Selalunya, kalau beli mi kuning dan bila masak mesti ada rasa kapur. Terus terbantut nak makan sebab ia beri rasa yang tidak enak.
Kalau mi kuning dijadikan mi goreng mungkin kurang sedikit rasa kapur tapi bila buat mi kuah atau mi kari boleh terasa juga.
Jadi, ada sesetengah mak-mak yang rendam terlebih dahulu untuk hilangkan rasa kapur yang melekat pada mi kuning. Tak kurang juga yang hanya basuh biasa sahaja.
Mungkin kapur yang diletakkan dalam mi kuning untuk bagi tahan lama. Tapi di sebaliknya ia boleh juga membahayakan kesihatan kita.
Ini cara mudah dan senang untuk bantu mak-mak hilangkan kapur mi kuning seperti yang dikongsikan olh Aliaabang dalam tiktoknya.
Punyalah banyak kegunaan Limau Purut baik daun mahupun buahnya. Kebiasaannya kita gunakan daun mahupun jus buah limau purut dalam masakan seperti Tomyam, paprik dan sebagainya. Namun sebenarnya banyak lagi kegunaan limau purut ni secara semulajadi untuk merawat kesihatan dan kecantikan diri.
Limau Purut atau nama saintifiknya “C. Paeda Miq”. Sedikit perkongsian berkaitan dengan limau purut. Setiap kejadian ada kebaikan alami yang Allah jadikan, patut kita bersyukur dan kagumi.
a) Badan Letih, Lemah
Boleh merawat badan letih atau lemah, serta badan berbau.
Bagi badan yang lemah atau letih, ambil dua genggam daun limau purut dan direbus di dalam tiga liter air. Biarkan mendidih selama sepuluh minit. Selepas itu, ambil dan masukkan ke dalam air mandian untuk digunakan semasa mandi.
b) Badan Berbau
Bagi badan yang berbau pula, boleh ambil tujuh helai daun dan ditumbuk lumat, gaulkan dengan sedikit madu lebah, jadikan bulat-bulat kecil satu biji waktu pagi, dan satu biji waktu malam sehingga bau badan hilang.
Boleh merawat selsema, amandel, demam campak, ruam, batuk, kelemumur dan rambut berbau.
a)Kurangkan Selsema/Demam
Bagi mengurangkan selsema atau demam, boleh ambil sebiji limau purut lalu dipotong dan diperah airnya, masukkan ke dalam air sederhana panas atau suam dan terus minum.
b) Tongsil
Bagi amandel (tongsil bengkak), boleh ambil buah limau dan diperah airnya dan dicampur dengan air perahan kunyit (kunyit dari rizom). Kunyit kena tumbuk lumat untuk dapatkan airnya. Kemudian, campur air perahan limau, air kunyit dengan sesudu madu. Amalkan sekali sehari.
c) Demam Campak
Bagi demam campak, boleh ambil sebiji buah limau dan dipotong dua, dibakar hingga kulitnya berwarna hitam. Setelah buah sejuk, gosok pada bahagian yang sakit dengan buah tadi.
d) Batuk
Bagi yang kerap batuk, boleh perah air limau purut dan campur dengan sedikit madu dan terus diminum.
e) Rambut Berbau
Dan bagi yang bermasalah rambut berbau, boleh ambil kulit buah limau dan parut, perahkan airnya lalu disapu pada kulit kepala. Biarkan lima belas minit, dan bilas dengan air biasa.
f) Kelemumur
Jika kelemumur pula, ambil sedikit air perahan buah nenas, sedikit perahan air buah limau purut dan sedikit santan segar, campurkan. Jadikan sebagai syampu dua hingga tiga kali seminggu.
Bagi saya yang tiada ruang yang besar atau lebih tepatnya rumah taman, saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY. Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.
Pembajaan saya menggunakan baja TPF atau boleh guna BAJA NLEYGROW (organik). Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTERuntuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.
Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.
Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya.
Mingguan Wanita: Banyak khasiat pokok limau purut ni untuk kesihatan dan kecantikan diri, baik daun mahupun buahnya. Seeloknya kita tanam sendiri di rumah untuk manfaatkan kegunaannya.
Perut lembu boleh dimasak dengan pelbagai jenis resipi.Rasanya memang sedap, lembut dan kenyal. Namun proses yang paling penting sebelum nak masak perut lembu ni ialah sewaktu membersihkannya dari kotoran dan cara merebusnya. Bukan apa, untuk pastikan perut lembu betul-betul bersih, tak hanyir dan rasa berbau selepas di masak.
Rupanya dengan hanya menggunakan halia tua, boleh mengilangkan hanyir pada perut lembu ini.
Ada sikit masa lapang untuk menyediakan Mee Daging untuk makan hari ini. Tapi hari ini juga bila saya tengah menyediakan bahan-bahan untuk masak, saya ingin kongsikan satu tip yg sangat senang untuk menghilangkan bau hanyir perut. Senang sahaja. Ini ialah sukatannya.
2 Ketul Halia Tua
Air secukupnya
1. Untuk setiap 500gram Perut yg dibeli siap rebus dipasaraya atau frozen , saya menggunakan 2 ketul Halia Tua bersaiz ibu jari. Cuci perut itu bersih bersih dan potong ke saiz yg dikehendaki.
2. Kisarkan halus halia itu tanpa air.
3. Perah air halia ke dalam Perut itu dan gaulkan . Tinggalkan selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, boleh gunakan terus perut itu dalam masakan , tidak perlu cuci air perahan halia.
* Jika menu anda tidak memerlukan rasa halia, boleh cuci air halia dari perut dan menggunakan perut untuk masakan.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak hilangkan hanyir perut lembu.Guna halia tua je. Suka makan perut lembut, sewaktu merebus nanti boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Dalam proses pembelajaran anak-anak, kemampuan mengingat dan menghadam segala maklumat yang dipelajari ketika di sekolah sangatlah penting.Mak ayah boleh bantu anak-anak untuk kekal cergas, mempunyai daya ingatan dan memori yang baik dengan mengamalkan minum air pegaga yang dicampur madu.
Bukan apa, daun pegaga memang diakui antara ulaman yang mempunyai khasiat dan nutrisi yang tinggi. Malah juga mampu meningkatkan sistem imunisasi.
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
Seikat Pegaga
Secawan Air
Madu
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
2. Masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
4. Blend.
5. Campurkan dengan madu.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Mingguan Wanita:Nak anak ada memori yang baik dan mudah menghadam maklumat yang dipelajari di sekolah boleh amalkan bagi minum air pegaga campur madu seperti yang dikongsikan ini.
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Jangan terlalu banyak melepaskan tanggungjawab pada isteri, risau dia rasa suami macam tak wujud. Kadang isteri tak meluah, tetapi dia banyak memendam dan sampai satu tahap akan meletup!