Kisah kemalangan yang meragut nyawa seorang pemuda dan bakal tunangnya di Jambatan Pulau Pinang sabtu lalu masih diperkatakan apatah lagi apabila keluarga mangsa bercadang untuk menuntut keadilan atas kematian mangsa di mahkamah.

Memetik laporan Kosmo, perkara tersebut dimaklumkan oleh kakak mangsa,  Nurizyanizzanti Nasuha Nasua, 25. Menurutnya, keluarga kedua-dua pihak sudah melantik peguam bagi membantu me­ng­u­ruskan kes kematian adiknya, Muhammad Nabil Zikry dan pasangan pemuda tersebut.

Tuntut Keadilan Di Mahkamah

Tiada permohonan maaf, keluarga mangsa kemalangan Jambatan Pulau Pinang tuntut keadilan di mahkamah.

Tiada Panggilan Telefon ‘Maaf”

“Sejak kejadian menimpa arwah adik pada Sabtu lalu, sampai hari ini (Selasa) kami tidak menerima apa-apa panggilan atau permohonan maaf serta pertemuan dengan keluarga remaja iaitu pemandu kereta yang terbabit dalam nahas tersebut

“Kalau boleh, kami tidak mahu ada apa-apa pertemuan dengan mereka, jumpa kami di mahkamah nanti.

“Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sudah melantik peguam untuk menguruskannya,” katanya.

IKLAN

Sementara itu,  mereka mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan secara telus meskipun si pelaku merupakan individu bawah umur.

“Emak saya kehilangan anak, harap semua pihak faham de­ngan situasi yang berlaku ketika ini,” ujarnya.

Tiada permohonan maaf, keluarga mangsa kemalangan Jambatan Pulau Pinang tuntut keadilan di mahkamah.

IKLAN

 

Katanya, nahas menimpa adiknya dan Sabrina kali ini juga dianggap mengulangi sejarah bapa mereka yang turut meninggal dunia pada 21 tahun lalu juga akibat kemalangan jalan raya selain waktu kejadian juga pada November sewaktu musim perayaan Deepavali.

“Ayah meninggal dunia pada 5 November 2002 akibat kemalangan bas yang dipandunya, sementara Nabil kali ini terbabit nahas motosikal pada 11 November (semalam) di mana menyaksikan kedua-duanya mengalami parah di kepala dan berlaku dalam musim perayaan Deepavali,” katanya.

IKLAN

Katanya, jenazah sudah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh.

Allahyarham Nabil dan pasangannya dijadualkan mengikat tali pertunangan pada 17 Disem­ber ini. Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, arwah dan bakal tunangnya di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta Toyota Lexus yang dipandu oleh remaja berusia 16 tahun.

Remaja tempatan itu direman selama sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI