
Jogging
Sebenarnya kalau anda niat nak jogging tetapi kadang akan muncul masalah-masalah lain yang wujud. Bukan sengaja tetapi secara tiba-tiba ada halangan lain, peling teruk apabila tiada mood nak teruskan.
Jadi untuk jadikan jogging sebagai tabiat, anda kena pastikan empat tip ini ada dalam senarai sebelum mulakan!
Jom tengok dan bina semangat dulu, kemudian baru boleh konsisten.
Cara untuk naikkan semangat jogging pada awal adalah dengan mulakan berjalan sekitar 1 jam dalam masa lebih kurang 2 minggu.
Ini boleh buat anda rasa jogging itu mudah dan buat anda tak rasa penat, bagi tubuh terbiaasa dan kaki tidak sakit.
Apabila sudah terbiasa, boleh teruskan fasa jogging dalam 30 minit. Lama-kelamaan anda boleh biasakan jogging dalam masa 1 jam.
Malam sebelum tidur, anda sudah sangkut pakaian jogging, tanda nak bersenam esok pagi. Ini pun cara naikkan mood nak jogging. Tak ada lah buang masa fikir soal “tiada baju nak pakai”.
Benda paling mudah untuk naikkan semangat jogging, kena ada aplikasi untuk anda memantau prestasi setiap kali senaman. Contoh mudah, download aplikasi STRAVA.
Percayalah, ini sangat membantu dan buat anda rasa semangat nak teruskan senaman setiap hari. Di situ anda boleh nampak berapa kali anda skip dan kilometer yang anda patut teruskan.
Malah anda akan ada mood untuk berlari jauh dan ulang senaman bagi meningkatkan prestari. Apa lagi kalau nampak jumlah kalori yang terbakar.
Haaa.. ini paling penting sebab kalau kawan ajak, kita tak sampai hati nak tolak. Malah auto akan rasa ada mood nak join sama bila ada geng bersenam.
Teman juga boleh saling mengingatkan untuk terus buat tanpa putus asa sehingga dapatkan berat idaman.
Percayalah, apabila anda terbiasa dengan aktiviti sihat ini, anda tidak lagi rasa ditekan-tekan. Malah jogging mungkin akan jadi hobi!
Jadi, tiada alasan malas untuk bersenam lagi! Pasti anda boleh lakukan dengan konsisten sampai dapat hasilnya. Jangan lupa, mulakan dengan niat dan cari pakaian yang selesa untuk biasakan dengan senaman.
Gambar: Pinterest