Ads

Tungku Daun Pandan, Rahsia Kempis Perut Ibu Anak 4 Ini Ketika Berpantang

tungku daun pandan

Masa terbaik nak kembalikan perut kempis selepas 9 bulan bersalin, tentulah ketika berpantang. Buat aturan berpantang ikut disiplin yang ditetapkan. Baik urutan mahupun pemakanan.

Puan Azwani Muzammel, 35, ibu anak 5 ini berkongsi rahsia dirinya kembali langsing dan berjaya dapatkan perut kempis. Amalan bertungku dengan daun pandan jawapannya.

Menariknya bertungku yang diajarkan ini juga sesuai untuk wanita yang berhadapan masalah perut buncit dan telah lama meninggalkan tempoh berpantang.

Bahan-bahan

Batu sungai (batu tungku)

Kain alas

7 helai daun pandan (dipotong)

Cara Bertungku Daun Pandan

1. Panaskan batu tungku di atas api sederhana selama 15 hingga 30 minit. (Tempoh masa bergantung pada saiz batu)

Ads

2. Hamparkan kain alas dan susun potongan daun pandan di bahagian tengah kain alas.

3. Sebelum pindahkan batu tungku ke kain alas. Renjiskan sedikit air. Untuk elakkan dari hangus Pindahkan dengan hati-hati ya sebab batu masih panas.

4. Letak batu di bahagian atas susunan daun pandan. Balut batu dengan kain alas tadi.

5. Ikatkan kemas dan sedia untuk bertungku.

Khasitnya

*    Dapat melembutkan urat dan melancarkan aliran darah.

Ads

*    Berpantang cara ini membolehkan tubuh berbau wangi sepanjang bertungku.

*    Kata orang tua, daun padan juga dapat mengecutkan rahim.

*    Dapat membakar lemak dengan jayanya. Perut akan kurang menggeleber dan perut akan menjadi kempis.

Bila Perlu Bertungku

Pada sebelah pagi dan malam.

Ads

Amalan ini bukan saja untuk wanita dalam pantang, jika anda berhadapan masalah perut buncit boleh saja amalkan kaedah bertungku daun pandan seperti yang diajarkan.

Untuk ibu2 yang tinggal di bandar atau yang tidak sempat bercucuk tanam di rumah?. Boleh je beli di pasar.

Jangan bimbang untuk beli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya daun pandan juga boleh direbus dan dijadikan mandian serum.

Semoga cara tradisi bertungku daun pandan yang anda jadikan amalan harian membolehkan anda mendapat perut kempis!

Cara Dapatkan Perut Kempis Dalam 15 Hari

Klik untuk bacaan lanjut

Sumber/Foto: FB Azwani Muzammel via Mingguan Wanita

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Lima Wanita Bergaduh Di Pasar Awam Melor Mengaku Bersalah, Didenda...

Insiden pergaduhan melibatkan satu keluarga terdiri dari ibu, anak perempuan dan menantu bersama dua beradik di hadapan Pasar Awan Melor minggu lalu didenda RM1000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah melakukan  pergaduhan di khalayak ramai pada minggu lalu.