“Saya reda, cuma saya tak mahu orang buat andaian dengan apa yang berlaku kerana orang tak berada di tempat kami.”

Itulah luahan penuh hiba Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, selepas kehilangan suaminya yang ditemukan lemas tidak lama selepas dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu. Kejadian tragis itu meninggalkan pelbagai persoalan, namun bagi Nurul Natasha, hanya mereka yang melalui saat itu sahaja memahami apa yang sebenarnya berlaku.

Tragedi Jambatan Pulau Pinang – Isteri Reda Pemergian Suami: “Saya Tak Mahu Orang Buat Andaian”

Isteri Dedah Suami Alami Gangguan Sebelum Tragedi Jambatan Pulau Pinang

Menurutnya, suaminya Elmi Nu Zamani Aizat Abdul Azim, 25, sudah beberapa kali menunjukkan perubahan ketara seakan-akan mengalami gangguan yang tidak dapat dijelaskan. Arwah pernah mengadu seolah-olah dikejar oleh ramai individu yang tidak wujud, membuatkan keluarga semakin risau.

Wanita itu turut menceritakan insiden beberapa minggu lalu ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Suaminya secara tiba-tiba mengalami sakit kepala yang kuat sehingga memaksa mereka berhenti di R&R Sungai Perak. Keadaan semakin cemas apabila arwah mula meracau.

Tragedi Jambatan Pulau Pinang – Isteri Reda Pemergian Suami: “Saya Tak Mahu Orang Buat Andaian”

“Lama juga kami berhenti di R&R sehingga ambulans terpaksa ambil dia dan bawa ke Hospital Taiping. Doktor hendak beri dia ubat penenang dan cakap nak tahan dia di hospital, tapi saya cakap tak nak kerana kami ada anak kecil, biar kami sambung rawatan di Hospital Seberang Jaya sahaja,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang pada Selasa.

Ads

Pindah Ke Rumah Ibu Seminggu Sebelum Kejadian

Disebabkan keadaannya yang semakin membimbangkan, pasangan itu memutuskan untuk berpindah dari rumah sewa di Padang Serai, Kedah ke rumah ibunya di Bertam seminggu sebelum kejadian. Jelas Nurul Natasha, hubungan mereka baik dan tidak pernah berdepan masalah rumah tangga. Malah, mereka juga sudah beberapa kali mendapatkan rawatan Islam sebelum ini.

Tragedi Jambatan Pulau Pinang – Isteri Reda Pemergian Suami: “Saya Tak Mahu Orang Buat Andaian”

Detik Cemas Terima Berita Suami Terjatuh Dari Jambatan

Mengenang detik pada Ahad lalu, dia berkata dirinya tergamam apabila dimaklumkan bahawa suaminya terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang. Pihak polis menghubunginya sekitar jam 8 malam untuk menyampaikan berita mengejutkan itu.

“Saya memang tak percaya pada awalnya. Dia keluar pun sebab katanya nak ke kedai dobi. Saya tak syak apa-apa sebab memang selalu dia cuci pakaian sendiri. Malah sebelum keluar, dia beritahu saya dia mahu solat taubat. Kalau saya tahu akan jadi macam ini, saya tak bagi dia keluar. Kami pun tak pernah cerita hal rumah tangga dengan sesiapa,” katanya lagi.

Ads

Tragedi Jambatan Pulau Pinang – Isteri Reda Pemergian Suami: “Saya Tak Mahu Orang Buat Andaian”

Mayat Ditemui Selepas Dua Hari Operasi SAR

Sebelum ini, laporan memaklumkan bahawa seorang lelaki dilihat terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di KM 2.8 arah pulau ke tanah besar. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi keselamatan dijalankan hampir dua hari sebelum mayat lelaki itu ditemukan terapung berhampiran jeti pelayaran di Pengkalan Weld pada jam 9.35 pagi Isnin, kira-kira 8 kilometer dari lokasi kejadian.

Tragedi Jambatan Pulau Pinang – Isteri Reda Pemergian Suami: “Saya Tak Mahu Orang Buat Andaian”

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 6.56 petang yang melihat insiden tersebut.

Ads

Tragedi Jambatan Pulau Pinang – Isteri Reda Pemergian Suami: “Saya Tak Mahu Orang Buat Andaian”

Tragedi Jambatan Pulau Pinang ini meninggalkan kesan mendalam buat keluarga arwah, khususnya buat Nurul Natasha yang kini perlu membesarkan anak kecil mereka dengan penuh ketabahan.

Sumber: Sinar Haria dan Sinar Harian 1

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI