, selama ini isterilah yang menjadi penguat hati tetapi kini segalanya perlu ditanggung sendirian.
Ads
“Dulu apabila diuji dengan anak OKU, saya ada isteri sebagai pemberi semangat, tetapi sekarang kena berdepan semua ini sendirian.
“Keadaan ini betul-betul buat saya rasa hilang semangat. Sekarang, saya ada lagi duit simpanan buat tampung hidup, tapi tak tahu sampai bila boleh bertahan kerana tak bekerja,” katanya.
Malah disebabkan tekanan dihadapi Ishak mengakui pernah meminta anak bongsunya, Balqis Najla berusia 17 tahun untuk berhenti sekolah bagi membantu mengurus isteri dan anak OKU sekali gus membolehkannya terus mencari rezeki buat keluarga.
Bagaimanapun katanya, dia mengubah fikiran selepas memikirkan masa depan anaknya itu yang juga cemerlang dalam peperiksaan.
“Saya ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan. Tapi untuk tampung perbelanjaan sepenuhnya memang tak mencukupi.
Ads
“Kalau ada sesiapa yang boleh tawarkan kerja dari rumah saya sanggup terima asalkan ia boleh bantu kehidupan saya,” katanya.
Kata Ishak, dia juga mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang dapat membantu menawarkan rawatan alternatif kepada isterinya termasuk soal penjagaan pesakit strok.
Sebelum ini Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) menyampaikan sumbangan barang keperluan dan lampin pakai buang kepada keluarga berkenaan.
Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Ishak 016-7682114 atau menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 05001-41-100048956 (Ishak).
Mingguan Wanita : Moga keluarga Encik Ishak tabah harungi dugaan ini dan dipermudahkan segala urusan.
Shakilla Khoriri berang difitnah berzina dengan suami orang. Terbaru pelakon kecil molek yang juga ibu tunggal, Shakilla Khoriri telah mendedahkan identiti wanita yang melemparkan komen fitnah terhadap dirinya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Shakilla memberitahu seorang wanita yang berasal dari Terengganu telah tampil memohon maaf.
Sebelum ini Shakilla berasa berang apabila dituduh melakukan perbuatan zina dengan suami orang.
Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang
Dek kerana itu juga pelakon tersebut bertindak mendedahkan identiti individu yang melemparkan fitnah tersebut.
Sebelum itu Shakilla telah mengajak wanita tersebut bertemu dengannya memandangkan dia bakal menjalani penggambaran di Terengganu iaitu lokasi sama wanita berkenaan berada.
“Assalamualaikum. Khamis saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? nak dengar juga cerita yang I lagi tak tahu.
“Nak tahu juga suami orang mana yang saya sudah main tu sebab mak ayah adik kakak saya pun tengah tanya ni. Awak nak contact saya atau saya suruh orang cari awak? Pilih la. Jumpa esok malam,” luahnya menerusi satu perkongsian di Instastories.
Wanita Tampil Membuat Permohonan Maaf Kepada Shakilla
Shakilla juga telah turut memuat naik permohonan maaf yang dilakukan wanita berkenaan di akaun Instagramnya
“Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis.
“Nak mengumpat ke nak mengutuk ke terpulanglah asal dibelakang orang itu. Itu dosa kalian.
“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang.
“Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?” tulisnya.
Pada awalnya Shakilla tidak mahu mendedahkan perkara itu, namun dia terpaksa melakukannya untuk menjaga nama baiknya. Malah Shakilla turut berpesan agar orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen yang masih belum diketahui kesahihannya.
Mingguan Wanita : Harap mereka yan ingin memberikan komen fikir dahulu sebelum menulis. Ini kerana jika apa yang ditulis adalah fitnah pasti memberi impak negatif pada yang difitnah. Jangan jadikan budaya beri komen dahulu baru fikir ya!
Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Ke Gunung Jerai. Seperti yang pernah dikongsikan kepada umum baru-baru ini Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mendakwa terkena sihir atau ilmu hitam.
Menerusi hantaran video di Instagram itu Hidayah memaklumkan dia dan anaknya, Hamzah sudah mengalami gangguan sihir sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.
Hidayah yang juga balu kepada pelawak Abam Bocey dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Ke Gunung Jerai
Terbaru Hidayah sanggup ke Gunung Jerai, Kedah demi membawa anak kesayangannya Hamzah untuk berubat.
Menerusi perkongsiannya, Hidayah menyatakan perjalanannya ke Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai adalah untuk ikhtiar berubat.
“HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI ♥️” itulah kapsyen yang membawa maksud derita yang dilalui oleh dua beranak ini selepas suaminya meninggal dunia.
Bersyukur Perjalanan Lancar
Pada waktu yang sama juga, Hidayah bersyukur perjalanan dia dan anaknya ke Gunung Jerai berjalan lancar.
“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin.
“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini.
“Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.
“Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu ‘post’ gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu,” tulisnya.
Berkongsi pengalaman perjalanan mereka ke situ Hidayah menyifatkan kunjungannya dan anak begitu tenang dan lancar. Malah dia juga sempat melawat kawasan bersejarah, melawat ke padang Tok Sheikh termasuk berpeluang solat di Telaga Tok Sheikh.
“Terima kasih pada yang mendoakan kami sekeluarga. #orangbaikramaisayang.
“Perjalanan di padang Tok Sheikh ini, kami sewa van. Kami ke kemuncak di atas dapat aura yang sangat luar biasa di sini,” kongsinya lagi.
Sudahlah suami berbahagia dengan perempuan lain, isteri pula jadi mangsa. Terpaksa berkorban wang ringgit untuk suami nikmati saat bahagia dengan orang lain.
Aduh! Seksa jiwa raga nak memahami suami jenis aniaya isteri ini.
Wahai suami, hadam perkongsian Puan Marlia Ramliini. Janganlah kerana kaca yang kau sangka intan itu, sanggup kau lepaskan bidadari sebenar yang ada di depan mata.
Jangan Kau Lepaskan Bidadari Sebenar Di Alam Sana
1 – Isteri.. Bila suami mahu pinjam wang, buat hitam putih. Berapa jumlah pinjaman? Bila dipinjam? Mahu dipinjam untuk tujuan apa? Bayaran baliknya bagaimana?
2 – Bahaya weeeii… Ingatkan suami nak pinjam untuk mengembangkan harta, rupanya untuk mengembangkan umat pula. #apeni?
3 – Jangan salah faham.. Ini bukan status menolak poligami. Ini status menolak penipuan terhadap isteri.
5 – Jika kita bercita-cita besar, hati perlu berani. Bukan tipu isteri lagi dan lagi. Isteri kecewa bang… Alang-alang gagah tahap hulubalang, biar berani untuk berterus terang.
Rasa Nak Kahwin Lagi, Pandang Cermin Sampai Retak.. Insafi Diri
6 – Rasa nak kawen lagi, pandang cermin sampai retak hingga kita menginsafi diri. Tulis jumlah kekayaan masa hari pertama hingga hari wajah isteri mula berkedut di muka.
8 – Tulis juga senarai berapa titik peluh dan airmata isteri melahirkan zuriat dan mengorbankan usia muda dia? Isteri tak sempurna, tapi kitapun bukanlah Shah Rukh Khan mana..
Nak kaya tahap Dato Alif pun jauh lagi! Nak capai tahap berpengetahuan agama level Ustaz Ebit Liew pun tak tahu bila!
7 – Boroi tak apa bang.. Tapi biarlah semakin hari semakin ditambah solat Dhuha dan solat taubat sepertiga malamnya. Buruk weiiii bila miang keladi. Semakin tua semakin di ingat keinginan hati muda semata-mata.
8 – Akak faham. Kebanyakan suami suka jika berpeluang dan mampu menambah isteri. Jika layak, silakan saja, tapi jangan hingga mengkhianati kepercayaan isteri yang sedia ada.
9 – Fikir masak-masak. Mahu menambah wanita atau menambah bekalan akhirat sana? Mana lebih utama pada saat bertambah bilangan usia?
10 –Jangan kerana nikmat dunia yang sementara, kita sanggup melepaskan BIDADARI SEBENAR DI ALAM SANA.
Salam sayang sentiasa.
MW : Wahai suami, kalau rasa isteri itu tak lagi memahami, lihatlah kembali diri mu sendiri. Adakah kau sudah menjadi suami prihatin yang menyediakan setiap keperluan anak isteri tanpa culas. Jika belum.. pandanglah cermin tu sampai retak.. hingga kau benar-benar insaf.
Sumber/Foto : Marlia Ramli
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.