Tidak fikir perasaan orang lain. “Pening kepala dapat jiran perangai macam ni…’. Begitulah luahan seorang individu apabila jirannya bertindak melampaui batas.
Tidak dinafikan, ramai juga jiran yang baik hati, memahami dan bertimbang rasa. Namun tidak kurang juga ada di kalangan mak, ayah yang mendapat jiran dari neraka. Langsung tidak fikirkan perasaan orang lain.
Tidak Fikir Perasaan Orang Lain
Adat hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.
Namun, ada juga senario di mana jiran bertindak di luar batas sehingga mengundang ketidakselesaan kepada orang lain.
Menerusi perkongsian video oleh Siti Zura Jamal di media sosial, dia menceritakan tentang tindakan jirannya yang dianggap melampau apabila mereka dipercayai meletakkan kedudukan saluran paip pendingin hawa ke kawasan rumahnya.
Pening Kepala Dapat Jiran Perangai Macam Ni…
Menurutnya, jirannya menafikan melakukan perkara itu dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu mengenai posisi paip yang menghala ke arah kawasan rumah jiran sebelah.
“Aku cuma tak puas hati dengan perangai jiran yang tidak fikir perasaan jiran lain, kawasan depan rumah akan ada air bertakung setiap kali pendingin hawa jiran dibuka.
“Dah jumpa jiran sebelah rumah itu dia kata dia tidak tahu keadaan paip seperti itu,” katanya.
Tambah Siti, situasi itu merupakan kali ketiga suaminya bertindak mengalihkan paip tersebut dan meletakkannya semula ke kawasan rumah jiran sebelah.
“Kali ketiga dah pergi rumah dan ubah kedudukan paip, tapi datang lagi nak kemas kawasan rumah, paip tu masih diubah semula ke arah rumah kami.
“Tak tahu la nak kata apa dengan jiran sebelah ini, pening kepala saya dapat jiran macam ini,” ujarnya.
Susulan daripada itu, wanita tersebut bertindak berjumpa secara bersemuka dengan jirannya dan meminta supaya paip tersebut dialihkan serta berharap perkara sebegini tidak berulang lagi.
Ads
Komen Netizen
Sementara itu, rata-rata orang ramai turut mengecam tindakan jirannya itu dengan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Marah sahaja jiran yang macam itu, maklumkan sekiranya tidak segera dialihkan, awak buat laporan polis, tangkap gambar sebagai bukti,” kata Asmah Aziz.
“Naikkan tembok bagi tinggi, biar tak lepas nak buat macam itu lagi,” kata Oishen Mahat.
Mingguan Wanita : Kisah ini perlu menjadi pengajaran buat semua, hidup berjiran perlukan toleransi dan saling menghormati. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyakiti hati jiran. Tak baik tu.
Tak dapat bayangkan, dirinya mempunyai adik kembar yang telah terpisah sejak dari kecil. Kembar terpisah ketika berumur 3 hari. Segalanya terbongkar selepas ibu kandung meninggal dunia dan meninggalkan amanah untuk mencari adiknya.
Dalam video tiktok yang dikongsikan oleh @deadly.heart133 menceritakan tentang amanah arwah maknya supaya mencari adiknya terpisah sejak 15 tahun lalu.
Mereka mempunyai 4 orang adik beradik. Di bawahnya ada sepasang adik kembar. Tapi, ditakdirkan maknya telah berikan salah seorang anak kembarnya pada orang lain. Langsung tak ada khabar berita selepas itu.
Sebaik maknya meninggal dunia, satu wasiat diberikan kepada beliau supaya mencari kembar adiknya yang telah terpisah sejah 15 tahun.
Melawat pusara ibu.
Akhirnya dengan kuasa viral tiktok, adik beradik kembar, Muhammad Haziq Iskandar dan Muhammad Haziq Ikhwan ini bertemu kembali.
Mingguan Wanita : 15 tahun terpisah dan tak sangka mereka ada kembar seiras. Gembira dalam sedih sebab tak dapat merasai kasih sayang seorang mak yang telah pergi selamanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mencemar duli menuruni kenderaan rasmi bertanyakan mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.
Dalam video yang dikongsikan instagram Istana Negara kelihatan baginda meninjau keadaan kemalangan. Bertanyakan situasi dengan pemandu wanita terbabit.
Ketika itu, baginda dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja. Selesai meninjau langsung baginda meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
Dalam video yang disertakan itu juga mendapat komen positif daripada kalangan netizen. Malah ada yang menyedari ketika berbual dengan mangsa kemalangan itu, di tangan kiri baginda sedang memegang tasbih.
Komen ilmu_penyuluh_hidup, “Allah hu tuanku pegang tasbih. Segan pulak. Kita bagaimana.”
Ini Bukan Kali Pertama..
Ya.. ini bukan kali pertama baginda bertindak menuruni kenderaan rasmi untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya. Sebelum ini portal Berita Harian, pernah melaporkan baginda turun dari kenderaan rasminya untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa.
Bantuan terdahulu yang juga viral di media sosial memperlihatkan baginda yang berpakaian sut hitam bertanyakan sesuatu kepada pemandu kereta jenis Perodua Alza, Jasliza Jamil, 38 yang dilihat tidak mengalami kecederaan serius namun masih dalam keadaan terkejut.
Ketika itu baginda dalam perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati.
MW : Inilah raja berjiwa rakyat. Semoga tuanku dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Daulat tuanku!
Pernah dengarkan tentang akupuntur. Ia salah satu kaedah perawatan yang membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Rupanya muka pun boleh buat akupuntur. Tengok saja wajah penyanyi Heliza Helmi ini. Berani sungguh si cantik manis ini.
Katanya, ini pengalaman pertama buat Heliza. Dia lakukannya bersama Hazwani Helmi. Walaupun baru kali pertama mencuba, hasilnya buat Heliza rasa seronok. Nak tahu sebabnya?
“First time kakja dan @hazwanihelmi buat akupuntur. Ya Allah, honest review rasa macam hati riang ria gumbira ntah camne nak cakap. Rasa pengaliran darah dalam badan berjalan dengan baik Alhamdulillah. Kalau ada bahagian sakit, memang dorang akan fokus kat bahagian sakit.
“Sekarang ni rasa tak sabar nak buat next appoiment. Jujur cakap korang kena try. Seriously sangat best macam nak nangis.”
Kita yang tengok akan rasa macam-macam nak tahu kan? Terutama bab, tak sakit ke dicucuk-cucuk jarum itu? Haa.. ini jawapan Heliza.
“Ok rasa dia untuk kakja Alhamdulillah tak sakit cuma masa cucuk tu rasa sikit la ala macam tercucuk peniti, gitu ja, in sha Allah boleh tahan punya.”
Macam-macam Boleh Buat Dengan Akupuntur Ni
Menurut Heliza Helmi lagi, dia lakukan rawatan akupuntur itu di Sensei Acupunture Beauty. Selain rawatan wajah, akupuntur juga boleh digunapakai untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Siapa yang ada masalah rambut gugur pun bagus untuk mencubanya.
Rawatan ini juga berguna untuk mereka yang selalu mengalami sakit kepala, pening dan masalah rabun. Yang lebih menarik, nak rawat masalah jerawat pun boleh. Namun, kaedahnya berbeza untuk setiap individu yang mana titik akupuntur yang akan dicucuk pada setiap pesakit itu berbeza.
Ahli terapi yang mempraktikkan rawatan ini juga seorang Muslimah dan lembut semasa menjalankan sesi rawatan ini. Menarikkan untuk dicuba.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.