Tragedi Lemas Di Sungai Linggi, Mahkamah Tinggi Syariah Sahkan Dua Beradik Beragama Islam

Share

Tragedi lemas di Sungai Linggi, Mahkamah Tinggi Syariah sahkan dua beradik beragama Islam. ‘Misteri’ mengenai status agama dua beradik yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas minggu lalu akhirnya terjawab. Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada Selasa mengesahkan kedua-dua kanak-kanak tersebut beragama Islam.

Tragedi Lemas Di Sungai Linggi, Mahkamah Tinggi Syariah Sahkan Dua Beradik Beragama Islam

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, pengesahan itu dibuat dalam satu prosiding pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

“Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa kedua-dua mangsa adalah beragama Islam dan diperintahkan dikebumikan mengikut cara Islam.

“Jadi, pengebumian mangsa akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kredit foto: Berita Harian

Beliau turut menjelaskan bahawa waris telah memberi kuasa kepada JHEAINS untuk menguruskan tuntutan jenazah.

Sebelum ini, laporan menyebut JHEAINS mengambil tanggungjawab menguruskan jenazah selepas timbul persoalan mengenai status agama kanak-kanak terbabit.

Menurut Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, pihaknya menerima permohonan rasmi daripada polis untuk menyemak status agama kedua-dua beradik itu kerana nama mereka dalam dokumen peribadi adalah nama masyarakat Cina.

Kredit foto: Sinar Harian

“Kita dah buat semakan berkenaan status agama dua beradik itu selepas bapanya memaklumkan anaknya telah diislamkan di Kelantan.

“Namun semakan dengan Jabatan Agama Islam Kelantan mendapati tiada rekod bahawa dua beradik itu telah diislamkan, begitu juga di JHEAINS,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa agama hanya bergantung kepada pengakuan bapa kanak-kanak itu mengenai pengislaman anak-anaknya, dan lelaki tersebut telah membuat pengakuan bertulis kepada polis.

Difahamkan, dua beradik berusia enam dan lapan tahun berkenaan lemas selepas kenderaan yang mereka naiki bersama bapa dan seorang wanita menggelongsor ke dalam sungai. Sewaktu kejadian, kereta itu diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan sementara bapa mereka keluar untuk merokok.

Sumber: Sinar Harian dan Berita Harian 

Artikel lain: Status Agama Dua Beradik Lemas Belum Dikenalpasti Suspek Dakwa Sudah Diislamkan Di Kelantan Tapi…

Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang

NGO Tawar Diri Urus Jenazah Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi Secara Percuma

 

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

 

 

Published by
Has