
Tudung Terbelit
Hanya disebabkan tudung terbelit pada role gate kunci air, seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) disahkan maut di Grand Sabak Hotel.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.35 petang sebelum mengerahkan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam ke tempat kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 56 tahun.
“Komander Operasi yang tiba di lokasi melaporkan mangsa ditemui terbaring di atas pintu kunci air berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat tudung mangsa yang terbelit pada bahagian role gate.
Petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi,” katanya menerusi kenyataan rasmi hari ini.
Menurut suami arwah, Basar, “Menantu minta saya pergi tengok isteri. Dalam keadaan mamai dan kaki kebas, saya gagahkan juga ke lokasi kejadian dengan memandu kereta. Sebaik tiba, saya naik ke kunci air dan melihat isteri sudah ‘tiada’.”
Tambahnya, arwah yang sudah berkhidmat 21 tahun sebagai penjaga pintu air ada menyatakan hasrat untuk menunaikan haji dan hanya menunggu panggilan ke Tanah Suci.
Takdir Allah, wanita ini kembali kepada Pencipta dahulu sebelu dapat ke Tanah Suci. Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian Allah dan reda dengan pemergian mangsa.
Salam takziah.
Gambar dan info: Info Kemalangan & Bencana Malaysia