Tip Istiqamah Kekal Berhijab, Tutup Aurat Biarlah Kerana Allah
Tidak dapat dinafikan, bukan mudah untuk kekal berhijab terutama bagi mereka yang baru sahaja berhijab. Saat kita berbicara tentang hijab ia selalunya dikaitkan dengan menutup aurat. Namun tidak semua orang mampu istiqamah dengan sebenar-benarnya sehingga ramai yang bertanya “Bagaimana cara agar istiqamah berhijab?”
Perlu diketahui bahawa hijab bukanlah hanya sekadar hiasan akan tetapi menjadi ‘gaun kehormatan’ untuk para Muslimah. Hijab merupakan suatu bentuk betapa cara Islam sangat menjaga dan memuliakan wanita.
Hijab terdiri daripada dua bahagian iaitu jilbab dan khimar (kerudung).
“Kenapa kita harus berhijab ?”
Allah SWT berfirman : “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS.Al-Ahzab:59)
Allah SWT berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: ”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE PARAS DADANYA dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak2-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”(QS.An Nur:31)
Berhijab itu tidak susah. Yang susahnya ialah istiqamah. Syaitan tidak akan duduk diam apabila seorang Muslimah mula mengenakan hijab. Dia pasti akan terus menggoda kita untuk menanggalkan hijab yang kita kenakan kerana memang sudah janjinya akan terus berusaha menyesatkan anak dan cucu adam.
BAGAIMANA UNTUK TERUS ISTIQAMAH BERHIJAB?
1. Mengingati mati
Renungkan, apakah anda menunggu kain kafan yang akan menjadi hijabmu yang pertama dan terakhir?
2. Cubalah menghitung nikmat Allah
Renungkan betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Sungguh tidak terhitung banyaknya. Dari situ kita harus berfikir begitu banyak Allah memberikan kita nikmat dan memberikan yang kita minta, tapi ketika Allah meminta kita untuk berhijab, mengapa kita ingkar?
3. Keutamaan berhijab
Dengan berhijab kita mudah dikenali dan tidak diganggu jadi tunggu apa lagi? Istiqamah berhijab!
Ads
4. Berkumpul dan bergaul dengan orang-orang yang beriman
Bergaullah dengan golongan yang menitikberatkan ajaran agama. Kiasan orang-orang tua, apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita juga akan berbau wangi begitu jugalah sebaliknya.
Berkumpullah dengan sahabat-sahabat. Belajar untuk istiqamah, kuatkan iman dan ucapkanlah ”selamat tinggal “ untuk segala keburukan dan perkara yang sia-sia. Semoga kita senantiasa isitiqamah dan menjadi Muslimah sejati yang kehadiranmu membawa keindahan serta kebaikan.
PENTING: Apabila sudah mula berhijab, janganlah sampai menanggalkan hijab. Istiqamahlah. Kuatkan imanmu nescaya Allah pasti akan mempermudahkan segala urusanmu.
TIP TUTUP AURAT
1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.
2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.
3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat. Dulu masa mula2 kak shaini nak berhijrah, satu gerobok baju kita tukar.
4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab tak guna kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Bukan mereka tu yang akan bantu bila kamu di akhirat nanti.
5. Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak sekarang jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.
6. Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda. Allah suruh tutup, bukan balut.
7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada yang suka pakai handsock dgn baju pendek, ingat, itu masih dikira menampakkan aurat…nampak bentuk tangan.
8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. Jangan buat-buat lupa itu.
9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali untuk berubah. Kalau tak mampu, kita pamerkan akhlak yang baik dan perbanyakkan doa. InsyaAllah nanti Allah lembutkan hati ahli keluarga untuk berubah. Ingat, usaha tu milik kita, hidayah pula milik Allah.
10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat. Ye solat belum sempurna!
11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.
Ads
12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.
13. Ada yang gunakan cara ini, iaitu buat jadual. Buat minggu ini mula pakai baju longgar. Minggu seterus, tudung pula. Boleh gunakan.
14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar.
15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.
Seronoknya bila tengok orang yang berkongsi kemewahan yang dimilikinya. Ada macam-macam cara yang ditunjukkan oleh mereka ini. Mungkin secara langsung atau tidak langsung.
Kita yang melihat mulalah membayangkan jika itu kita yang punya. Tentunya, kita pun ingin kongsi kegembiraan dengan apa yang kita ada.
Itu dari fikiran kita yang rasa beruntungnya mereka diberi kemewahan yang tidak pernah luak. Tapi, bagi yang kurang kemampuan, mungkin hanya dapat melihat, namun dalam hati tiada siapa yang tahu perasaan itu.
Apa yang boleh dikatakan, ada sebab orang yang menunjukkan kemewahan itu dan orang yang melihatnya. Bagi mereka yang menunjuk harta itu, niatnya mungkin untuk memberi semangat pada orang lain atas usaha yang dilakukan selama ini.
Tapi, ada juga orang luar melihat seperti ingin menunjuk dan tidak tahu apa yang difikirkan dalam hati mereka. Boleh jadi tumbul perasaan dengki dan mengata yang tidak baik.
Semua ini berbalik pada rezeki yang telah Allah berikan. Apa yang penting, kita kena bersyukur seadanya. Kita tidak tahu, alasan untuk tunjuk kemwahan sebagai pendorong dan semangat tapi orang melihatnya akan bersangka buruk pula.
Perkongsian daripada Umi Liza ini ada benarnya. Biasanya, orang yang baru kaya akan tunjuk kemewahan yang dia ada berlainan dengan orang yang sudah lama kaya, hanya diam sebab dia sudah lama merasai semua itu.
Kemewahan Bukan Untuk Selamanya
Kebanyakan orang yang selalu tunjuk menunjuk harta ini adalah adalah orang yang baru kaya dan orang yang baru merai kemewahan.
Sebab sebelum ini dia susah. Bila Allah angkat rezeki dia maka dia bermewah dan menunjuk-nunjuk pada jiran-jiran bahawa dia mewah. Dengan kereta besarnya, rumah besarnya, perhiasan dan sebagainya. Orang yang dah lama kaya, dia senyap saja sebab dia dah lama merasai kemewahan itu.
Ingatlah wahai sahabat, kemewahan yang kamu sedang menikmati itu ada Hak Allah. Bukan hak kamu dan bila-bila masa saja Allah boleh tarik. Tak payah ah nak tunjuk-menunjuk pada orang lain.
Orang lain pun boleh merasai jugak bila Allah angkat darjat dan rezeki dia. Bersyukurlah pada Allah kerana Allah beri rezeki lebih pada kamu. Dan bersyukurlah kerana Allah bagi kemewahan pada kamu sekarang berbanding dengan kamu yang susah dulu.
Ingat, selalulah bersyukur pada Allah, bila kita senang, jangan kita ‘riak’ untuk menunjuk pada orang lain.
MW: Kalau tengok di media sosial memang banyak. Cuma kita tak tahu niatnya, untuk menunjuk, suka-suka atau sekadar berkongsi kegembiraan. Hanya dia yang tahu.
Bulan puasa sangatlah digalakkan untuk melakukan amal ibadat dan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Salah satunya dengan membaca Alquran. Namun demikian, baca Al-Quran juga memerlukan cara bacaan dan tajwid yang betul. Salah satu yang perlu diberi perhatian ialah cara bacaan yang tepat bila sesuatu bacaan dimulakan dengan hamzah wasol.
Melihat kepada kematian yang tidak mengenal usia, bagaikan terpanggil untuk Latifah (bukan nama sebenar) berkongsi sebuah cerita yang boleh dijadikan teladan buat kita semua. Latifah merupakan seorang guru di Selatan Tanah Air, dia mempunyai seorang kawan yang juga merupakan seorang warga pendidik sepertinya juga.
Kawan yang dipanggil Alisya (bukan nama sebenar) itu sangat alim dan taat kepada suami. Lebih hebat lagi dia juga seorang hafizah. Hebat orangnya sehinggakan boleh membetulkan bacaan Al-Quran orang lain tanpa melihatnya. Hanya dengan mendengar sahaja, Alisya boleh mengesan kesalahan bacaan Al-Quran orang lain.
Kita semua pasti sedia maklum orang yang Hafaz Al-Quran tinggi kedudukannya dan dijanjikan ganjaran yang hebat oleh Allah. Namun itu tidak berlaku kepadanya dek kerana salah faham antara suami dan ibu Alisya.
Dia dalam dilema, berada di tengah-tengah antara suami dan juga ibunya. Ditelan mati emak, diluah mati anak. Bagi seorang isteri, syurga di bawah tapak kaki suami dan kerana itu Alisya banyak memihak kepada suaminya tanpa sedar bahawa dirinya telah melukakan hati ibu tersayang.
Ajal maut itu semua urusan Allah, umur Alisya tidak panjang. Apa yang menyedihkan urusan pengebumian Alisya tidak berjalan dengan lancar. Sebagai seorang muslim, diharuskan kita untuk menyegerakan urusan pengebumian jenazah, tapi itu tidak berlaku kepada arwah Alisya.
Bermula di hospital, jenazahnya dibiarkan lama hanya semata-mata untuk mendapat pengesahan kematian daripada doktor. Lebih menakutkan lagi, apabila di bawa pulang ke rumah, mayatnya arwah tidak semena-menanya mengeluarkan bau yang busuk. Menurut Latifah bau tersebut melekat di pakaian tetamu yang datang menziarah, malah ia masih lagi kekal pada bajunya walaupun sudah dibasuh berkali-kali.
Jenazah arwah juga dihurung serangga berterbangan yang sering hinggap pada makanan yang hampir busuk. Lebih menyedihkan lagi ketika di rumah terjadinya pergaduhan antara suami dan adik arwah Alisya. Keadaan itu melambatkan lagi pengurusan jenazah si mati. Memang ralat melihat apa yang berlaku kepada jenazah orang yang hebat seperti arwah Alisya. Seorang yang alim dan hafizah pun diberikan hukuman sedemikian lupa apatah lagi kita manusia biasa yang sentiasa khilaf.
Akhirnya urusan pengebumian Alisya selesai, tapi pengakhirannya itu sangat menyedihkan dan dapat memberikan pengajaran kepada kita semua. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ibu arwah berkecil hati dengan sikapnya yang sering memihak kepada sang suami. Betapa hebat kuasa seorang ibu, kecil hatinya sahaja memberikan azab yang dasyat untuk kita semua. Oleh itu, jangan sesekali menderhaka atau melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati ibu bapa kita. Walaupun syurga itu di bawah kaki suami, tapi itu tidak bermakna kita boleh melukakan hati mereka. Jagalah hati mereka kerana sesungguhnya semakin berusia seorang manusia, semakin rapuh hati mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...