Tidur cukup boleh kurangkan berat badan? Haaa… macam tak percayakan, tapi betul! Kalau anda tidak cukup tidur, ini akan memberi kesan pada berat badan.  Masa itulah badan akan letih. Sesetengah orang juga akan bergantung pada kopi untuk membuka mata. Sebab terlalu letih juga, anda tidak akan bersenam.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa mendapatkan tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan tubuh dan juga berat badan sebagai mana pentingnya diet dan senaman.

Mengurangkan tidur akan menyebabkan otak membuat keputusan yang tidak baik. Ini menumpulkan aktiviti dalam lobus frontal otak, bahagian kawalan pembuat keputusan. Umpama anda berada dalam keadaan sedikit mabuk. Minda tidak dapat membuat keputusan yang baik.

Tambah pula, jika anda terlampau letih, pusat ganjaran di otak akan mencari sesuatu yang akan rasa lebih seronok. Jadi, semasa anda cukup tidur,  anda mampu menolak rasa teringin makan makanan yang memuaskan atau ‘comfort food’. Sebaliknya bagi otak yang tidak cukup tidur,  anda mungkin bermasalah untuk berkata tidak pada makanan yang berada di hadapan mata pada ketika itu.

Kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa mereka yang tidak tidur pada waktu malam, selera makan pada waktu itu akan meningkat. Berkemungkinan besar mereka akan memilih makanan tinggi karbohidrat.

Hormon lapar

Tidur umpama nutrisi untuk otak. Kebanyakan orang memerlukan antara 7 hingga 9 jam waktu tidur setiap malam. Jika tubuh mendapat waktu tidur kurang dari itu, berkemungkinan tubuh akan memaksa anda mencari makan untuk mengisi perut yang lapar.

Kenapa pula keadaan ini berlaku? Semuanya kerana kurang tidur akan memberi kesan pada hormon lapar dan hormon rasa kenyang yang dikenali sebagai ghrelin dan leptin.

IKLAN

Ghrelin akan beri isyarat pada otak masa untuk makan. Apabila kita kurang tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin.

Leptin pula, akan memberi isyarat pada otak untuk berhenti makan. Apabila anda tidak mendapat tidur secukupnya, tahap leptin akan jatuh menjunam. Ia akan memberi isyarat pada otak untuk makan lebih banyak.

Lemak terkumpul dalam tubuh

Kurang tidur membuatkan anda rasa mamai. Ini yang telah dijelaskan oleh penyelidik di University of Chicago. Dalam masa empat hari tidur yang tidak cukup, kebolehan tubuh untuk memproses insulin – hormon yang diperlukan untuk mengubah gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga – menjadi tidak keruan.

Sensitiviti terhadap insulin juga telah menunjukkan kejatuhan sehingga 30 peratus. Mengapa keadaan ini tidak baik?

Apabila tubuh tidak memberi tindak balas yang sempurna terhadap insulin, tubuh mempunyai masalah memproses lemak-lemak daripada aliran darah. Akhirnya lemak itu akan tersimpan dalam tubuh,

IKLAN

Perlu diberi perhatian juga. Tidak bermakna jika anda tidur, berat akan kurang. Tetapi tidur yang sedikit akan menghalang metabolisme dan menyumbang kepada penambahan berat badan.

Tip Tidur Sempurna

Zaman sekarang, hendak mendapatkan tidur yang sempurna agak susah. Ditambah pula apabila semua skrin gajet yang ada menggoda kita untuk berjaga lebih lama.

Asas untuk mendapatkan tidur yang cukup dan sempurna amat mudah.

Lakukan tip berikut:

IKLAN

1. Tutup komputer, telefon bimbit, dan televisyen sekurang-kurangnya sejam sebelum anda tidur.

2. Jadikan bilik tidur hanya untuk tidur dan bukan perkara lain. Fikirkan tentang rehat dan bukannya tentang hiburan dan kerja sewaktu berada dalam bilik tidur.

3. Cipta ritual waktu tidur. Sebagai contoh, mandi air panas sebelum tidur.

4. Berpegang pada jadual waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari. Ikut juga jadual ini pada hari minggu.

5. Jaga makan. Elakkan makan hidangan berat sebelum tidur yang akan menyebabkan pedih ulu hati dan menyukarkan anda tidur. Elakkan minum soda, teh, kopi dan coklat selepas pukul 2 petang. Kafein boleh berada dalam sistem tubuh selama 5 hingga 6 jam.

6. Tutup lampu. Kegelapan boleh memberi isyarat pada tubuh untuk melepaskan hormon tidur asli iaitu melatonin. Jika lampu terbuka, cahaya terang akan menahan hormon ini daripada keluar.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI