Rupanya pelakon drama Dunia Baru, Anita Baharom ini disahkan sakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau Lupus sejak tahun 2017 lagi. Berjuang melawan penyakit kronik ini bukan mudah bagi ibu anak tiga ini.
Pernah satu ketika, dia berdepan serangan sakit sendi yang membuatkan jarinya bengkok, malah dia sendiri tak mampu berjalan. Keadaan itu dialami sebaik selesai menjalani pengambaran filem Keluarga Iskandar The Movie di Johor Bahru, sekitar Mac lalu.
Penyakit itu juga membuatkan dia tak boleh bekerja dalam keadaan tertekan dan penat. Jika penar, sendinya akan mulai sakit-sakit.
Jadi untuk tak menyusahkan orang lain, Anita jalani pemeriksaan di hospital. Dan hari ini, SLE yang dialami semakin bertambah baik.
Ads
Sebolehnya, Anita tak mahu pun nak perbesar-besarkan penyakit yang dialami itu. Bimbang orang cakap dia mengada-ngada. Sebab itulah bila doktor sahkan penyakitnya itu, dia mula atur jadual kerja sebaiknya. Tak mahu nanti disebabkan dia, orang lain jadi susah sama.
Penyakitnya sekarang semakin stabil.
Ads
Anita Baharom Masih Lagi Berlakon
Anak-anak pun dah bersekolah, jadi banyaklah masa senggang untuknya kembali aktif berlakon. Sebab tak ada pun dalam kamus hidupnya yang dia berhenti berlakon.
Ads
“Ada saja berlakon, cuma orang tak nampak dekat kaca TV.” Tahun lalu, dalam diserang sakit itulah dia menjayakan filem Keluarga Iskandar The Movie. Dan ada juga dia buat sitkom untuk Awesome TV.
Malah, sekarang ini pun Anita aktif berniaga acar limau. Itu perniagaan yang dia usahakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.
MW : Mendoakan semoga Anita segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Tiga tahun menjadi pekerja yang setia, dari seorang pembantu rumah, kemudian memegang jawatan pembantu peribadi syarikat dan akhirnya menjadi Life Planner. Tanpa diduga, dia diuji kanser tahap 2.
Dalam sebak berkongsi kisah Sara Sukardi ini, majikannya, Zul Ariff memohon doa agar pekerja setianya ini dipermudahkan urusan pembedahan pekerjanya itu dipermudahkan.
Hari ni saya nak share dengan semua kawan dan followers fb saya. Berkenaan long service staff saya yang sorang ni Siti Maisara .
Detik perkenalan 2017 selepas saya dapat anak pertama saya ( remain as anak pertama la sebab apak dia duda dah ). Saya ambil sara kerja dengan saya untuk jadi peneman my wife ( ex wife ) di rumah untuk jaga anak dan ada teman berbual.
Sara ni ada diploma ye, tapi sanggup kerja as pembantu kepada wife saya masa tu, gaji dia RM 800.00 je sebulan. Tapi dia sanggup je terima sebab nak kerja dan berdikari kata nya.
First interview di capsquare, punya la dia bawa file bagai dengan make up pakai tudung ( walaupon tudung senget ). Lepas interview terus join karoke session di Redbox low yat ( dah arwah dah red box ni). Suara perghhh dasyat wooo ada lunak lunak Sharifah Aini ( walau lenggok asli dia kelaut ).
Mula la sesi Sara mula bekerja dengan saya sebagai pembantu di rumah. Tapi Sara ni memang langsung tak tahu kerja rumah. Jangan cakap la nak potong ikan ke ayam, masak maggi pon tak reti.
Mula la episod dia kena belajar buat segala benda kerja rumah. Kena bebel tu tak yah cakap lah, suruh keluarkan halia dia bagi kunyit.Tapi satu jela dia memang jenis tak give up, dan nak belajar.
Baru kerja dalam satu bulan di rumah, episod kerjaya sara berubah sebab kena masuk office ganti staff yang MIA tiba tiba. Kerjaya Sara pon bertukar dari pembantu kepada P.A saya.
Walaupon badan Sara ni bukan persis model, tapi berjaya juga la dia buat bekas isteri saya cemburu, rasa nak guling guling gelak bila teringat. Gaji Sara pon naik jadi RM 1,200.00.
Kerjaya di opis banyak gak la peristiwa. Minta sara switch investment client dia boleh redeem semua. Rugi client belas ribu, nasib la bos dia baik hati cover kan dulu.
Tak sudah dengan tu, pernah sekali agensi ada sales trip ke Sabah, dia boleh salah booking flight return sampai sebulan jarak nya. Melayang RM 4,000. Kena la potong gaji Sara. Sebab duit bos dah habis cover ganti investment client.
Tapi tak salah kan dia gak, sebab A – Z semua Sara yang buat. Dari jaga schedule, teman bini bos, order makanan, set appoinment dan lain lain lagi. Maka dinaikan lagi gaji Sara kepada 1,500.00 untuk kenaikan kali ke 3 dalam masa 3 bulan.
Banyak lagi la hal si Sara ni buat nak dijadikan cerita. Sara ni dia kerja dari saya nothing sampai la jadi someone. Dari zaman laki orang sampai lah duda. Dari agency kecil sampai la agency dah besar.
Benda yang agak kelakar terjadi, bila Sara kena tuduh jadi punca penceraian saya. Down seminggu sampai menangis sambil makan nasi goreng sorang sorang kat kedai mamak ( terliur pulak teringat nasi goreng mamak sedap kat area rumah lama ).
Setiap kali saya warded, Sara la yang tukang register dan uruskan claim. Lebih dari 5 kali rasanya dia tolong register kan bos dia masuk hospital. Dari gaji 800 sampai lah naik ke 2000 tetap setia bekerja.
Hujung tahun lepas Sara nak tukar kerjaya nak jadi Life Planner sebab terpengaruh tengok semua gaji gaji ejen. Dia pon mula la buat part time, habis sedara mara bos dia closed sales.
Awal tahun Sara nak buat full time, join Elite Program AIA. Masa ni lah kisah duka Sara bermula. Sara kena refer hospital sebab period dia tak stop. Setelah didesak dan dipaksa, maka dia pon pergi ke hospital sambil kakak bos dia teman.
Lepas tu, sempat la dia merayap ikut bos ke Bandung, dalam sakit sakit tu ( nasib tak sangkut kat Bandung masa MCO ). Sara makin sakit dalam tempoh MCO, urusan hospital agak terbatas masa tempoh MCO.
Lepas raya tempoh hari, berita duka telah kami terima bila Sara di diagnose ada Kanser tahap 2. Sedaya upaya kami cuba untuk positif kan Sara. Tapi 1 benda la tak dapat buat, KAROKE! Kami ni kaki karoke. Maka mula lah Sara mulakan sharing ” Sing & Sharing ” di fb beliau.
Sekarang Sara dah warded, dan akan menjalani pembedahan pada hari khamis ni. Saya dengan rendah diri, memohon rakan fb dan semua follower saya yang berjumlah 7K lebih untuk sama sama berdoa agar urusan Siti Maisara Binti Mohd Sukardi di permudah kan.
Tolong doakan dan share status ini agar lebih ramai yang mendoakan beliau. Semoga dengan doa kita boleh memberi kesembuhan kepada Sara.
Kepada Sara, cepat sihat! Kami warga ISG Dan ISG AL AFFAN menunggu kepulangan Sara. We love you Sara!
MW : Mendoakan semoga Sara segera sembuh dari penyakitnya.
Sekarang ini, negara sedang melalui fasa pemulihan daripada bencana yang dibawa oleh Covid-19. Kesannya dirasai oleh semua rakyat. Perniagaan yang dulunya berjalan elok, hari ini ada yang diuji tak serancak dulu hasilnya. Pelakon Azza Elite juga antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Jika sebelumnya, dia boleh berniaga di Singapura, kini laluan perniagaan itu terpaksa ditutup. Demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Azza sendiri akur, dan tak berputus asa. Tetap dia melakukan bermacam-macam kerja demi survival.
Namun, yang tak seronoknya, bila mana dia gigih bekerja tanpa mengira waktu, tiba-tiba ada pula yang mudahnya meminta bantuan sehingga mendesak-desaknya. Sedangkan dia juga sedang lalui kepayahan.
Kongsi Azza Elite di instagramnya,
“Assalamualaikum morning.. kak za nak tegur sikit. Sikit je.. ramai sangat DM kak azza minta bantuan. Ye faham.. kak za nak bagitahu.. kak za tidak mampu nak tolong semua orang. Hari-hari kamu DM minta bantuan sampai mendesak. Apakah?
Saya sendiri hari-hari meniaga. Bubuh gambar baju ada yang beli, ada yang tidak. Tapi saya tetap yakin, Allah bantu saya tapi bukan bermakna kita duduk minta bantuan sahaja.
“Tau tak saya simpan duit syiling dan bila penuh saya tidak malu tukar di mesin.. sebab saya tahu bila saya susah hanya Allah saja yang mampu tolong. Tetapi Allah tolong tengok dengan usaha kita. Cari lah kerja kalau kamu lelaki, ada tangan, ada kaki.
Mak saya pernah buat dua tiga kerja masa saya kecil. Cuci pinggan, cuci baju, tea lady, kerja taska, buat nasi lemak jual. Saya rasa tu pasal dalam 1 masa saya jugak buat macam-macam kerja. Ada tu minta bantuan tapi gambar satu saja. Mana kejujuran kamu. Cuma stop lah DM saya.
“Saya juga berhempas pulas. Tolong faham saya. Saya tidak ada gaji bulanan.. saya tidak meniaga di Singapore sudah 4 bulan. Mujur saya ada shooting. Duit shooting ni lah saya tolong mak saya dan family. Nasib keta bank bagi tangguhan bayar. Adeh!
Saya jimat kos, saya tutup kedai. Dan saya buat online saja.. saya tak da shooting, saya sanggup COD.
Eh! aku cite pasal aku pulak. Tapi tolong faham saya. Jangan lah meminta sampai mendesak-desak. Kalau saya dapat pergi Singapura sedap jugak. Tapi gate belum bukak.
Hurmm.. mudah-mudahan yang meminta paham keadaan saya. Jangan DM saya.
Baju saya jual rm169. Sekian. Saya dan suami serta partner jual kaftan mari le beli. Dah saya pulok jual barang demi nak bayar macam-macam. Saya pun ada tanggungjawab k bantu mak abah kat kampung.
Jadi TQ pada yang beli baju dan buat review. Alhamdulillah, itu lah punca pendapatan saya. Nak bagi banyak saya tak mampu cuma saya ada geng team jom singgit yang bantu.
MW :Ada betulnya apa yang Azza kongsikan ini. Dalam meminta bantuan, janganlah sampai mendesak. Nanti dari elok nak membantu, jadi tawar hati pula.
Memang tak rugi berbudi pada tanah. Selain hasilnya boleh dijual dan dimakan sendiri, manalah tahu pokok-pokok ini juga boleh dijadikan ‘cagaran’ untuk pinjaman pembiayaan kewangan nanti.
Berita baik buat pemilik 58 spesies pokok yang mempunyai nilai ekonomi kini boleh mencagarkannya untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Cagaran ‘pokok berharga’ ini merupakan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Thailand baru-baru ini.
Dasar baharu itu dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Thailand, Narumon Pinyosinwat, menerusi laman Facebook beliau.
“Dasar ini diusulkan Menteri Perdagangan sebagai pendekatan bagi membantu orang ramai mendapatkan pembiayaan kewangan dan mempromosikan penanaman pokok-pokok berharga dari segi ekonomi dalam kalangan masyarakat.
“Justeru, kementerian mengeluarkan peraturan mengenai jenis jaminan lain yang dapat digunakan di bawah Undang-Undang Jaminan Perniagaan BE 2558.
Pada masa sama, jenis pokok berharga dari segi ekonomi akan disesuaikan dengan Undang-Undang Perladangan Hutan BE ,” katanya.
Pinyosinwat turut memuat naik gambar dan senarai 58 jenis pokok berharga itu dengan nama yang dikenali dalam bahasa Thai diikuti nama saintifiknya dalam Bahasa Inggeris.
Antaranya ialah pokok jati, mangga, durian, asam jawa dan semua jenis buluh. – AGENSI
MW: Beruntungnya jika ada menanam pokok-pokok berharga ni. Boleh juga dijadikan cagaran untuk pinjaman pembiayaan kewangan di Thailand.