Kecantikan

Tukang Jahit Ini Ajar Cara Mudah Buat Cadar Single Berzip, Tutorial Bergambar Satu Persatu Turut Disertakan!

Share

Sarung cadar yang jenis ‘fitted’ mahupun yang berzip sangatlah diperlukan untuk lapik tilam anak-anak. Bukan apa, peringkat umur anak-anak yang sedang lasak n ni, sarung cadar jenis ini buatkan katil nampak lebih kemas dan senang diurus. Takde lah kain cadar asyik jatuh je dari katil dan buat nampak serabut. Buat cadar sendiri memang lebih puas hati.Selain boleh pilih sendiri corak kain yang disukai, mak-mak juga boleh berjimat bila buat cadar saiz single berzip untuk anak-anak ni. Ikut tutorial mudah yang tukang jahit ini tunjukkan.

Tutorial Cadar Single Berzip

Ukuran Tilam Single:
36″ x 75″

Kain yang digunakan lebih kurang 2 meter, nak selamat guna kain 2.5 meter
Bidang 92

Cara Membuat:

1.Ukur Saiz tilam:
Lebar 36″ panjang 75″ & tebal 5″ (ikut ketebalan tilam masing-masing)
Lipat 2 kain (36″+5″+1″basi untuk jahit), selepas itu potong kain tersebut.

2.Panjang tilam 75″ + tebal tilam 5″ lepas tu bahagi 2. Kemudian tambah basi 1″

(75″+5″ = 80″)
( 80″ bahagi 2 = 40″+ 1″ untuk basi jahit)
=41″ ( kain lipat 2 tau)

Ataupun nak guna kiraan yang ni pun boleh

panjang 75″ bahagi 2 =37.5″
37.5″ + 2.5″+ 1″
=41″ ( kain lipat 2 tau)

Selepas itu potong kain tersebut.

Ok..bila dah siap potong jahit bahagian tepi tu dan bawah ye.

3.Ok bila dah siap jahit tepi dan bawah.buat macam dalam gambar tu.tandakan tebal tilam, kemudian jahit, buat pada bucu kiri kanan ya.

4.Ok untuk bahagian atas, tak perlu jahit semua.kiri kanan jahit dalam 4 inci gitu, sebab kita nak letak zip. Selepas tu baru buat macam yag bucu bahagian bawah tadi,macam gambar sebelum ni.

Ni rupa bahagian atas tadi yer.

5.Ok,selepas itu,sebab kita nak buat zip tu biar dari tepi & atas….tetas semula penjahit yang tepi kita jahit mula-mula tadi tu. Kepanjangan tu ikut zip masing-masing sampai mana.Tujuannye nanti senang kita nak masuk tilam.

6.Guna zip meter, beli 2 meter. Saya guna 2 kepala supaya kalau rosak 1 kepala boleh guna kepala 1 lagi.

Lepas tu boleh pasang zip.

Ni cara saya pasang zip…klu korang ada cara sendiri pasang zip boleh guna cara sendiri.

7.Ok.bila dah siap pasang zip barulah jahit tepi.Guna mesin jahit tepi. Takde lah nanti kain jadi berambu ramba.

8.Ok siap.Selamat mencuba.

Dipersilakan untuk share, semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Sumber:Mashi Tukang Jahit Kampung

IKLAN