Berita

Timbalan Menteri Agama Ziarah Ibu Zara, Kekal Jalin Hubungan Baik Walau Pelbagai Tuduhan & Fitnah Melata

Share

Timbalan Menteri Agama ziarah ibu Zara, kekal jalin  hubungan baik walau pelbagai tuduhan & fitnah melata.

Kepulangan ke Sabah baru-baru ini memberi kesempatan kepada  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustazah Marhamah binti Rosli untuk menziarahi Noraidah Lamat yang juga ibu kepada allahyarham Zara Qairina.

Dalam kunjungan tersebut di kediaman ibu Zara di Sipitang, Sabah, kedua-duanya meluangkan masa makan bersama serta berbincang pelbagai perkara berkaitan kehidupan, amanah dan tanggungjawab mencerminkan hubungan silaturahim yang telah terjalin sekian lama.

Hubungan antara Ustazah Marhamah dan Mama Zara bermula sejak tempoh awal perjuangan dalam kes melibatkan Zara, apabila beliau tampil menyatakan sokongan moral dan berdiri bersama keluarga berkenaan ketika kes tersebut mula mendapat perhatian umum.

Perjalanan itu bukan sahaja menguji kekuatan emosi malah membentuk kepercayaan yang kekal hingga hari ini.

Hubungan yang terjalin kepada menuntut perjuangan pembelaan kes adik Zara membawa kepada hubungan baik antara dirinya dan ibu Zara

Berkongsi catatan ini di laman facebooknya, Ustazah Lamah berkongsi momen gambar mereka berdua dan lebih menarik dirinya menerima hadiah sepasang baju kurung dari ibu arwah Zara Qairina selain makan bersama.

“Alhamdulillah.. Balik ke Sabah baru-baru ini, saya sempat ziarah Mama Zara di Sipitang. Kami makan sama-sama, berbincang banyak perkara, hal hidup dan hal perjuangan. Sebelum saya balik, beliau hadiahkan sepasang baju kurung miliknya. Sebab beliau tahu saya tiada baju kurung.  Perkara kecil, tapi besar maknanya bagi saya.
Ustazah Marhamah Rosli menerima hadiah sepasang baju kurung dari Noraidah Lamat.
Baju ini saya terus pakai esoknya untuk lawatan, untuk mengingatkan saya tentang semangat perjuangan bersama.
Walaupun kini memegang amanah dalam kerajaan, Ustazah Marhamah menegaskan sokongan dan silaturahim yang terjalin tidak pernah berubah. Hubungan yang terbina atas dasar kepercayaan dan perjuangan itu akan terus dipelihara, dengan sokongan dan perkongsian pandangan dilaksanakan mengikut peranan serta tanggungjawab semasa sebagai penjawat awam.

Dalam pada itu, Ustazah Marhamah turut berkongsi kepada umum bahawa arwah ibu Zara adalah antara orang terawal yang tahu tentang lantikkannya sebagai Timbalan Menteri Agama.

“Untuk makluman semua, Mama Zara sebenarnya antara orang terawal yang tahu tentang lantikan ini, begitu juga dengan peguam beliau. Beliau sangat teruja dan sempat menasihati saya tentang tatacara pemakaian penjawat awam.

“Sejak awal, kami bergerak sebagai satu pasukan. Hingga hari ini, kami masih berhubung hampir setiap hari, saling bertanya khabar dan berkongsi perkembangan, sama macam sebelum ini.

“Beliau juga orang yang paling konsisten beri saya semangat apabila dikecam dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Walaupun sekarang saya memegang amanah sebagai Timbalan Menteri, sokongan saya tidak pernah berubah. Saya akan terus menjaga silaturrahim, memberi sokongan dan berkongsi pandangan seperti sebelum ini, cuma dengan peranan dan cara kerja yang berbeza.

“Terima kasih Mama Zara atas sokongan dan dukungan buat saya……kongsi yang turut menyertakan emoji love berwarna putih. Kredit :- FB Marhamah Rosli.
Published by
Almaswa Haji Che Ros