Ketahui tip
jogging sebelum anda mula aktif berlari untuk elak sakit di kanan perut bila berlari. Biasanya ada yang akan rasa macam hati terhenjut setiap langkah.
Buat Wanita Suka Jogging


Haaa.. berita baiknya, bukan tanda hati anda bermasalah. Menerusi perkongsian portal kesihatan, ini sebenarnya cuma ligamen dan diafragma yang tegang akibat hentakan.
Jadi untuk teruskan jogging tanpa rasa sakit, anda kena tahu beberapa perkara ini sebelum mulakan larian.
Ini Cara Elakkan Rasa Sakit Di Kanan Perut Masa Berlari


Ada beberapa cara mudah untuk elakkan rasa ini.
Pertama, beri perut masa untuk kosong. Makan berat terlalu dekat dengan masa jogging buat aliran darah ke perut tinggi.
Kedua, panaskan badan sekurang kurangnya lima hingga tujuh minit. Bila otot perut dan diafragma lembut, risiko kejang akan berkurang.
Ketiga, langkah pendek dan ringan. Jangan hentak kaki. Kasut yang empuk juga bantu serapan hentakan.
Keempat dna yang paling penting, hembus nafas kuat melalui mulut setiap kali kaki kanan menyentuh tanah. Ini kurangkan tarikan pada ligamen hati.
Akhir sekali, kuatkan otot perut. Plank dan latihan core menjadikan organ lebih stabil semasa berlari.
Tip ini mudah tapi sangat membantu. Bila badan selesa, larian jadi lebih tenang dan tidak lagi terasa seperti ada yang mencucuk dari dalam.