Suami baru sampai rumah penat pun tak hilang lagi, isteri terus membebel. Ini boleh jadi perang dingin dan realitinya lelaki manalah yang tahan dengan karenah isteri asyik membebel setiap hari.
Walau kita tahu apa yang dibebelkan kadang ada benarnya, cuma keegoan seorang suami tidak pernah mahu mengakui kebenaran itu.
Namun ada baiknya jika seorang isteri boleh menjaga hubungan suami isteri dengan tip yang dikongsi oleh Puan Nurhidayah Jaafar ini…
Berlatih untuk bercakap 1 hingga 2 ayat sahaja. Contohnya apabila meminta bantuan suami.
Ads
“Abang, tolong jerang air.” — cukup.
Tidak perlu sehingga begini.
“Abang, sayang baru balik kerja ni. Nak siap masak lagi. Tak nampak anak tu mengamuk-amuk nak susu. Tolonglah jerang air sekejap. Sudah-sudahlah tengok facebook tu.” — terlebih cukup.
Apabila suami bertanya, “Dinda sudah makan?”
Jawab mengikut skema soalan.
Ads
“Belum” atau “Sudah” — cukup.
Tidak perlu sehingga begini.
“Belum lagi. Tadi banyak kerja di ofis. Tak sempat nak makan. Nak masak pun tak sempat. Kita makan kat luar sahajalah!” — jawapan tidak mengikut skema soalan.
Ads
Apabila meminta bantuan suami, jangan mengajar-ajar. Jangan beritahu sebab.
“Abang, tolong angkat kain. Nanti hujan, basah.”
(Memanglah kalau hujan turun basah. Itupun mahu beritahu)
Haaa… nampak tak macam mana nak minta tolong suami? Lepas ini, bolehlah kaum mak-mak cuba ya, mana tahu bila guna tip ini suami terus biasa dan esok-esok hari tanpa disuruh pun dia laju buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rupanya nak bercakap dan memeluk anak pun ada cara dan teknik tertentu yang mak ayah boleh amalkan. Malah, cara memeluk serta bercakap dengan anak lelaki juga berbeza dengan anak perempuan.Jika selama ini, anak agak kurang mendengar kata dan ambil sambil lewa dengan apa yang kita cakap, teknik yang dikongsikan oleh Puan Rehan Sidik ini mungkin boleh membantu.
Salam Mama semua.
K.Rehan nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak, menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme);
–> Dengan ANAK PEREMPUAN, kita bercakap terus muka kepada muka
Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak-anak bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai-santai saja, sambil makan-makan petang. Ok kan?
–> Dengan ANAK LELAKI pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’
Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. Insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
–> Lihat pelukan pada ANAK PEREMPUAN ya. K.Rehan tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya
Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, Insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan..bila tahu tekniknya ni.
–>Bagi ANAK LELAKI, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas
Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak2 yang mendengar kata.
Selamat mencuba Teknik Islamic NLP.
Semoga bermanfaat dan menambah lagi ilmu keibu bapaan kita semua.
Meneruskan kehidupan di zaman sekarang ini amat berat cabarannya, terutama soal kewangan. Bekerja siang malam, demi kelangsungan hidup. Tapi ada juga yang hasilnya cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rupanya ada 2 rahsia amalan Rasulullah SAW yang membantu anda keluar dari kesempitan hidup.
Setiap rezeki ini sebenarnya atas sandaran dan keberkatan dariNya. Video yang dikongsikan oleh Penerbit, Content Creator, Vlogger, Sujimy Mohamad yang menemubual Ustaz Hasbi Hassan, Presiden Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers Association (PERGAS) menghadiahkan amalan untuk membantu seseorang keluar dari segala kesempitan hidup malah dilapangkan rezekinya. Insya-Allah.
Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.
“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”
Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.
Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas
1 kali – Dirinya akan diberkati.
2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.
3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.
“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”
Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.
Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.
Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.
Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.
Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.
Sumber/Video/Foto: Sujimy Mohamad Official Page, shakirwebblog.blogspot.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biasanya Anemia atau lebih dikenali sebagai penyakit kurang sering dialami wanita dan remaja perempuan. Kaum ini lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.
Masalah anemia sering dilihat sebagai penyakit ringan tapi sebenarnya tak dipandang remeh sebab berpotensi menjejaskan sistem imun. Jadi apa pula kesan pada si bayi? Haaa… ini yang doktor Taufiq Razif dah kupaskan, mohon kaum mak-mak baca sampai habis.
Ya Allah. Rupanya ramai lagi yang pandang sebelah mata je penyakit ‘kurang darah’ ( anemia ) masa tengah hamil. Ada yang sanggup taknak makan ubat yang doktor bagi. Jangan camtu wahai ibu-ibu semua.
Kalau doktor dah bagi ubat tambah darah Iberet ataupun Obimin tu makan je la ye. Mungkin kadang-kadang timbul rasa tak selesa di perut, cirit birit dan loya bagi sesetengah orang tapi demi bayi kat dalam perut tu tolong la tahan kejap.
Kesian bayi kat dalam perut ni. Tahu tak apa boleh jadi pada si comel kat dalam perut tu kalau haemoglobin rendah sangat?
1. Bayi tu boleh keluar awal daripada yang sepatutnya / kelahiran pra-matang. Bayangkan lah apa jadi kalau dah keluar lebih awal daripada waktunya. Paru-paru dia tak kuat lagi. Organ lain pun tak matang lagi. Macam-macam lagi boleh jadi.
2. Boleh sebabkan kematian bayi dalam kandungan ( Intrauterine Fetal Death ) disebabkan bayi tu tak dapat cukup oksigen. Yela, haemoglobin tu kan tugasnya nak angkut oksigen. Rosak la otak anak kita kalau tak cukup oksigen kat dalam tu.
3. Kemurungan pada si ibu tu sendiri selepas melahirkan yang dipanggil Post Partum Depression. Memang anemia ni dikaitkan juga antara penyebab kemurungan pada ibu lepas bersalin. Tiba-tiba rasa diri tak berguna, emosi jadi tak menentu dan boleh jadi timbul perasaan nak cederakan anak sendiri!
Apa pun ikut cakap doktor ye. Kalau rasa loya dan tak selesa perut masa makan ubat tu boleh makan bersama makanan lain kecuali susu, pil kalsium dan antasida.
Boleh juga cuba makan daging ayam untuk tambah zat besi dalam darah terutamanya bahagian hati ayam tu dan boleh juga cuba makan kismis, roti, ikan, jem kacang, oat dan sayuran hijau macam bayan dan lain-lain.
Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye sebab ilmu ni akan sangat berguna bila dah hamil nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri penghidap kanser sarcoma menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan suami ketika dalam perjalanan ke HUSM. Kisah penuh sebak perjuangan Aifat dan pengorbanan suaminya yang setia hingga ke akhir hayat.