Seorang pelajar perempuan yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kuala Klawang pada Sabtu, dalam satu kejadian yang kini disahkan sebagai kes mati mengejut oleh pihak polis.
Polis Terima Laporan Pelajar SPM Meninggal Dunia
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sekitar jam 11.50 malam, kaunter aduan Balai Polis Kuala Klawang menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu memaklumkan mengenai kejadian membabitkan remaja perempuan berusia 17 tahun itu.
Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan seorang pelajar sekolah dan telah dijumpai tidak sedarkan diri di dalam bilik pertama rumah teres setingkat milik keluarganya.
Tiada Unsur Jenayah Dikesan Dalam Kes Mati Mengejut
“Rumah tersebut merupakan kediaman keluarga dan si mati telah mengunci pintu bilik dari dalam,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah. Selain itu, tiada kesan geledah mahupun kehilangan barang peribadi milik mangsa ditemui di lokasi kejadian.
Bedah Siasat Sahkan Kes Mati Mengejut
“Pada Ahad sekitar jam 10 pagi, prosedur bedah siasat telah dijalankan di Hospital Jelebu. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelas beliau.
Ads
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung pelajar SPM meninggal dunia di Kuala Klawang ini, bagi mengelakkan kegusaran awam serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Nasihat Polis Kepada Orang Ramai
Pihak polis menggesa masyarakat untuk menghormati privasi keluarga mangsa serta menunggu maklumat rasmi sekiranya terdapat perkembangan lanjut dalam kes mati mengejut pelajar SPM ini.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Wang RM30,000 lesap dari Tabung Haji, pesara menangis akaun cuma berbaki RM1800. Bukan mudah mencari wang hari ini namun saat kehilangan wang yang disimpan di dalam bank, ia satu perasaan yang cukup menghampakan. Tambahan wang itu ingin digunakan untuk menunaikan umrah.
Hasrat bekas pegawai kanan kerajaan bersama suami ingin mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan tidak kesampaian apabila wang lebih RM30,000 yang disimpan dalam akaun Tabung Haji didakwa lesap baru-baru ini.
Wang RM30,000 Lesap Dari Tabung Haji
Jabidah menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan wang simpanannya. – Foto ihsan NSTP/ Mohd Roji Kawi
Air mata Datuk Jabidah Monseri, 66, menitis apabila mengetahui wang yang dimasukkan ke akaun Tabung Haji secara dalam talian disyaki telah dipindah ke akaun milik orang lain serta dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak 2018.
Memetik laporan Sinar Harian, jelas pesara ini, dia menyedari perkara itu pada 30 November tahun lalu selepas terjumpa semula buku akaun simpanan Tabung Haji ketika mengemas rumah.
“Saya jarang mengemas dan buku itu terjatuh dari almari. Saya fikir adalah dalam RM30,000 lebih dan saya beritahu suami, kita pergilah Tabung Haji boleh kita pergi buat umrah.
Pesara Menangis Akaun Cuma Berbaki RM1800
“Selepas buat semakan, saya hampir pengsan dan menitis air mata kerana akaun saya hanya berbaki kira-kira RM1,800,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Jabidah berkata, dia dimaklumkan bahawa ada menggunakan kad ATM memandangkan gajinya sebelum ini dimasukkan ke dalam sebuah bank.
“Saya memang ada guna akaun Tabung Haji untuk masukkan wang anak-anak setiap bulan. Cuma saya silap sepatutnya selepas saya bersara, saya patut tutup akaun tersebut, tetapi manalah saya tahu.
“Tabung Haji ada menyarankan saya buat laporan polis dan saya ada buat pada Disember 2023 namun tidak ada apa-apa tindakan sehingga perkara ini didedahkan barulah saya mendapat panggilan telefon daripada pihak polis,” katanya.
Susulan daripada itu, Jabidah berkata, dia diminta membuat laporan polis sekali lagi di Balai Polis Sungai Maong, di sini.
“Saya diminta datang ke balai polis berkaitan kes tersebut dan membuat laporan semalam. Saya maklumkan juga saya tidak pernah kehilangan kad ATM malah tiada sesiapa tahu nombor pin keselamatan saya termasuk suami.
“Jadi pihak polis memaklumkan akan menjalankan siasatan termasuk akan mendapatkan maklumat daripada pihak bank dan Tabung Haji,” katanya.
Sebelum itu, Jabidah memaklumkan hasil semakan pada penyata terperinci akaunnya mendapati wang simpanannya itu dikeluarkan menerusi 30 transaksi bermula 26 Februari 2018.
“Daripada apa yang saya lihat transaksi tersebut, saya hairan pada hari yang saya masukkan wang pada hari itu juga wang saya RM12,000 dikeluarkan,” katanya.
Selain itu, hasil pemeriksaannya mendapati tujuh transaksi dibuat menerusi pemindahan dari Tabung Haji ke beberapa akaun bank manakala 23 lagi menerusi pengeluaran menggunakan mesin ATM.
Pemindahan pertama ke akaun bank pada 26 Februari 2018 berjumlah RM10,000 dan pada tarikh sama, satu pengeluaran sebanyak RM1,000 dibuat menggunakan kad ATM.
Selepas itu, enam lagi pemindahan dari Tabung Haji ke akaun bank dibuat pada 11 Mac 2018 (RM5,000), 7 Mei 2018 (RM6,000), 21 Mei 2018 (RM5,000), 30 Mei 2018 (RM4,000), 27 Jun 2018 (RM3,500) dan 1 Januari 2019 (RM5,000).
Pengeluaran menggunakan mesin ATM pula bermula 26 Februari 2018 dan berlarutan sebanyak 23 transaksi sehingga 21 Januari 2020 dengan setiap pengeluaran antara RM1,000 hingga RM1,500.
Jabidah berharap kejadian itu mendapat perhatian pihak berkaitan dan Tabung Haji dapat mempertimbangkan untuk bertanggungjawab mengenai kehilangan wangnya itu.
“Ia bukan angkara scammer, malah kad ATM saya juga tidak hilang. Jadi Tabung Haji perlu bertanggungjawab mengenainya,” katanya.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pecah ‘Tradisi’ Susur Galur Keluarga, Akhirnya Dapat Waris Perempuan Selepas 138 Tahun Menanti. Sebenarnya tak kiralah anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah amanah dan anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga.
Namun siapa sangka, setelah berderet melahirkan anak lelaki, penantian untuk mendapat waris anak perempuan diperkenankan hanya selepas 138 tahun menanti.
Sepasang suami isteri di negeri Michigan, Amerika Syarikat memecahkan ‘tradisi’ susur galur keluarga apabila menyambut kelahiran bayi perempuan pertama selepas 138 tahun, lapor laman berita Indian Express kelmarin.
Pasangan tersebut, Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac lalu.
Tak Pernah Dikurniakan Anak Perempuan
Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.
Bercakap kepada program bual bicara Good Morning America, Carolyn berkata:
“Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.”
Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki.
Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.
Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark.
Mingguan Wanita: Siapa sangka, rezeki dapat waris perempuan dalam keluarga besar selepas 138 tahun menanti. Pasti bayi comel ini dilayan istimewa dalam keluarga.
Pelakon cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini baik dari zaman anak dara sampailah dah ada anak-anak bujang, penjagaan diri nya tetap tip top. Waima nak pergi dapur pun Che Ta mantain cantik. Sebab itulah, Che Ta siap beri pesanan pada isteri-isteri terutama yang dah lama kahwin itu.
Tak pernah lagi lah nampak Che Ta keluar surat khabar atau media sosial dengan muka sememeh tak siap.
Walau pun dah lama bergelar isteri, jangan sampai tak ambil berat penjagaan diri. Penjagaan diri ini adalah pelaburan jangka panjang untuk wanita.
Kongsi Che Ta,
“Wanita kalau dah lama kawen jangan abaikan penjagaan diri. Jangan qasa ermmh tak dak sapa nak tengok. Jaga qigi ni untuk pelaburan jangka panjang. Time PKP ni lah masa untuk melawa.. laki pun kena PKP jugak.”
Penjagaan Diri Ini Pelaburan Jangka Panjang
Bila difikir-fikir, banyak betulnya apa yang Che Ta cakap ni. Bukan saja berhias, bercantik-cantik untuk suami. Mak-mak pun kenalah jaga diri dan pastikan diri sihat untuk anak-anak.
Banyak urusan rumah terutama dapur, mak-mak juga yang kontrol semua itu.
Kalau asyik sakit, lenguh sana sini maka banyak jugalah kerja-kerja yang terbengkalai.
Bila sihat tubuh badan, boleh juga mengundang keceriaan pada seisi keluarga.
Bukan ke mak-mak ini penyeri sebuah rumah.
Cuba bayangkan rumah bila mak-mak keluar misal kata gi kenduri atau ke rumah saudara,
tak ada dua tiga hari.
Rasa suram je.
Bukan je anak-anak suram ketiadaan mak, ayah pun suram sama.
3 generasi; cantik sedondon.
Jadi, mak-mak nak makesure diri itu sentiasa sihat dan cergas, kenalah amalkan gaya hidup sihat,
ambil pemakanan yang seimbang, lebihkan buah dan sayuran dalam masakan.
Fikiran pun kena sentiasa positif, tenang lagi bahagia.
Tak yah sibuk-sibuk dengan hal jiran tetangga tu.
Fokus saja untuk pembangunan diri dan keluarga.
Suami pun kenalah sama beri support pada isteri ya.
Taklah nanti isteri tu usaha sorang-sorang nak jaga diri,
suami buat-buat lupa nak support.
Sweet Che Ta Sedondon Anak Beranak
Beza umur Che Ta dengan suaminya, Zain Saidin pun bukannya dekat. Hampir 12 tahun juga. Tetap Che Ta bahagia dengan pasangannya. Malah, sesekali Zain beri kejutan pula dekat Che Ta.
Misalnya, datang ke set pengambaran yang Che Ta berlakon. Sweet kan. Datang pulak dengan baju sedondon. Memang Che Ta jaga betul penampilan bukan saja diri, malah anak-anak pun. Nampak sedondon saja. Ketika hadir ke majlis-majlis pun sama sedondon. Kalau Che Ta berbaju warna biru, nanti satu keluarga sama biru.
Begitulah Che Ta menjaga penampilannya pada umum.
Yang rindukan lakonan Che Ta, sekarang ini Che Ta berlakon dalam drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’. Ada Naim Daniel dan Ismail Izzani dalam drama itu. Lebih istimewa, Cik B anak Datuk Seri Vida pun berlakon sama.
MW :Ada tak geng mak-mak yang jenis gi memana satu famili mesti nak pakai sedondon.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.