Penjagaan Diri

Tip Buat Cadar Warna Putih Jadi Cantik Macam Baharu, Hilang Terus Masalah Nampak Kekuningan!

Share
Mari kita tengok macam mana nak gebukan semula tuala dan cadar warna putih. Orang selalu anggap warna putih susah dijaga dan cepat nampak kotor. Tapi sebenarnya tidak.

Tip Buat Cadar Warna Putih Jadi Cantik Macam Baharu

 

Menerusi perkongsian Ayraa Aziz, caranya ialah yang pertama masukkan detergent atau sabun pencuci. Kemudian masukkan 2 skop cuka dalam mesin basuh. Akhir sekali jangan lupa letakkan sikit soda bikarbonat.
Kalau nak tahu, anda boleh juga guna tip ini termasuk tuala, cadar, alas kaki, langsir dan baju warna putih. Yang suka putih sahaja akan faham.

Hilang Terus Masalah Nampak Kekuningan!

Ini pun cara lain untuk putihkan kembali baju, cadar dan tuala yang dah lama guna dan  nampak kembali berseri macam baharu:

1. Cara elak kain cucian kuning akibat air karat

 

Masukkan tuala kecil ke dalam tempat letak sabun. Jadi sebelum air sampai ke kain cucian  terlebih dulu ditapis. Boleh mengurangkan air karat terus mengalir ke kain cucian.

2. Tip cadar putih bersih berseri

 

Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri. Cuma bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya. Ini akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.

3. Kaedah cucian putihkan kembali baju putih yang dah kuning

 

Selain itu jika ada pakaian warna putih yang semakin kuning cara untuk memutihkannya kembali adalah dengan merendamnya dengan Clorox kemudian cuci dengan sabun. Letak sedikit nila, pakaian putih akan kembali putih berseri.
Ya, cabarannya cadar dan towel putih senang kekuningan, tapi anda cuba cara ini mesti rasa puas hati. Pasti cadar dan towel anda nampak macam baharu semula.
Published by
Nadia Mohamad