“Jalan-jalan di tamu TuaranSilik-silik baju tradisi Unduk NgadauTidak sabar mau tunggu Tadau KaamatanRamai sumandak sumandak sibuk menunggu”…

Bulan Mei di Sabah tidak seperti bulan-bulan biasa. Di negeri bawah bayu ini, Mei adalah bulan yang menyatukan jiwa-jiwa Borneo dalam satu perayaan paling agung iaitu Pesta Kaamatan.

Tourism Sabah Ajak Rakyat Malaysia Rasai Keajaiban Pesta Kaamatan

Tourism Sabah mengajak orang ramai untuk menyelami keajaiban pesta ini, di mana warisan budaya dipersembahkan penuh jiwa dan semangat yang tulus. Pesta Kaamatan saji pelbagai budaya & keunikan Sabah.

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Hongkod Koisaan Cultural Unity Centre Penampang merupakan lokasi utama sambutan Pesta Kaamatan. Setiap tahun, KDCA membuka pintunya kepada pengunjung dan menjemput semua untuk berkongsi kegembiraan, perpaduan dan tradisi pesta Kaamatan yang diraikan pada 30 dan 31 Mei.

Sepanjang dua hari cuti umum ini, sambutan Kaamatan di Kota Kinabalu dan kampung-kampung di seluruh negeri mencapai kemuncaknya sekaligus menarik kedatangan penduduk tempatan, warga perantau Sabah dan pengunjung dari semua lapisan masyarakat.

Bukan Sekadar Upacara Menuai Padi

Bagi masyarakat Kadazandusun dan Murut, Kaamatan bukan sekadar upacara menuai padi, tapi sebuah lambang syukur dan cinta kepada bumi yang memberi kehidupan.

Tourism Sabah Ajak Rakyat Malaysia Rasai Keajaiban Pesta Kaamatan

Menerusi pesta tersebut, pengunjung dapat menyaksikan upacara tradisional yang dikendalikan oleh Bobohizan, pendeta wanita yang memimpin ritual menghormati ‘semangat padi’ atau Bambarayon di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Hongkod Koisaan Cultural Unity Centre Penampang iaitu tempat utama sambutan berlangsung.

Ads

Tourism Sabah Ajak Rakyat Malaysia Rasai Keajaiban Pesta Kaamatan

Setiap nyanyian dan gerak isyarat membawa makna mendalam, menghubungkan manusia dengan alam dan tradisi turun-temurun. Pesta Kaamatan sambutan penuh kemeriahan.

Selain itu, persembahan tarian seperti Sumazau, Maragang dan Mongigol menyemarakkan suasana dengan keindahan budaya setiap suku kaum Sabah.

Tourism Sabah Ajak Rakyat Malaysia Rasai Keajaiban Pesta Kaamatan

Keunikan Unduk Ngadau

Keunikan ini terus dipertontonkan dalam pertandingan Unduk Ngadau yang bukan hanya memaparkan kecantikan, tetapi juga kebijaksanaan dan kecintaan terhadap warisan budaya.Pelbagai aktiviti, interaksi, makanan tradisional dan hasil seni.

Tourism Sabah Ajak Rakyat Malaysia Rasai Keajaiban Pesta Kaamatan

Ads

Suasana bertambah meriah dengan pertandingan nyanyian Sugandoi, di mana suara-suara terbaik Sabah bersaing dalam bahasa ibunda mereka.

Hidangan Etnik Pembuka Selera

Semasa Kaamatan, suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran peniaga tempatan yang menawarkan pelbagai hidangan etnik istimewa serta buah-buahan bermusim yang segar, memperlihatkan kekayaan kulinari dan sumber makanan Sabah.

Tourism Sabah Ajak Rakyat Malaysia Rasai Keajaiban Pesta Kaamatan

Antara sajian yang wajib dicuba ialah hinava (kerabu ikan mentah), bosou (ikan atau daging yang diperam secara tradisional), serta linopot (nasi yang dibalut daun).  Untuk pencuci mulut, hidangan manis seperti hinompuka – kuih beras pulut kukus yang lembut, dan penyaram yang rangup pasti menambah pengalaman pesta kaamatan.

Tourism Sabah Ajak Rakyat Malaysia Rasai Keajaiban Pesta Kaamatan

Ads

Tamu Kaamatan pula menjadi pusat aktiviti dan interaksi, menawarkan pelbagai kraf tangan dan juadah tradisional seperti hinava, bosou dan linopot, memberi peluang kepada pengunjung menikmati rasa asli Sabah.

Bulan Mei di Sabah membawa satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan iaitu Pesta Kaamatan, perayaan terbesar dan terpenting masyarakat Kadazandusun dan Murut.

Panduan Untuk Pelawat

Di sebalik pemandangan dan kemeriahan bunyi-bunyian, kemesraan orang ramai lah yang benar-benar menjadikan Kaamatan begitu istimewa dan sukar dilupakan. Rakyat Sabah terkenal dengan sikap mesra mereka, sentiasa mengalukan pengunjung untuk bersama-sama meraikan perayaan Kaamatan dengan penuh rasa syukur. Bagi anda yang ingin menikmati sambutan Kaamatan dengan lebih selesa, berikut adalah beberapa panduan berguna:

  1. Rancang Logistik Awal

Semasa musim Kaamatan, penginapan dan pengangkutan terutama di sekitar KDCA dan Kota Kinabalu sering habis ditempah. Oleh itu, anda sebaiknya membuat tempahan hotel atau homestay dengan lebih awal. Untuk kemudahan akses ke festival, anda juga boleh pertimbangkan untuk menginap di kawasan Penampang yang berdekatan dengan perkarangan KDCA.

  • Mengunjungi Kota Kinabalu/Penampang

Bersiar-siar di Kota Kinabalu dan Penampang semasa Kaamatan biasanya mudah, tetapi boleh menjadi sesak terutama pada waktu kemuncak. Aplikasi e-hailing seperti Grab, Maxim, dan AirAsia Move sangat popular kerana dapat membantu mengelakkan masalah tempat letak kereta. Namun, perkhidmatan ini sering mendapat permintaan tinggi terutamanya pada waktu puncak. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda dengan lebih awal untuk mengelakkan kelewatan. Selain itu, berkongsi kereta bersama keluarga atau rakan juga merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ramai pengendali pelancongan turut menawarkan pakej lawatan sehari termasuk pengangkutan, lawatan berpandu, dan akses eksklusif kepada tarikan budaya, sesuai untuk pelawat kali pertama atau mereka yang mahu merasai pengalaman lebih mendalam semasa Kaamatan.

  • Etika Pakaian & Tatasusila

Pastikan anda berpakaian sopan dan selesa. Namun jangan berasa segan untuk memakai pakaian tradisional! Pakaian tradisional selalunya menjadi pilihan dan menjadi kebanggaan ramai yang membangkitkan lagi semangat perayaan. Pastikan juga anda menghormati dan menghargai setiap hidangan serta menjaga peralatan ritual dengan berhati-hati, kerana pembaziran makanan dianggap sebagai satu penghinaan kepada semangat Bambarayon. Semasa upacara berlangsung pula, tumpukan perhatian kepada arahan pemandu acara kerana mereka akan membimbing anda agar dapat menyertai keseronokan dengan cara yang betul!

  • Sertai Keseronokan

Jangan malu untuk mencuba kemahiran anda dalam permainan tradisional atau sertai persembahan tarian. Penduduk tempatan sentiasa mengalu-alukan penyertaan daripada pengunjung dan bersedia membimbing tetamu. Jangan lepaskan peluang menyaksikan pertandingan akhir Sugandoi, di mana suara-suara terbaik Sabah bersaing sekaligus merayakan tradisi lagu dan bahasa asli Sabah. Sambil menikmati suasana, jangan lupa untuk mencuba pelbagai juadah tradisi kerana pesta Kaamatan adalah pesta visual dan deria!

Jomlah datang ke Sabah dan rasai sendiri keajaiban Pesta Kaamatan sekaligus membawa pulang kenangan penuh makna dari warisan budaya yang hidup dan berjiwa ini.

Maklumat lanjut di www.sabahtourism.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI