Tak salah sayangkan suami, namun berpada-pada jangan sampai memakan diri sendiri. Pesanan buat wanita yang bergelar isteri di luar sana, tolonglah sayang diri sendiri lebih daripada suami, berlaku sesuatu lakukan tindakan ini.
Jangan hanya berserah pada Allah, pastikan keselamatan mak-mak jika suami mula menunjukkan belangnya seperti memukul atau mencederakan. Tidak kiralah atas apa niat sekali pun.
Ikuti perkongsian Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali ini serta ingat sampai bila-bila.
Terkejut bila baca berita satu kes di utara mengenai isteri yang cedera teruk akibat dipukul suami, menguatkan diri menaiki motosikal ke balai polis.
Khabarnya juga kejadian tersebut bukanlah kejadian kali pertama…
Kalau sudah biasa mengganas, memang dia akan mengganas lagi bila dia rasa selesa dan tak rasa perlu berhenti sebab anda yang jadi mangsa, tak buat tindakan perlu daripada awal.
Isteri Kena Sayang Diri Sendiri Lebih Daripada Suami
Sudah banyak kali saya merayu dan pagi ini, saya mohon lagi…
Para isteri… tolonglah sayang diri sendiri lebih daripada sayangkan suami!
Ads
Bila Berlaku Sesuatu, Lakukan Tindakan Ini
Perhatian wanita bersuamikan lelaki suka pukul:
Jika suami mengasari anda, tak kira apa juga alasan sebab memukul walau untuk mengajar bukan sampai mencederakan dan memukul pula adalah cara mendidik yang paling akhir.
Sama ada menampar, menempeleng, memukul, mencekik, memijak, menolak hingga terjatuh, mencekak tangan, menarik rambut atau apa saja perlakuan kasar dan keras, pastikan anda buat tindakan berikut:
1- Ambil gambar untuk kecederaan dialami, pastikan nampak muka, jangan luka atau lebam saja, macam mana nak buktikan itu luka atau lebam daripada badan anda?
2- Buat laporan polis, wajib dan jangan tarik balik tak kira apa yang berlaku
Ads
3- Dapatkan pemeriksaan doktor di hospital kerajaan, perlu walau anda tak nampak luka atau lebam.
4- Rujuk kes ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan perlindungan, jika perlu.
Tindakan disenaraikan ini penting dan perlu untuk urusan berbangkit pada masa depan. Tak perlu bimbang suami ditangkap polis.
Bukan semua kes pukul terus ditangkap atau ditahan. Kalau suami ditangkap pun, sebab dia bersalah cederakan anda. Saya ulang…”Tolonglah sayang diri itu sendiri lebih dari sayangkan suami yang tak reti nak sayang anda!”
MW: Ingat jika berlaku kes sebegini, mak-mak perlu lakukan tindakan yang disarankan. Sekiranya apa-apa berlaku di kemudian hari, mak-mak telah bersedia dengan segala bukti.
‘Adik merajuk sampai block WhatsApp.’ Kakak gigih tulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk adiknya. Benarlah air dicencang tak akan putus, begitulah ibaratnya hubungan adik-beradik.
Hubungan yang rapat membuatkan seorang kakak sanggup lakukan apa saja demi menjernihkan hubungan yang keruh. Tentu adiknya cukup terharu melihat kesungguhan sang kakak dalam memujuknya.
Adik Merajuk
Kasih seorang kakak! Apabila adik merajuk, sanggup menulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk.
Seorang wanita di India gigih menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya yang dikatakan merajuk kerana terlupa memberi ucapan sempena ‘Hari Adik’ yang lalu.
Sampai Block WhatsApp
Menurut laporan Independent, surat seberat lebih 5 kilogram (kg) itu ditulis wanita dikenali sebagai Krishnapriya yang mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan.
Difahamkan wanita berkenaan membuat keputusan untuk membuat surat itu bagi meluahkan rasa sayang dek kerana adiknya, Krishnaprasad telah menyekat nombor telefon di aplikasi WhatsApp.
Selain itu, surat itu dibuat agar hubungan mereka adik-beradik juga pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, surat sepanjang 434 meter itu telah diterima oleh adiknya dua hari selepas sambutan Hari Adik.
Bagaimanapun, Krishnaprasad pada awalnya menyangkakan ia adalah bungkusan untuk hadiah hari jadinya.
Namun, selepas dia membuka bungkusan itu, lelaki berkenaan terkejut melihat surat seberat 5.27kg.
Tulis Surat
“Saya terlupa untuk mengucapkan selamat Hari Adik pada dia. Pada petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.
“Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4 tapi tak lama lepas tu saya sedar yang kertas tak cukup sebab banyak perkara yang saya nak sampaikan kepada dia.
“Maka saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat berukuran 434 meter dan seberat 5kg,” ujar Krishnapriya.
Sepanjang 434 Meter
Tambahnya, dia turut meluahkan rasa cinta dan sayang kepada adiknya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya.
Ujarnya lanjut, mereka sangat rapat dan suka berkongsi hubungan yang sangat mesra. Semasa membesar, mereka juga seperti kembar memakai baju sama warna pada majlis-majlis khas keluarga.
Walau bagaimanapun, Krishnaprasad meluahkan rasa bahagia apabila dia menerima surat yang ditulis oleh kakaknya itu.
Mingguan Wanita : Begitulah hubungan adik-beradik, menipulah kalau mak ayah tak pernah bergaduh dengan adik-beradik. Bergaduh macam mana sekali pun janganlah dibuat musuh, nama pun adik-beradik.
Memang ada benarnya hanya isteri sahaja yang tahu baik buruk, sikap serta perangai suami yang sebenarnya dan bukannya orang lain.Hakikat ini jelas, lebih-lebih lagi bila tinggal serumah tidur sebantal, setiap kelebihan dan kekurangan suami, hanya isteri sahaja yang jelas menghadapinya dan nampak di mata.
Bukan apa ada segelintir suami yang mempunyai sikap dan perwatakan berbeza bila berada di rumah mahupun ketika berada di luar. Isteri selalu ‘makan hati’ dengan layanan suami sebegini.
Untuk faham lebih lanjut, hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirinini.
Baik buruk kita sebagai suami, hanya isteri kita seorang sahaja yang tahu. Ayah kita tak tahu, mak kita tak tahu, adik beradik kita pun tak tahu.
Kita buat baiklah macam mana pun pada orang diluar, kita pijak semut tak mati sekalipun, lidah tak bertulang dan nampak mulia di mata masyarakat sekeliling kita pun, tapi kalau dekat rumah kita dengan isteri tu sebaliknya, maka kita ni adalah seorang yang “munafik”.
Buat Baik Pada Keluarga Sendiri Lebih Utama
Dengan isteri sendiri lain, dengan orang luar lain.Kalau nak baik, buat baik pada keluarga sendiri dulu, anak isteri kita. Itu yang paling afdhal dan utama.
Orang yang baik pada keluarga dia, insyaAllah akan baik terhadap mereka yang berada di sekelilingnya.Tapi orang yang baik terhadap orang sekelilingnya, belum tentu lagi baik terhadap keluarganya.
Dengan kawan cakap elok-elok, tapi dengan isteri cakap tinggi suara, tengking-tengking. Dengan adik beradik sendiri boleh melawak bergurau senda, tapi dengan isteri serius sepanjang masa. Dengan mak bapak sendiri boleh hormat dan buat apa yang mak bapak suruh, tapi dengan isteri sendiri, tak nak hormat dan tak nak dengar cakap isteri.
Isteri nampak tingkah laku kita, isteri tahu pembawakan diri kita tu berbeza. Kita bukan orang yang sama di luar dan di dalam rumah.
Suruh solat pun liat, tapi di kampung solat tepat waktunya. Nafkah pun tak bagi, tapi rajin belanja kawan-kawan makan.Tolong orang sana sini, tapi isteri mintak tolong disuruh buat sendiri.Sentiasa selesaikan masalah orang lain, tapi masalah di rumah sendiri pura-pura tak tahu.
Kalaulah kan isteri tu nak berterus terang bagitau semua orang sikap dan perangai kita yang SEBENAR, boleh je dia buat…tapi, apa yang dia dapat? dia akan dituduh membuka aib suaminya.
Dia hanya nak suami dia itu adalah orang yang sama baik di dalam atau di luar rumah. Dia hanya nak suami dia seperti diri suaminya di depan mak bapak, adik beradik, kawan-kawan dan orang-orang lain. Dia tak nak suami dia jadi “munafik”.
Mingguan Wanita: Memang setuju sangat, hanya isteri yang benar-benar mengenali baik buruk, sikap serta perangai suami yang sebenar dan bukan orang lain.
Sebagai seorang ibu muda yang mendapat anak pertama serta kurang pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak pastinya pelbagai perkara yang perlu dipelajari. Pengalaman daripada orang-orang tua yang lebih ‘makan garam’ adakalanya menjadi rujukan dalam pembesaran anak-anak.Sama ada ia mitos ataupun mungkin hanya satu kebetulan.
Baru-baru ini pelakon Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar,33 ada berkongsi satu status dilaman instagramnya bertanyakan, sama ada benarkan bila bayi dah mula menyembur, memberi kesan pada keguguran rambut si ibu.
“Budak belon ni sekarang suka jelir lidah..sembur-sembur (bubbles) agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi. Orang tua-tua cakap kalau baby sembur-sembur ni rambut mummy akan gugur banyak!Tapi memang gugur tak hengat ni. Mommies lain pun mengalami keguguran rambut jugak ke? .”
Rupanya pertanyaan dan pengalaman Lufya ini mendapat respon yang sama daripada para pengikutnya.Rata-rata ramai yang bersetuju dan mempunyai pengalaman keguguran rambut apabila anak mulai ‘menyembur’ dan mahu keluar gigi baru.
syazleenzawawi@lufyalaana aah..gugur…tiap kali anak nak keluar gigi baru…rambut saya gugur.
aimi.munirahh Samaa @lufyalaana..macam orang leukimia dah..sedih tengok rambut sendiri,pastu bersepah satu rumah.
izzatihaifasiratSaya anak first rambut gugur banyak sampai rambut depan dah jadi botak sebab banyak sangat gugur. Nak sikat rambut pun takut.
syafaBetul, baby aaqil dah masuk 5month now, suka sembur-sembur, rambut mama ya ampun macam dah kena kimo.
fauziahgeeyahSama sis,sampai potong pendek dah rambut,macam musim luruh dah anak saya pun asyik main air liur pastu jelir-jelir lidah, rupanya tumbuh gigi sebatang dah.
Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 26 November 2016, setelah bertunang selama 4 bulan pada tahun yang sama. Lufya telah berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom,28 dan dikurniakan seorang puteri yang comel Laana Haura yang kini berusia 7 bulan.
Mungkin ia hanya satu kebetulan. Tidak dapat dipastikan kaitan dan kajian saintifik bila anak mulai menyembur-nyembur, rambut mak-mak mengalami keguguran. Tapi pengalaman mak-mak sendiri bagaimana? adakah alami perkara yang sama seperti Lufya ini?
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...