Buat mak-mak yang pandai dan ada asas menjahit boleh cuba buat sendiri langsir stail Singapore / Pinch Pleat ini. Bila jahit sendiri lebih puas hati dan paling penting jimat kos berbanding tempah di kedai. Nak jahit pun simple je, mudah dipasang malah cantik terletak kemas.
TUTORIAL JAHIT LANGSIR
Stail ni terletak dan kemas. Nak pasang pun mudah, tak payah pasang hook remeh tu.
Berikut adalah cara-cara menjahit langsir Singapore / Pinch Pleat. Simple sangat boleh jahit sendiri sambil men-deko di rumah.
P/s : mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Abah saya yang tersayang Mohd. Yahya. Moga berkat ilmu yang berterusan sampai amalan pahala kepadanya.InsyaAllah. Amin!
Ukuran frame tingkap /railing
Fabrik / kain langsir
Tape langsir biasa
Single hook (code: 101s)
Butang balut
Benang & Jarum (code: 18)
Gunting, pita pengukur, pembaris, marker, kalkulator
Note: kalau tak paham feel free to ask . I’ll try my best to help uolss.
Jom Kita mulakan, STEP BY STEP:
Sediakan kain dan potong kain
Kiraan :
Lebar langsir x 2 + 10cm (basi)
*Ni untuk sekeping langsir.
Tips gunting:
Ikut bunga / if tak ada bunga lukis dengan kaler dan gunting untuk garisan lurus, tak senget.
2. Jahit tape bahagian dalam dulu, untuk elakkan senget-senget.
3.Jahit bahagian atas dia pulak.
4.Teruskan jahit sampai habis.
5.Dah siap letak tape, lipat 2 bahagian.
Ads
6.Tanda bahagian tengah (Line kuning tu).
7.Mulakan dengan garisan tengah, lukis jarak 2-2. Semakin ke tepi, jadi 4 sampai lah hujung.
4-4-4-2-2-4-4-4 Temukan garisan tengah c&e, a&b , f&g
8.Temukan garisan huruf tadi dan jahit.
9.Jadi macam ni ya kawan-kawan. Jahit sampai habis.
10.Ni view dia dari luar, check lebar dia ngam tak dengan frame langsir kita. Kalau tak ngam ejas di lipatan tepi, InsyaAllah ngam. Yang tepi tu selalunya dia takkan kurang, dia terlebih je. Ejas buat hujung lipatan atau tambah extra flip kat hujung. Macam bunga kat hujung railing.
Ads
11. Lipat 3 kalau nak buat lipat 2 pun boleh.
12. Jahit mati di bawah separas tape. Hati-hati jangan sampai terbabas langgar yang kita jahit temu tadi.
13. Matikan jahitan sisi kain kira-kira 5cm each side.
14. Matikan jahitan bawah kira-kira 4-5 inch (lagi berat lagi elok) langsir jatuh elok.
15. Ni view yang dah siap semua jahitan asas..yeayy.
Ads
16. Matikan bahagian atas pleat.. (jahit tangan).
17. Jahit bu
tang balut saiz 50 sen pulak paras jahitan yg kita matikan tadi.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang pandai menjahit dan tahu asas menjahit boleh cuba buat sendiri langsir Singapore / Pinch Pleat ini. Lebih jimat, puas hati malah stail ni terletak & kemas. Nak pasang pun mudah.
Memang benar kerja-kerja rumah memang takkan pernah habis. Mesti ada sahaja kerja yang nak dibuat. Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak yang masih kecil, penatnya memang berganda. Oleh itu pengurusan masa dalam menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumah sangatlah penting. Tak perlu serabut, tertekan mahupun stres. Mak-mak perlu tenang-tenang sahaja, uruskan segalanya dengan tersusun, insya allah segala urusan rumahtangga akan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Najibah Mustaffa ini ada benarnya. Semoga menjadi panduan.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap-silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi-lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa.
10 Tip Tenang Urus Rumahtangga
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan-rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja. Insyaallah tips ini membantu ibu rasa kuat, tersusun dan kurang terluka seperti dalam gambar itu.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting.
Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan ada zikir tertentu yang kita amal. Ia beri tenaga luarbiasa kepada jiwa kita masyaallah. Biiznillah.
Ibu ibu, jika tak jaga perkara ini, kita akan mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan Fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga Kesihatan Mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab Memasak Dan Makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan Bahan Dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan Rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan Anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan Rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati Dan Bina Pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak agar tenang-tenang sahaja dalam menguruskan rumahtangga. Tak perlu jadi mak yang serba serbi ‘sempurna’. Bila segalanya diuruskan dan diatur dengan baik, urusan rumahtangga akan jadi lebih mudah.
Perasan tak, setiap kali selepas mak-mak cuci tuala dan bila ia kering, tekstur tuala ni rasa keras kejung dan tak lembut macam kita mula-mula beli dan pakai.
Hah, sebenarnya ada cara dan penjagaan mudah agar tuala yang kita gunakan tetap lembut selepas dibasuh dan tidak mudah rosak atau reput mahupun mengeluarkan bau yang menyenangkan setiap kali selepas digunakan.
Sebaiknya ikut cara ini.
Tip Menjaga Tuala:
1.Jemurkan tuala di tempat yang ada cahaya matahari setiap kali selepas menggunakannya agar tiada bakteria yang dapat membiak pada Tuala mandi kita.
2.Bagi menjaga kebersihan tuala, cucilah tuala sekerap yang mungkin, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
3.Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan dengan pakaian lain.
4.Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala hilang sepenuhnya. Jangan tergoda dengan warna kain tuala yang warna warni, kerana fungsi menyerap air adalah fungsi utama yang harus di beri perhatian.
Pilihlah kain tuala yang mempunyai material yang elok, dan paling penting, gunalah banyak kain tuala agar kain tuala tidak cepat rosak.
Petua Cari Tuala:
Belilah tuala yang 100% egyptian cotton.
Petua Elak Tuala Berbau & Kusam:
Gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan menyegarkan tuala yang kelihatan kusam dan berbau.
Selamat mengguna tuala mandi dengan bijak dan berhemah. Semoga jangka hayat tuala mandi anda akan panjang hayatnya jika anda tahu menjaganya dengan bijak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masalah habuk dan kulat yang menempel kat perabot rumah, memang tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi denan keadaan cuaca sekarang ini. Habuk memang cepatlah menyinggah. Manakala, kalau cuaca sejuk pula, kulat-kulat cepat membiak terutamanya pada perabot rumah.
Kadang-kadang, jenuh nak membersihkan dan setiap minggu, inilah rutin yang harus mak-mak buat. Kan. Kalau beli gel silika yang menarik habuk dan kulat, agak mahal juga terutamanya yang berkualiti. Kalau beli yang murah, takut tak berbaloi.
Jadi, apa kata kita buat sendiri saja gel silika untuk nyahkan habuk dan kulat nie. Beli timbang kilo, bolehlah dapat banyak dan satu rumah boleh letak untuk menyahkan habuk dan kulat ni.
Perkongsian daripada Bijen Mohd, boleh membantu mak-mak untuk menyediakan sendiri gel silika ini. Moga bermanfaat.
Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah kongsi cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?
Kali ini, saya bagi testimoni sikitlah. Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ini saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.
Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik. Issue permanently solved.
Jadi, saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah
1. Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu. Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
2. Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya. Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
3. Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik. Kristal ni boleh di kitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur. Kalau beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak. 4. Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Jangan salah faham pula.
Satu lagi tip nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.
Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.
5. Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...