Bukan mudah nak dapatkan berat badan ideal masa zaman anak dara dulu. Kalau mak-mak yang masih maintain, bersyukurlah. Tak perlu risau nak makan itu, nak makan ini kan! Kadang-kadang, dah buat macam-macam tapi tetap berat badan tak juga turun. Malah, makin bertambah.
Sebenarnya, kalau nak turunkan berat badan, mak-mak kena betul-betul istiqamah. Jangan hari ini diet, esok diet ke laut. Memang tak kuruslah.
Siti Amirah Shalihin, pakar dietitian turut berkongsi tip untuk mak-mak yang betul-betul nak kurus. Boleh cuba cabaran ini dalam masa dua minggu. Nanti tengok keberkesanannya.
Tip Untuk Anda Yang Susah Nak Kawal Nafsu Makan
Mulakan dengan SALAH SATU cabaran ini SELAMA 2 MINGGU dahulu:
1. Nasi segenggam sahaja setiap kali makan. Ambil nasi maksimum 3 kali sehari sahaja. Kalau yang jenis makan nasi penuh pinggan sebelum ni, confirm betulkan portion nasi je boleh lost banyak kg!
2. Pilih nasi putih (beras perang lebih baik) berbanding nasi goreng, nasi briyani atau nasi minyak. Begitu juga dengan mi/mihun/kuey teow, pilih sup berbanding menu bergoreng. Pilih pilihan yang tidak berminyak. Especially yang suka tapau/makan dekat kedai.
3. Pilih air kosong. Air kosong ais tak ada masalah. Kalau sejenis minum kopi dengan gula setiap pagi tak apa sekali sehari asal bukan 3 in 1.Sepanjang hari nak minum teh lemon ke apa ke okay je. Asal no sugar dan cukupkan keperluan minimum 2 liter sehari.
4. Kuah bersantan atau sambal tumis ambil 2-3 sudu sahaja. Ambil yang ada pada lauk sahaja adalah lebih baik.
5. Tiada ayam goreng. Pilih ayam masak sup, tomyam, ayam bakar, masak singgang. Kalau banyakkan lauk ikan bakar lebih baik. Ikan rendah kalori berbanding ayam.
Tempoh 2 minggu lepas tu, kalau dah kuat pilih cabaran seterusnya pula. Teruskan sikit-sikit bina habit baru, tak perlu semua nak ubah dalam satu malam.
1. Waktu tidur yang tidak cukup (5-6 jam) berisiko untuk naik berat badan.
2. Waktu tidur yang terlebih (9-10 jam) pun berisiko untuk naik berat badan.
IKLAN
3. Bukan sahaja berat badan naik, ukur lilit pinggang dan komposisi lemak dalam badan pun sama naik!
4. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan hormon lapar bertambah dan hormon kenyang berkurang. Selalu lapar bukan sebab saka, boleh jadi sebab kurang tidur!
5. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kita craving makanan tinggi lemak dan gula! Siapa stay up selalu suka menguyah tengok balik apa anda makan.
IKLAN
6. Kurang waktu tidur menjadikan tubuh lesu dan penat, sukar untuk konsentrasi dan kekal aktif.
7. Semakin lama semakin ramai yang kurang waktu tidur, banyak faktor mempengaruhi.
8. Waktu tidur yang ideal adalah 7-8 jam sehari.
9. Selain jaga kalori, wajib juga jaga waktu dan kualiti tidur.
MW: Kalau betul-betul nak kurus, cubalah sahut cabaran ini. Selamat maju jaya.
Miliki kulit wajah pinkish berseri di Aidilfitri menjadi idaman setiap wanita. Sebab itulah pentingnya, penjagaan kulit wajah agar cantik daripada sekarang.
Rutin bulan puasa, tentunya mengubah juga gaya hidup anda. Tetapi rutin penjagaan kulit tidak berubah, tetap sama dan perlu anda lakukan dengan betul dan konsisten.
Maksud betul di sini adalah bagaimana anda menjaga kulit setiap hari dari pagi hingga ke sebelah malam. Itulah yang menentukan kulit wajah sihat, cantik berseri.
Kenapa Perlu Lakukan Rutin Penjagaan Kulit Wajah Yang Betul
Sebelumnya, fahamkan dahulu mengapa kulit perlu dijaga dengan betul setiap hari. Tentunya setiap hari detik dan waktu, kulit akan terdedah dengan persekitaran yang dipenuhi bakteria terbebas di udara.
Jika, anda tidak melakukan rutin membersih, merawat malah melembap setiap hari, bakteria akan terperangkap di permukaan kulit. Dan dengan adanya sel kulit mati, lama-kelamaan berpotensi membentuk jerawat.
Seiring peningkatan usia, masalah jeragat mahupun noda-noda cela mula menerjah ke kulit wajah anda.
Rejimen Penjagaan Kulit Wajah Yang Betul Dari Awal Hingga Akhir
Membersih
Rutin penjagaan kulit wajah secara asasnya dimulakan dengan membersihkan kulit wajah. Pilihlah pencuci yang sesuai dengan jenis kulit sama ada kulit normal, kering, berminyak atau kombinasi.
Carilah produk pencuci yang lebih lembut dan tidak merengsakan kulit. Sesekali urutlah wajah semasa mencuci untuk membantu perjalanan darah ‘cantik’ di sekitar wajah.
Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser misalnya, antara pencuci wajah yang menghilangkan bukan saja kotoran, minyak malah sel kulit mati dengan berkesan siang dan malam. Dalam masa yang sama, minyak natural pada kulit dapat dikekalkan kelembapannya.
Menyegar
Selepas membersih wajah, pakailah penyegar atau toner baik di sebelah pagi dan juga malam. Gunakan kapas muka untuk memberikan kesan terbaik yang mengimbangi pH kulit anda.
Jika kulit muka berjerawat, carilah toner yang ada bahan asid salisilik untuk memberi keamanan kepada jerawat. Bagi kulit kering atau sensitif, pilih toner jenis penghidratan untuk menenangkan kulit wajah.
Gunakan Serum
Pakar menyarankan agar anda memakai serum vitamin C pada siang hari. Seawal usia 20-an anda sebenarnya sudah disarankan memakai serum.
Serum ini membantu mengembalikan kerosakan yang berlaku pada kulit wajah disebabkan sinar UV matahari dan pencemaran udara di persekitaran.
Justeru, carilah serum dengan vitamin C yang stabil. Ianya membantu penyerapan sempurna molekul vitamin jauh ke dasar kulit.
Melembap
Penutup penjagaan kulit wajah ini amat penting sekali iaitu melembap. Pelembap yang baik adalah jenis yang ringan dan mudah meresap ke dalam kulit wajah dengan cepat.
Baik siang atau malam, anda perlu mengoleskan pelembap setiap hari. Penting ya! Kerana pelembap ini membantu menaikkan seri wajah semasa mengenakan solekan di siang hari.
Dan pada sebelah malam, ia berfungsi menghalang kekeringan pada kulit wajah. Sekaligus, mengekalkan minyak wajah semulajadi yang ada semasa anda tidur.
Neutrogena Hyra Boost Water Gel yang berasaskan air ini memberi keamanan kepada kulit wajah sehingga 72 jam lamanya. Ia merupakan produk pelembab yang telah diuji oleh ahli dermatologi.
Ekstra! Tip Penjagaan Dalaman Bantu Naikkan Seri Wajah
Selain melakukan 4 rutin penjagaan di atas, penjagaan dalaman juga satu hal yang perlu anda ambil kira.
Penjagaan makanan dengan diet yang seimbang itu penting sebenarnya. Lagi-lagi di bulan Ramadan ini, anda berpuasa di siang harinya.
Jika tidak mengambil makanan yang tinggi protien, banyakkan makan buah-buahan dan sayuran serta suplemen, tentu badan anda mudah terhidrasi.
Bermula malam hari hingga bersahur, jangan lupa ambil air kosong secukupnya iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Buat jadual agar tidak terlupa.
Ini Produk Penjagaan Wajah Siang Dan Malam Yang Tak Merengsakan Kulit
Setelah anda memahami rejim penjagaan wajah di atas, tiba masanya untuk memilih produk sesuai yang ada di pasaran.
Pilihan terbaik untuk anda di bawah rejimen penjagaan kulit wajah yang disarankan adalah Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser dan Neutrogena Hydro Boost Water Gel.
Sebagaimana yang diterangkan serba sedikit di atas, hadamkan penjelasan lanjut mengapa kedua produk ini penting dimiliki dalam rutin penjagaan kulit wajah anda.
Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser
Pencuci muka berbusa pertama yang berasaskan gliserin tulen, berkesan menghilangkan 99% kekotoran dan 99% mengekalkan kelembapan pada wajah.
Dengan formulasi diperbaharui menggunakan teknologi Amino Micellar, ianya juga kaya dengan asid amino. Malah, terbukti telah diuji secara klinikal mesra pH kulit oleh ahli dermatologi profesional.
Ianya merupakan pencuci yang bersifat non-comedogenic yang berkesan membersihkan liang pori-pori wajah secara mendalam.
Selain Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser, terdapat 5 lagi variasi pencuci wajah yang bersesuaian dengan penggunaannya.
Iaitu, Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser, Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser, Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser, Neutrogena Deep Clean Soothing Foaming Cleanser dan Neutrogena Deep Clean Micellar Gel Makeup Remover.
Neutrogena Hydro Boost Water Gel
Pelembap berasaskan air ini mengandungi gliserin, 50 peratus asid hyaluronic (HA) dan probiotik yang membuatkan ia sangat mudah meresap ke dalam lapisan kulit.
Sekaligus mengekalkan penghidratan pada kulit selama 72 jam. Kandungan probiotik dan asid hyaluronic (HA) ini juga sudah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi.
Ia juga bersifat non-comedogenic dan seratus peratus bebas alkohol.
Dengan menggunakan Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser dan Neutrogena Hydro Boost Water Gel, anda sebenarnya telah melakukan rutin penjagaan wajah secara mendalam.
Gunakan secara rutin untuk pembersihan dan melembapkan kulit wajah di siang hari dan juga malam sebelum tidur.
Tentunya, rutin yang anda lakukan secara konsisten sepanjang Ramadan ini, dapat mengembalikan keserian kulit wajah di Aidilfitri nanti.
Boleh juga buat belian Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser dan Neutrogena Hydro Boost Water Gel secara online diGuardian.
Layari media sosial Neutrogena untuk mendapatkan maklumat lanjut :
Kolestrol merupakan antara penyakit ramai orang hidapi. Antara bahayanya mempunyai kolestrol tinggi boleh menyebabkan masalah jantung tersumbat! Disamping berjumpa doktor dengan melakukan pemeriksaan, boleh juga cuba mengamalkan rawatan semula jadi serta menjaga pemakanan yang diambil.
Perkongsian daripada Puan Zeta Azzahra Abd Rahman, antara remedi kesihatan yang diamalkan dikatakan berkesan dalam mengurangkan bacaan kolestrolnya yang tinggi sebelum ini.
Berikut perkongsian yang wanita ini kongsikan;
“Alhamdulillah.Mak aji ada berita nak kongsi ni.Beberapa purnama nan lalu.Bacaan kolestrol telah naik kpd 6.9. Masa tu doktor nak on ubat turunkan kolestrol tapi mak aji kata..doktor bagi saya turunkan bacaan secara natural dan saya kawal makan”
“Kemudian selepas ambil ujian darah di makmal, bacaan menurun kpd 5.3 Kali ini doktor kata.. kita teruskan ikut cara puan. Tapi awas, jaga makan sebab kita akan jumpa selepas hari raya (puasa). Dari berjumpa doktor 4 bulan sekali, doktor kata kita jumpa 6 bulan sekali je”
“18 Julai lalu, berpagi-pagian mak aji di hospital ambil darah. Untuk cek tekanan darah tinggi, kencing manis, lemak dan bacaan kolestrol.
“Hari ini 29 Julai, seronok sangat jumpa doktor tadi. Alhamdulillah mak aji normal. Bacaan kolestrol mak aji dr 5.3 telah turun kpd 3.3. NORMAL! Darah tinggi dan Kencing manis alhamdulillah pun tak ada. Lemak pun 1.1.”
“Opsss..apa rahsia nya ye? Tu lah.. cuba kalau jumpa anak kecik mak aji.. nanti anak kecik mak aji cakap tu….UMI MINUM AIR KENTUT! My goodness kan..kanak-kanak.
Air Kentut kata Maryam Air Cholestrol Free kata Umi
Bahan-Bahannya:
6 Liter Air
3 biji Lemon
* Lemon tu digosok-gosok dengan Soda bikarbonat. Lepas tu baru digosok-gosok dengan garam halus. Tangan bau harum je dan lembut.
Basuh bersih-bersih dengan air paip.Potong nipis-nipis, perah air lemon. Asingkn air lemon dan potongan lemon yang sudah diperah.
(Limau kasturi ni langsug tak digunakan dalam air ni. Limau kasturi tu saya buat resepi limau kasturi asam boi. Kena jeruk 3 bulan. Baru boleh minum )
Halia 5 kaki/batang/unit seperti dalam gambar untuk 6L air.
*Bersihkan dan buang/kikis kulitnya dengan menggunakan sudu. Potong halus-halus pun boleh tetapi lebih baik blender kalau rajin. Mak aji sagat je.
Nenas separuh jika buahnya besar atau sebiji jika buahnya kecil. Dibuang kulitnya. Dipotong-potong ikut suka.
Cara Membuat:
Masukkan 6 liter air 6L ke dalam periuk. Hidupkan api. Masukkan semua bahan kecuali perahan lemon. Masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan perahan lemon. Kacau.
Info Ekstra!
Perahan lemon kalau masukkan terus pun boleh je. Biasa mak aji kalau rajin, selepas menggelegak. Didihkan sekejap.
Mak aji tak pernah blend 3 bahan bersama sebelum ia di masak.Tapi biasa nya mak aji hanya akan blend semua potongan lemon + nenas + halia yang sudah dimasak.
Tuang kembali hampas/bahan ni ke dalam periuk. Kalau tak rajin, tak blend tapi makan begitu sahaja selepas minum airnya.
Sebenarnya tak kisahlah kan bagaimana kaedah penyediaan, janji buat bahan-bahan ini dan minum secara konsisten baru dapat lihat hasilnya selain kawal makan juga.Dapat lah 3 bekas air Tupperware yang 2L tu. Dengan hampas-hampas sekali masukkan. Simpan dalam fridge.
Boleh minum suam, panas atau sejuk. Tanpa gula. Setiap hari. Hampas tu makan lah. Tak rasa apa pun. Amalkan secara konsisten.
Mak aji sediakan 6L untuk 3 ke 7 hari. Banyakkan minum air kosong juga ye. Mak aji ni pagi-pagi minum je nescafe ais. Tp sebelum sarapan, mak aji minum dulu segelas.
Mak aji cikgu. Kurang exercise macam zumba tu, cuma naik turun tangga di sekolah sahaja. Dan jalan-jalan dalam mall. Mak aji jarang masak di rumah, sebab tu mak aji minum 6L air kentut untuk 3 atau 4 hari.
Kalau baru nak mencuba, boleh mula dgn 1L air, lemon 1 biji dan halia 1 (apa penjodoh bilangan untuk halia ye.sebesar 1 rangkaian halia itu lah..tak tau nak sebut bagaimana). Nenas bahagi lah kepada 1/4.
Pada yang ada gastrik mak aji tak berani nak sarankan. Ini bukan ubat ye. Ini remedy untuk normalkan bacaan kolestrol.
Cara minum, segelas sebelum sarapan pagi. Kalau baru nak cuba, minum dulu air kosong selepas bangun tidur dan baru minum air ini. Dalam sehari boleh minum berkali-kali. Mak aji biasa habis 2L dan tetap minum air kosong. Pagi-pagi mak aji tak boleh lari dari nescafe ais.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang mengalami masalah kolestrol, bolehlah cuba amalan remedi yang wanita ini kongsikan. Namun apa-apa pun pastikan mendapat rawatan dan nasihat doktor dulu iya.
Peti Sejuk sangat penting sebagai satu keperluan yang mesti ada pada setiap rumah untuk menyimpan bahan-bahan makanan agar tahan lama. Kalau boleh semua benda nak disimpan dalam peti sejuk dengan hasrat agar bahan-bahan tersebut tak mudah rosak.
Namun demikian, mungkin ramai yang tak tahu bahawa bukan semua bahan makanan atau bahan mentah boleh disimpan didalam peti sejuk. Menuru perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, ada 10 jenis barang yang sebenarnya tak perlu pun disimpan dalam peti sejuk.
Berikut perkongsian beliau sebagai rujukan.
Barang Yang Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan Dalam Tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan Panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah Ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Bahan Bukan Makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Rujukan : News Australia
#HealthDrZubaidi
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi rujukan buat mak-mak yang menyimpan bahan-bahan dalam peti sejuk.
Tidak kira dalam pergaulan seharian ataupun medium tanpa sempadan, pasti anda pernah melihat wanita bergelar isteri tanpa rasa segan silu ‘bergurau mesra’ dengan suami orang ataupun lelaki bukan mahram.