Percaya atau tidak, urutan yang bagus mampu hilangkan tekanan harian kaum mak-mak. Sebenarnya bukan percutian dan membeli belah saja yang patut anda dahulukan, kalau sesekali dapat curi peluang pergi spa atau berurut, anda akan dapat hasilnya dan rasa puas satu badan. Tetapi bahagian mana yang patut anda urut? Nak tahu lebih jelas, anda boleh semak perkongsian daripada tukang urut, Emy Haznida Hazairul Sham ini…
Sis akan share tentang jenis urutan yang diperlukan seorang perempuan. Of course sebagai seorang perempuan (tambahan yang dah mempunyai anak), akan mengalami keletihan yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Ok, penat yang sis maksudkan bukan penat mental (tu dah satu hal), tapi yang ini more to physical exausted.
Walaupun seorang perempuan itu belum berkahwin atau melahirkan anak sekalipun, badan tetap akan letih dan memerlukan rehat yang secukupnya. Sesekali, korang kena trust your body. Bila dah mula rasa letih, jangan diabaikan (which is mmg selalu kita buat), atas alasan tak ada masa dan tak penting.
Mengurut ni terapi paling simple yang boleh anda buat. Pasang lilin atau penggunaan minyak pati aromaterapi memang membantu, tetapi kalau korang memerlukan ruang dan masa untuk berehat sambil dimanjakan, urutan adalah pilihan paling tepat. Ok, ini sis listkan beberapa urutan yang diperlukan oleh seseorg wanita gitchewww:
Ads
1. Kaki
Kalau tak sempat nak mengurut whole body, ambillah lebih kurang 30 minit untuk mengurut kaki. Semua stres badan ditanggung oleh kaki okay, sebab itulah bila kita mengurut, akan dimulakan dari kaki. Biasanya, bahagian ini jugaklah yang mempunyai banyak angin dan urat bersimpul. Bahagian kaki yang paling stres adalah betis dan celah peha.
Wanita dah bersalin khususnya, sakit di celahan peha ketika diurut adalah normal sebab uratnya bersangkut paut dengan rahim kita. Satu lagi kawasan azab sakitnya jika diurut pada kaki adalah bahagian belakang pelipat lutut. Jika anda obes atau seorang yang aktif, maka bersiap sedialah untuk merasai kesakitan ketika angin dan urat bersimpul dibetulkan semasa diurut.
2. Bahagian pinggang dan belakang badan
Normal sangat untuk rasa sakit pada kedua bahagian ini. Especially kalau korang jenis lasak dan main taram angkat barang-barang berat. Atau korang sejenis yang aktif dan suka buat aktiviti fizikal macam hiking ke, berzumba ke, atau apa saja aktiviti kecergasan yang mencabar kemampuan tubuh. Jangan pulak tak exercise lepas baca ni, actually semua aktiviti tu sangat bagus untuk memberi ruang kepada tubuh untuk recharge tetapi haruslah dilegakan dengan urutan. Jadi, tak adalah kes sakit badan and that’s it! Esok tak moh dah aku exercise. Tapi janganlah right after korang menggasak badan tu, hari tu jugak korang pi mengurut, terkujatlah urat-urat tu. Sebaiknya tunggulah 24-36 jam sebelum nak berurut.
Ads
Lagi satu, sakit pinggang ini normal kalau seorang perempuan tu selalu mendukung ank. Come on, kadang-kadang kita anak 4-5 tahun pun still berdukung. Betui dak? Terutama waktu nak mandikan ank atau nak hantar nurseri, memang akn berdukung. Lebih parah, kalau korang atau pengasuh duduk rumah tinggi, lagi melengkung tulang belakang tu. Jadi, biasanya kalau mengurut bahagian ini, ada beberapa point yang akan diberi perhatian lebih supaya korg akan lebih lega.
3. Bahu dan belikat
Selalunya yang akan rasa sakit pada bahagian ini adalah orang yang selalu menghadap komputer, photographer atau videographer misalnya, dan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian seperti tukang masak, baker ke atau tailor. Haaa.. Tak sangka kna?
Dok tatap skrin komputer dari pagi sampai petang tanpa merehatkan diri memang antara punca kenapa bahu dan belikat tu selalu sakit. Yang menjahit tu pulak asyik menunduk, yang memasak pulak banyak menggerakkan upper body, sebab itulah korang selalu sakit bahagian itu. Untuk melegakan bahagian ini, selalunya tekanan ketika mengurut akan dibuat pada bahagian belakang tengkuk, membawa ke atas bahu dan ditarik ke bahagian belikat.
Ads
4. Kepala
Ok, urutan kepala ni pun penting. Tapi takdelah ditekan-tekan macam mengurut badan. Selalunya orang perempuan ni mudah sakit kepala atau pusing-pusing, jadi penyelesaiannya, sapu minyak cap kapak kan?
Bila korg selalu sakit kepala dan masih tidak kronik, itu tidak semestinya migrain. Boleh jadi korang terlalu letih dan banyak berfikir menyebabkan urat di sekitar T zone stres dan menggalakkan rasa sakit kepala. Biasanya urutan kepala ni akan dimulakan dengan memberi kelegaan pada T zone dan atas kening, kemudian dahi. Lepas tu, barulah urutan lembut atas kepala akan dibuat. Tapi urutannya tu ada cara yang betul untuk dibuat.
Kalau korang rasa kepala berat sangat, sis cadangkan korang basuh kepala dan bersyampu macam biasa. Sebelum membasahkan kepala, jirus air pada bahagian kaki ke betis dan seluruh badan. Biarkan sekejap, korang akn dapat rasa macam wap keluar, lepas tu barulah basahkan kepala dan mandi macam biasa k!
Untuk next post, in sha Allah sis akan cerita tentang urutan kegemaran perempuan (dan penting juga ya), yang berkait dengan batin. Tq sebab sudi baca post sis dengan tabah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Emak Menilai Yang Baik-Baik Mengenai Watie” Shuib Dapat Restu Ibu. Pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad atau Shuib akui dia bersyukur dek kerana ibu kesayangan membuat penilaian positif terhadap gadis yang sedang rapat dengannya itu.
Malah Shuib juga memberitahu percintaan dengan Watie Hanifiah juga mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.
“Emak Menilai Yang Baik-Baik Mengenai Watie”
Shuib seperti mana dilaporkan Harian Metro menyatakan jika ikutkan ibu mahu dia berkahwin segera. Namun Shuib minta ibunya bersabar.
“Penilaian pada dia (Watie) berlaku daripada emak saya sendiri. Emak saya yang menilai dia.
“Jadi bila emak menilai yang baik-baik mengenai dia, saya pun tahulah kerana saya berkawan dengan dia.
“Dah tentulah saya kuat mengatakan dia okey dan sebagainya. Kalau ikutkan emak saya, macam cepat sangat nak tengok kami kahwin. Saya yang minta dia bersabar.
Watie
Ada Perancangan Untuk Berkahwin
“InsyaAllah kami ada perancangan untuk kahwin, cuma tarikhnya belum pasti.
“Emak fikirkan Ayash Affan sebab dia semakin membesar. Emak pun cakap tugas dia dah banyak menjaga Ayash sebelum ini,” terang Shuib.
Shuib juga menerangkan dia turut tertarik dengan personaliti Watie kerana sikap penyayang.
“Emak jaga Ayash dari kecil. Dia kata nanti bila Ayash dah besar saya boleh ambil semula. Ayash pun dah nak mula berjalan sekarang.
“Watie pun tiada masalah dengan anak-anak saya. Dia dah pernah jaga Ayash masa Ayash demam empat, lima hari. Malah semua anak saya rapat dengan dia.
“Anak-anak saya panggil dia sebagai aunty dan hubungan mereka sangat okey. Anak saya Talita sayangkan aunty. Dia hairan kenapa orang tak suka aunty padahal aunty baik,” sambungnya.
Bagi penggemar masakan berasaskan daging mahupun ayam, wajib cuba Resepi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ini. Perapannya elok sempurna dan secukup rasa! Rasa masam manis,pedas dan berempah dengan gandingan sos yang diadun sebati, pasti makan bertambah-tambah.
“Ni lah dia Daging Bakar Harimau Menangis.Nape harimau pulak menangis yek? sebenarnya hat makan daging bakar nilah yang menangis tau..best sangat memang terangkat habisss!!
Resepi perapan daging inilah yang memang saya selalu buat ..Mashaallah memang sedap sangat sesuai untuk daging dan ayam.
Bahan-Bahan:
2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati tak kisah bahagian mana
5 sudu besar sos cili maggi
5 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos black pepper
6 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu gula
1 sudu kecil garam tak perlu banyak
1/2 cawan minyak masak
Cara Membuat:
1.Campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak dalam 30 minit.
2.Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dalam 2 jam
sedia untuk dibakar.
(#tujuan letak minyak masak untuk bagi daging lembut & juicy)
Sos Cili Ala Thai
Bahan-Bahan:
segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam
Cara Membuat:
1.Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas.
2. Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat dan perah limau nipis.
3.Perasakan dengan sedikit garam.
Sos Blackpepper Mushroom
Bahan-Bahan:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar sos lada hitam
1 kiub stok ayam
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos perapan daging
1 sudu kecil kicap pekat
1/2 cawan whipping cream- kalau takde gantikan dengan susu segar
2 cawan air (jika pekat adunan boleh tambah air mushroom dalam tin dihiris nipis)
Cara Membuat:
1.Panaskan mentega dalam periuk.
2.Masukkan tepung gandum kacau sekata dan masukkan 2 cawan air dan kacau guna whisker sehingga sebati..
3.Masukkan sos lada hitam, sos tiram, lada hitam tumbuk, stok ayam, sos perapan daging, kicap pekat dan whipping cream, kacau sekata
4.Jika adunan pekat boleh tambah sedikit air hingga dapat kepekatan yang diingini.
Alhamdulillah, bayi kembar sembilan dari Mali yang menggemparkan dunia dan kisah mereka viral pada tahun lalu selamat menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka dalam keadaan sihat baru-baru ini, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.
Menurut bapa bayi-bayi tersebut, Abdelkader Arby, isterinya, Halima Cisse juga berada dalam keadaan baik.
“Bayi-bayi itu sudah boleh merangkak. Ada antara mereka yang boleh duduk dan berjalan sambil berpaut pada sesuatu.
“Ia tidak mudah (untuk membesarkan mereka) dan kadangkala agak meletihkan. Namun, apabila melihatkan keadaan mereka yang sihat, semua kepenatan itu hilang,” katanya.
Bayi kembar sembilan itu memecahkan Guinness World Records bagi bilangan bayi yang paling ramai hidup selepas dilahirkan.
Sejurus melahirkan anak-anaknya pada 4 Mei 2021 menerusi kaedah pembedahan, Halima diterbangkan ke Maghribi oleh kerajaan Mali untuk mendapatkan penjagaan pakar.
Dilahirkan Kandungan 30 Minggu
Sembilan bayi itu yang terdiri daripada lima anak perempuan dan empat lelaki, dilahirkan ketika usia kandungan 30 minggu, demikian menurut Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby.
Berat mereka ketika dilahirkan adalah antara 500 gram hingga 1 kilogram.
Bayi lelaki bernama Mohammed VI, Oumar, Elhadji dan Bah, manakala bayi perempuan diberi nama Kadidia, Fatouma, Hawa, Adama dan Oumou.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, memang meriah dikurniakan anak-anak yang ramai ni. Meskipun penat, paling penting bayi-bayi sihat dan membesar dengan sempurna.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.