TIP LENGKAP Tanam Pokok ANGGUR Dalam Pasu Elok Menjadi, Lebat Berbuah Cantik!

Share

Jika mak-mak berminat nak tanam pokok anggur kena ada ilmu. Jika ikut tip dan teknik yang lengkap, barulah pokok anggur yang ditanam elok hidup subur menjadi, berbuah lebat dan cantik. Puas hati bila dapat hasil daripada tanaman sendiri, memang berbaloi berbanding beli.

Ikut cara dan ilmu tanam anggur seperti yang dikongsikan oleh Hafiz Husin ini sebagai panduan.

Saje belanja tip penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya takde la tau sangat teknik yang betul. Tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Penerangan ada di setiap gambar. Harap bermanfaat.

Bahan-Bahan Diperlukan:

Anak pokok anggur
*Boleh Beli anak pokok anggur di sini:

1 Bekas Tinja Kambing yang dah reput/lama

Tanah Kompos
Pasir
Sekam Bakar
Sekam Mentah
Top Soil
Kapur Pertanian

Cara-Caranya:

1. Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.

2. Kemudian, campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang tadi.

3.Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian tu agak-agak je banyak tu. Tujuan kapur tu untuk neutralkan keasidan tanah.

4.Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.

5.Ginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’.Tujuannya supaya media terkompos dengan sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.

6.Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang/bawah polybag anak pokok anggur.

7.Masukkan anak pokok sekali dengan polybag ke dalam lubang.

8.Kambus tanah dicelah-celah luar polybag tu yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat ye musim-musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram.Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.

 

 

 

 

 

Selamat Mencuba, Semoga Bermanfaat!

Info Ekstra!

  • Sebaiknya guna campuran tanah seperti di atas. Jika guna topsoil sahaja bimbang nanti lama-lama tanah jadi keras.Aliran air jadi tak sempurna. Bila akar terlalu lembab, boleh busuk akar. Pasir tu penting supaya air leh meresap cantik turun ke bawah tanah.

Mesti Baca:Kajian Terbaru Dedah Makan ANGGUR Dapat Cegah Serangan Jantung & Strok!
Baca Lagi Di Sini:Cara “Homemade” Buat Kismis Sendiri, Jemur Sampai Buah Anggur Jadi Kecut!


Artikel Menarik:Datang Sini Kalau Nak Petik Anggur Manis, Ladang Tersembunyi Di Cameron Highlands

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak tanam pokok anggur sendiri di rumah. Barulah pokok elok hidup subur, menjadi dan lebat berbuah cantik.

Sumber: Hafiz Husin

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

IKLAN