Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang. Proses bedah siasat dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi dilakukan di Hospital Port Dickson (HPD).
Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang
Difahamkan proses tersebut bermula jam 3 petang, namun sehingga jam 4.15 petang tiada ahli keluarga atau waris mangsa di sekitar Unit Forensik HPD.
Malah suasana di lokasi berkenaan juga kelihatan lengang dan hanya beberapa pengamal media yang ada.
Suasana lengang di Unit Forensik dan bilik mayat HPD bagi proses bedah siasat dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi. Kredit foto: Sinar Harian
Tidak dapat dipastikan tempoh proses bedah siasat dilakukan dan siapa waris yang akan menuntut dua kanak-kanak itu.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, polis sedang mengesan ibu kandung kepada dua kanak-kanak terbabit.
Ads
Suasana lengang di Unit Forensik dan bilik mayat HPD. Kredit foto: Sinar Harian
Ini kerana, wanita berusia 41 tahun yang turut berada dalam kenderaan bersama dua beradik terbabit ketika kejadian pada Khamis adalah teman wanita kepada bapa mangsa.
Sebelum ini Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun dan wanita berusia 41 tahun ditahan selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian terbabit.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Hati ibu luluh anak diseret depan mata, keluarga belum terima sebarang tebusan. Sejak semalam tular videorakaman ala mafia tindakan sekumpulan lima lelaki yang mengacukan pistol dan pisau rambo sebelum melarikan seorang agen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim.
Ternyata, tindakan gangster ini menarik perhatian ramai kerana peristiwa sebegini tidak pernah terjadi ditambah tidak diketahui motif penculikan dilakukan kerana keluarga belum menerima sebarang tebusan hingga saat ini (berita ditulis).
Dalam pada itu, insiden menakutkan yang berlaku di depan mata ibunya, Zahasnah Mohd Zain memberikan trauma dan kerisauan akan nasib anaknya yang tidak diketahui.
Memetik Harian Metro, jelas hatinya luluh selepas melihat anak diseret di depan mata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak diketahui.”
Demikian luahan Zahasnah Mohd Zain, 75, iaitu ibu kepada ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang dipercayai dilarikan beberapa lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang semalam.
Azi diseret hingga tidak sempat memakai tudung sebelum dilarikan. Dipercayai mangsa sudah berada di Thailand berikutan kenderaan dinaikinya ditemui di tebing sempadan itu.
Zahasnah berkata, sehingga kini mereka sekeluarga masih masih trauma dengan apa yang berlaku dan terngiang-ngiang lagi suara anaknya yang meminta tolong ketika diheret sekumpulan lelaki itu.
“Makcik tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana sehingga kini kami sekeluarga tidak menerima sebarang panggilan sama ada mahu meminta wang tebusan ke apa. Makcik sekarang terlalu sedih mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak mendapat sebarang khabar berita.
“Makcik hanya mampu berdoa supaya Rosnazirah ditemui selamat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.
Menceritakan kejadian yang berlaku jam 5.10 petang semalam, Zahasnah berkata, dia baru selesai solat Asar sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertanyakan anaknya.
“Suami terus memanggil anak yang ketika itu berada di dapur dan secara tiba-tiba Rosnazirah diheret tanpa sempat memakai selipar atau tudung.
“Pakcik (suami) sempat bergelut beberapa minit walaupun lelaki itu mengeluarkan pisau, namun pakcik terpaksa mengalah sebaik lelaki itu mengeluarkan pistol sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.
“Ketika itu ramai yang menyaksikan kejadian itu termasuk anak Rosnazirah yang menangis meminta pertolongan, namun tiada siapa yang berani mengenangkan lelaki itu mempunyai pistol.
“Ketika kejadian, terdapat lima lelaki semuanya iaitu seorang menunggang motosikal manakala empat lagi menaiki kereta.
“Sebelum kejadian saya perasan sebuah motosikal lalu lalang di kawasan rumah, mungkin dia datang memantau,” katanya.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Syarafi, 26, berharap kakaknya ditemui selamat dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.
Katanya, kakaknya bekerja sebagai ejen produk kosmetik sejak tiga tahun lalu dan dia serta keluarga tidak pernah dimaklumkan sama ada kakak ada berhutang atau sebaliknya.
“Kami sekeluarga akan mengadakan solat hajat dan besar harapan kami kakak dibebaskan dan pulang dengan selamat,” katanya.
Dalam kejadian petang semalam, Rosnazirah dikatakan dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam tadi.
UP DATE TERKINI :- Perselisihan antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.
Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan.
“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.
“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Tak kisahlah apa yang orang kata, suka atau tidak tapi seorang isteri akan sentiasa berada di belakang suami. Isteri sentiasa menang di hati suami.
Mungkin inilah yang boleh dikatakan pada Nori Abdullah, isteri kesayangan KJ. Boleh dikatakan, tak banyak cerita mengenai Nori Abdullah ini, walaupun suaminya adalah seorang yang cukup disukai rakyat kerana seorang pemimpin yang cukup tegas dan berani berkata-kata.
Kita lupa tentang tulang belakang KJ seorang pandai bawa diri, bijak dan seudah tentu anak kepada bekas Perdana Menteri kita sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Siapakah wanita hebat yang berjaya menawan hati dan tulang belakang KJ ini?
Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya. Begitulah kekuatan figura wanita bernama Nori Abdullah kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ).
.
Nori Tun Abdullah tidak perlu dikenalkan lagi. Wanita berketurunan Arab-Cina-Jepun-Melayu itu adalah anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005.
KJ dan Nori berkahwin pada 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, 15, Timor Abdullah, 14, dan Raif Averroes, 7.
.
Menjadi tulang belakang kepada perjuangan suami, Nori turut sama turun padang berkempen sempena pilihan raya yang bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh
.
Memetik laporan sinar harian, nori kelihatan tidak kekok bergaul dengan masyarakat biarpun statusnya sebagai anak kepada bekas perdana menteri. Beliau bijak membawa diri.
Difahamkan ketika KJ berada di dalam restoran dengan para pemimpin komuniti, Nori berada di luar restoran untuk berbual-bual mesra dengan orang ramai yang tidak dapat masuk ke restoran yang agak sempit.
Nori juga ibu yang penyayang dan prihatin akan keperluan permata hatinya. Malah beliau tidak berselindung tentang anak keduanya, Timor yang menghidap autisme.
Wanita berusia 46 tahun itu tidak pernah lelah mendidik dan memberikan perhatian buat anak istimewanya.
.
“Apabila Timor meltdown, saya dan suami kena pastikan kami yang bersedia dulu. Kalau dia meltdown kami tidak boleh terpengaruh sama. Tapi, iyalah kadang-kadang beliau meltdown, kita pun boleh terikut sama.
“Sebaik-baiknya dalam keadaan beliau sudah terlalu sedih, mengamuk atau sudah tidak tahan dengan rangsangan berlebihan, kita (ibu bapa) perlu tenang untuk memberi masa beliau tenteramkan diri sendiri atau dalam kata lain meluahkan perasaan dalam keadaan yang selamat,” katanya dalam temu ramah bersama Nona beberapa tahun lalu.
.
.
Tidak pernah dihimpit kontroversi, Nori yang kita kenali sangat sederhana tetapi sebenarnya mempunyai pencapaian yang mengagumkan. Antara info suri hati bekas Menteri Kesihatan Malaysia ini:
1. Nori dilahirkan pada 24 Julai 1974.
2. Mempunyai kelulusan akademik dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat.
3. Beliau memulakan kerjayanya di Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia pada tahun 1999.
4. Pada tahun 2003, beliau menyertai Noordin Sopiee & Associates (NSA) yang menjalankan penyelidikan dan analisa politik hal ehwal semasa. Di NSA, Nori bermula sebagai timbalan editor dan kemudian dilantik sebagai editor pada tahun 2004.
5. Selepas Tan Sri Dr Noordin Sopiee meninggal dunia, Nori berkhidmat sebagai Pengarah Esekutif di NSA.
6. Nori juga merupakan ahli pengasas Puteri UMNO, sayap wanita remaja UMNO.
7. Beliau merupakan ahli kepada Majlis Esekutif pergerakan tersebut bagi penggal 2002-2004.
8. Nori meyambung kesinambungan sebagai Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang diasaskan ibunya pada tahun 2000.
.
Mingguan Wanita : Insya Allah, suatu hari nanti KJ dapat menjadi PM Malaysia untuk kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia….luaskan kuasamu.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seronok tengok gambar sup daging yang dikongsi di laman sosial musim Raya Haji ini, tetapi AWAS ya! Sedap macam mana pun makan sup, tolonglah beringat lemak-lemak daging ini boleh memudaratkan kesihatan.
Jadi nak elak daripada penyakit singgah dan saiz badan makan membesar, mak-mak boleh guna tip yang dikongsi oleh Puan Hani Mynis.
Cara buang lemak dalam sup daging
Rasanya musim-musim raya haji ni menu sup tulang sup daging memang wajib ada. Hari ini pun Alhamdulillah ibu buatkan sup tulang.
Alang-alang tu meh hani kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup tu. Ibu pula sporting nak tolong hani buat tutorial ni.
So here we go, cara paling mudah nak buang lemak/ minyak kat sup tulang/daging. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ni.
✅Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel
✅Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit gitu dah memadai)
✅Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukan nye panas-panas) secara membulat (macam dalam video)
✅Buang hasil minyak yang membeku. Siap.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi: Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung. Polis menahan reman bapa kepada dua kanak-kanak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas pada Khamis lalu. Turut direman ialah teman wanitanya yang juga berada di lokasi ketika insiden berlaku.