Timang cahaya mata kelima. Tahniah diucapkan buat pelakon, Ashraf Muslim yang telah menimang cahaya mata kelima. Bukannya mudah sebenarnya hidup bermadu namun keluarga Ashraf boleh dijadikan contoh kerana hidup dalam harmoni.
Seperti mana yang dikongsi pelakon tersebut, Ashraf telah memuat naik foto bayinya yang baru berusia sembilan hari.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH, keluarga Ashraf Muslim semakin bertambah ahlinya.
“Selamat datang ke dunia, Wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf. Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi,” tulisnya.
Ashraf yang juga suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi cukup gembira dengan anugerah dari Allah.
“Hadirnya membawa sejuta syukur dan selaut harapan.
“Wahai Ali, semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga. Membesar dengan iman, akhlak yg terpuji dan keberanian. Terima kasih ALLAH atas segala-galanya,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan Noor Dayana pada 24 September 2011, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 10.
Ashraf juga mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah pada Julai 2013. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 11, Adam Ashraf, 10, dan Safiyyah Ashraf, 6.
Baca Disini : Kerjaya Seni Punca Pendapatan Liza Abdullah Meneruskan Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.