Ads

Tragedi Pilu Seorang Ayah, Keluar Demi Buku Sekolah Anak Tetapi Pulang Tanpa Nyawa

seorang Ayah
seorang Ayah

Kasih seorang ayah dalam mencukupkan keperluan anak-anak dan isteri, siapa sangka waktu keluar rumah demi beli buku sekolah anak tetapi dia dijemput pulang ke negeri abadi dengan tragedi menyayat hati.

Tragedi Pilu Seorang Ayah

Tragedi Pilu Seorang Ayah, Keluar Demi Buku Sekolah Anak Tetapi Pulang Tanpa Nyawa

Hilang kata-kata untuk melontarkan kata ‘SABAR’ kepada ahli keluarga arwah yang kehilangan imamnya secara mengejut. Hanya dalam beberapa jam keluar rumah, seorang isteri dan 3 orang anak hilang bapa angkara pemandu “MABUK”.

Menerusi perkongsian Calvin Chen, ramai yang setuju dan rasa peristiwa ini agak ralat dek kerana sikap pemandu mabuk.

 

Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil. Anak sulungnya baru darjah 4. Masih di usia yang sepatutnya dibelai, dibimbing dan ditemani seorang bapa.

Keluar Demi Buku Sekolah Anak Tetapi Pulang Tanpa Nyawa

Tragedi Pilu Seorang Ayah, Keluar Demi Buku Sekolah Anak Tetapi Pulang Tanpa Nyawa

Apa yang lebih menyayat hati. Semasa kejadian berlaku, arwah keluar untuk mencari kelengkapan buku sekolah anaknya.

Ads

Seorang bapa yang menjalankan tanggungjawab. Seorang bapa yang berkorban dalam diam.
Tapi dalam sekelip mata, semuanya dirampas.

Seorang isteri hilang tempat bergantung. Tiga orang anak hilang pelindung dan seorang anak kecil mungkin akan membesar dengan satu luka yang tidak pernah sembuh. Kehilangan seorang bapa yang pergi ketika sedang berusaha untuknya.

Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang baik-baik.

Untuk “Pemandu Mabuk” Di Luar Sana

Tragedi Pilu Seorang Ayah, Keluar Demi Buku Sekolah Anak Tetapi Pulang Tanpa Nyawa

Ini bukan lagi isu kecil dan bukan sekadar “tersilap”. Ini adalah pembunuhan yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab.

Ads

Berapa ramai lagi perlu jadi mangsa? Berapa banyak keluarga perlu jadi mangsa baru kamu sedar?

Kamu pilih untuk minum. Kamu yang pilih untuk memandu. Akhirnya orang lain yang hilang nyawa.

Kalau tidak mampu kawal diri, jangan jadi ancaman di jalan raya. Jangan jadikan alasan “tidak sengaja” untuk menutup kesalahan yang jelas berpunca daripada pilihan sendiri.
Setiap kali kamu memandu dalam keadaan mabuk, kamu bukan sekadar melanggar undang-undang. Tapi kamu sedang mempertaruhkan nyawa orang lain.

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas dan tidak berkompromi.
Cadangan yang perlu dipertimbangkan.

Tragedi Pilu Seorang Ayah, Keluar Demi Buku Sekolah Anak Tetapi Pulang Tanpa Nyawa

  1. Hukuman penjara mandatori tanpa kompromi bagi kes memandu mabuk yang menyebabkan kematian. Bukan sekadar denda atau hukuman ringan. Tapi hukuman setimpal dengan nyawa yang telah hilang.

2. Larangan memandu seumur hidup bagi pesalah berat. Kalau sudah terbukti membahayakan orang lain, orang itu tidak layak lagi berada di jalan raya.

Ads

3. Denda yang jauh lebih berat daripada hukuman yang sedia ada sehingga benar-benar memberi kesan. Bukan sekadar angka, tetapi satu pengajaran yang tidak akan dilupakan.

4. Rekod jenayah yang berat tanpa mudah dipadam. Supaya kesalahan ini tidak dipandang remeh dan memberi kesan jangka panjang kepada pesalah.

5. Operasi dan sekatan jalan raya lebih kerap, khususnya waktu malam dan musim perayaan. Pencegahan lebih baik daripada menunggu tragedi berlaku.

6. Kempen kesedaran yang lebih agresif dan realistik. Tunjukkan kesan sebenar bukan sekadar statistik, tetapi kisah keluarga yang jadi mangsa.

Ini bukan soal menghukum semata-mata. Ini soal melindungi nyawa yang tidak berdosa.
Sama-sama kita doakan semoga keluarga mangsa diberi kekuatan melalui semua ini.

Mungkin tidak mampu kembalikan yang telah pergi. Tapi kita masih boleh jadi sebab mereka terus kuat untuk bangkit.

Gambar: hisyam buyong

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Syed Saddiq

Tak Pernah Ucap “I LOVE YOU” Kepada Wanita, Presiden BASS Bocor...

Ramai yang teruja dengan khabar pertunagan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,34, bersama Bella Astillah.