Ujian bertimpa. Wanita kongsi wang RM163K lesap dalam sehari di 4 bank, diuji pemergian ayah. Isu scammer ini bagai tiada kesudahan. Semakin licik dan ramai menjadi mangsa. Terkini, seorang pengguna fb, Azura Photobook berkongsi duitnya RM163 k hilang dalam tempoh sehari melibatkan empat buah bank iaitu Public Bank, CIMB Bank, Maybank dan Bank Rakyat.
Dalam perkongsiannya, individu dikenali sebagai Azura Photobook ini menceritakan bagaimana dia kemurungan selepas kehilangan hampir keseluruhan wang yang disimpan menerusi empat akaun bank berbeza.
Ujian bertimpa
“Duit saya lagi banyak kena scam tinggal lagi kes tak viral sahaja. Hancur lebur kemurungan. RM163 K tak akan boleh lupa sampai bila-bila. Bank, Cimb Bank, Maybank dan Bank Rakyat,” katanya menerusi kiriman di facebooknya.
Katanya, seringkali kali kita mendengar ramai yang menjadi mangsa kepada penipuan scammer.
Ads
“Walaupun di media sosial telah mendedahkan penipuan ini, namun masih ada ramai lagi yang menjadi mangsa.
Wanita Kongsi Wang RM163K Lesap Dalam Sehari Di 4 Bank
Baki tinggal RM20 dekat CIMB, memang gila scammer nieLicin dikebas dalam sehari. Ada cecah RM50,000Tinggal baki RM7 saja, memang menangis jadinya. Mana tak kemurungan
“Pada hari ini baru rasa terpangil bercerita tentang SCAMMER yang kejam. Inilah yang terjadi kepada diri saya sendiri akibat penipuan itu, saya kerugian RM163K iaitu kejadian berlaku pada 4 Julai 2022.
Ads
“Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan saya. Hampir tiga minggu saya kemurungan yang amat teruk. Rasa dunia gelap rasa hilang semangat untuk teruskan hidup. Tetapi rasa redha dengan apa yang berlaku. Hati-hati mungkin berlaku kepada anda,” katanya. Sumber: FB azuraphotobook
Ralit pula bila tengok video tutorial mekap di media sosial. Nampak macam senang cara nak tenyeh alat mekap kat muka. Ada juga yang mekap tak sampai 10 minit siap.
Video tutorial mekap di medai sosial ini ada baiknya sebab ia mengajar cara solekan yang minimalis dan tak kurang yang tebal. Ada juga macam-macam solekan yang boleh dikatakan agak berlebihan.
Semua video tutorial mekap ini, mungkin juga berkaitan untuk menjual produk mekap masing-masing dengan tunjuk warna pilihan dan kesesuaian dengan kulit wajah.
Rupanya, video tutorial mekap ini boleh jatuh haram sebab ia ditonton oleh beribu-ribu orang, bukan saja perempuan tapi lelaki. Inilah antara ulasan yang dikongsikan oleh Sri A’jilah.
Berat saya nak tulis tentang perkara ni. Ia berkaitan hukum. Tapi, saya rasa saya perlu tulis supaya lebih ramai orang yang tahu. Saya sendiri pun tak arif berkaitan hal ni.
Saya ada hubungi seorang kawan untuk tanya barang mekap yang dijualnya. Memang selalu sangat dia upload tutorial mekap sebagai salah satu cara marketingnya.
Rupa-rupanya, dia dah tak berjual barangan mekap tersebut. Terkejut juga saya. Bertahun dia buat bisnes ni. Takkan semudah itu dia stop kalau tak ada sesuatu yang berlaku.
“Jual makeup tak haram. Yang haramnya bila aku buat tutorial mekap tu untuk tatapan umum.”
Itu jawapan dia pada saya.
Tapi disebabkan dia betul-betul berazam untuk tak buat tutorial mekap lagi, maka dia tinggalkan semua.
Subhanallah, betul-betul dia berjuang untuk lawan nafsu sendiri. Dia berhenti jual segala jenis mekap supaya tak ada lagi keinginan untuk bertutorial tu.
Allahuakbar, saya dihurung sebak.
Bukan senang tau nak melawan nafsu sendiri. Memang kena berjuang habis-habisan. Lagi-lagi untuk sesuatu yang kita suka buat.
“Betul ke haram buat tutorial makeup?” Saya minta penjelasan lebih lanjut daripada dia.
“Ustaz Adnin ada buat analogi. Orang perempuan ni, mesti tak suka kalau dia lalu, ada lelaki yang pandang je dia, kan?
Kita akan rasa tak selesa dan tak suka. Rasa nak korek je mata orang yang tengok tu. Tapi itu di dunia realiti.
Bila upload video tutorial mekap, beratus ribu orang yang tengok, baik lelaki atau perempuan. Sama ada bujang atau bapak orang, baik tua bangka, mahupun lelaki buaya.
Semua tengok. Dalam keadaan kita duk tenyeh muka sana-sini. Bercantik-cantik untuk orang tengok. Padahal bukan tak tahu, cantik tu untuk suami.
Soheh la berdosa!”
Panjang lebar lagi sebenarnya dia terangkan pada saya. Tapi ini antara point penting yang melekat terus dalam kepala saya.
Entah-entah ada orang save pulak video kita duk tenyeh lipstick tu untuk buat benda tak elok. Aduh, seriau weh!
Saya ada juga terbaca tulisan Ustaz Zulbakri berkaitan hal ni.
Katanya, kalau tak sampai tabarruj (berhias secara berlebihan) boleh saja. Nanti saya letak link artikel di ruang komen ye. Kalian boleh baca sendiri. Takut saya yang salah faham.
Tapi, pendapat peribadi saya dan saya ada juga tanya beberapa orang asatizah, mereka semua sepakat bahawa tutorial makeup yang diupload untuk tatapan umum adalah haram.
Manusia zaman sekarang ni, yang tidak-tidak je dalam kepala diorang. Bab macam ni, lebih baik kita ambil langkah selamat daripada cuba berhusnuzon dengan orang yang tengok tu semata-mata nak teruskan apa yang kita suka buat.
Kawan saya kata, ada kawan-kawan dia yang masih jual barangan mekap dan masih buat tutorial tapi dia buat group khas untuk perempuan sahaja.
Insya-Allah bila kita usaha jaga benda ni, Allah tak akan kurangkan pun rezeki kita. Bahkan kita akan rasa cukup sebab ada berkat di dalamnya.
Saya tulis ni tentang makeup ye. Yang memang menarik minat orang untuk tengok dan telek wajah kita. Kalau berkaitan skincare, saya tak pasti. Sebab skincare ni tak ada warna-warna yang menghias muka, kan?
Bab skincare ni, kalian tanyalah orang yang lebih arif. Wallahua’lam.
Kawan-kawan,
Kalau jalan mujahadah inilah yang akan bawa kita ke syurga, semoga kita terus kuat untuk melaluinya. Semoga kita terus kuat melawan kehendak yang berlawan dengan syarak.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat dan panduan. Boleh saja nak jual alat mekap, cuma tak perlulah nak marketing dengan buat video tenyek produk mekap.
Sememangnya bagai tidak diduga pengakhiran selepas sekian lama mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak angkat akhirnya mahligai pasangan ini runtuh.
Tertarik dengan perkongsian, Tuan Azlan Nor menerusi akaun Facebooknya mendoakan agar Mizz Nina dan Noh tabah harungi ujian ini.
“Semoga Allah teguhkan hati kalian berdua untuk tempuhi tempoh ujian ini. Supaya kalian kekal kuat untuk hadapi hari mendatang.
“Terima kasih untuk 11 tahun ini.
“11 tahun yang banyak memberi inspirasi kepada ramai manusia untuk berubah. Yang banyak memberi contoh teladan untuk manusia belajar berhijrah. Yang banyak mendidik hati-hati untuk kembali kepada jalan lurus, jalan kebenaran,” luah Azlan Nor.
Diakui sebelum ini Mizz Nina dan Noh sememngnya menjadi inspirasi ramai untuk berhijrah ke arah kebaikan.
“Saya perasan ramai orang share pasal rumah tangga Mizz Nina dan Noh hari ini. Terlintas gambar ni. Dan tak tahu kenapa, saya rasa sayu sangat tatapnya.
“Boleh jadi sebab kita sendiri nampak perubahan dan penghijrahan yang mereka lalui sejak awal sampai ke hari ini. Sehinggakan kita sendiri terinspirasi nak berubah jadi baik. Sehinggakan kita tak putus-putus doakan kebaikan buat mereka. Kita mahukan mereka kekal bahagia.
“Namun, benarlah. Ketentuan dan takdir Allah itu tak siapa yang tahu.
“Walau sebanyak mana kita harapkan mereka kekal bersama, walau seramai mana yang inginkan mereka kekal bahagia, Allah dah tetapkan jodoh mereka sampai di sini sahaja.
“kenapa nampak macam bahagia pun boleh bercerai?”
“Ketahuilah,
“Jodoh, umur, rezeki, ajal, maut…
“Semua tu telah Allah tetapkan sejak azali.
“Walau macam mana tak logik bagi akal kita,
“Walau macam mana mustahil bagi kita,
“Walau macam mana tak sangka diri kita,
“Walau macam mana kitta doa, harap dan inginkan begitu begini,
“Ternyata perancangan Allah sebaliknya. Dan sungguh perancangan Allah itu lebih baik.
“Itulah sebaik-baik takdir kehidupan buat mereka.
“Satu lagi,
“Yang sibuk persoal jodoh orang, yang sibuk cari aib orang, yang gembira atas ujian menimpa mereka berdua ni,
“Hari ni takdir Allah sedang terlaksana atas mereka, esok-esok boleh jadi ujian tu menimpa anda. Beringatlah.
“Untuk kita,
“Letakkan seteguh kepercayaan atas takdir Allah. Jauhkan diri dari persoal ketentuan Allah.
“Kerana kita hidup di dunia ni pun, atas belas ihsan dari Allah semata-mata.
Hajah Nelydia bersyukur jadi tetamu Allah. Begitulah yang diluahkan oleh pelakon jelita yang baru saja pulang mengerjakan ibadah haji.
Ternyata peluang menunaikan ibadah haji bersama suami bulan lalu merupakan satu keindahan yang sukar dilafazkan.
Nelydia Senrose bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bersyukur dijemput Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadat haji, biarpun pada mulanya tidak pasti sama ada berpeluang melakukannya.
Sebelum ini Nelydia sudah empat kali mengerjakan umrah. Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Nelydia menjelaskan banyak perkara baru yang dipelajari.
“Segala-galanya dipermudahkan. Pengalaman, layanan dan semua yang lain, baik-baik sahaja. Saya berdoa agar mereka yang berniat menunaikan haji, dipermudahkan urusan itu.
“Sebaik selesai mengerjakan haji, saya rasa lega. Orang selalu cakap, buat haji ini kita betul-betul berjihad ke jalan Allah. Tidak tahu apa jadi, hanya berserah.
“Makkah dan Arafah bumi barakah. Saya banyak belajar perkara baharu dan berkenalan dengan insan lain. Ketepi segala kuasa pemilikan tanpa kasta atau pangkat. Niat pergi ke sana kerana Allah, Berserah,”
Malah Nelydia juga menganggap pengalaman di Tanah Suci mengundang hikmah tersendiri.
“Hingga saya beritahu suami, kalau diizinkan, hendak pergi tunaikan haji setiap tahun,” sambungnya.
Selepas pulang dari Mekah Nelydia memilih untuk berehat seketika sebelum kembali aktif di pentas seni.
“Saya mahu nikmati momen selepas pulang dari Tanah Suci ini dengan tenang dan membiasakan diri dengan perubahan ini,” ungkap Nelydia.
Bercerita kisah pengalamannya sebelum menunaikan Haji 3 Julai lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya kerap bertanya apa status permohonan kami untuk menunaikan haji. Kami sangat berharap dapat melakukan ibadat ini bersama.
“Hari demi hari, sehinggalah 1 Julai lalu, masih belum ada berita baik untuk kami… Gementar jadinya. Ketika itu, macam-macam rasa. Kalau belum ada rezeki, kami kena reda,” tambahnya tanpa diduga, pada awal pagi 2 Julai lalu ketika hampir hendak melelapkan mata, dirinya dan suami mendapat pengesahan mereka akan berangkat ke Tanah Suci apabila visa diluluskan.
“Kami terduduk dan menangis penuh kesyukuran dengan berita gembira itu. Sepantas kilat, saya dan suami sujud syukur dengan kesempatan serta rezeki terindah itu,” ujarnya.