Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang. Proses bedah siasat dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi dilakukan di Hospital Port Dickson (HPD).
Difahamkan proses tersebut bermula jam 3 petang, namun sehingga jam 4.15 petang tiada ahli keluarga atau waris mangsa di sekitar Unit Forensik HPD.
Malah suasana di lokasi berkenaan juga kelihatan lengang dan hanya beberapa pengamal media yang ada.
Tidak dapat dipastikan tempoh proses bedah siasat dilakukan dan siapa waris yang akan menuntut dua kanak-kanak itu.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, polis sedang mengesan ibu kandung kepada dua kanak-kanak terbabit.
Ini kerana, wanita berusia 41 tahun yang turut berada dalam kenderaan bersama dua beradik terbabit ketika kejadian pada Khamis adalah teman wanita kepada bapa mangsa.
Sebelum ini Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun dan wanita berusia 41 tahun ditahan selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian terbabit.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Sumber: Sinar Harian
Artikel lain: Kes Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi: Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE